Thursday, January 19, 2012

Pre-Tutorial Buat Kain Duyung-ladies only.


Kemahiran menjahit adalah salah satu kemahiran hidup yang boleh menaikkan taraf ekonomi anda, terutama anda yang tinggal di bandar-bandar besar, yang sewa rumahnya mahal. Kalau dok rumah sendiri pon, kena bayar ansuran yang tinggi setiap bulan. Kalau beli rumah secara tunai, tentu mendatangkan keraguan kepada sesetengah pihak. Kang tak pasal-pasal, SPRM ketuk pintu...

Walaupun  semua wanita gojes sudah sedia maklum, tapi sahaja saya nak taip di sini bahawa antara fesyen baju kurung moden yang diminati ialah yang berkonsep kain duyung. Kain duyung adalah fesyen yang mengambil inspirasi daripada bentuk ikan duyung. Juga dikenali sebagai bias cut (sila rujuk model bermuka pink di bawah-dalam kotak hijau). Sila abaikan pasangan pasangan pengantin yang dah tak baru itu, ok!!  Ye, saya tahu bahawasanya mesti ramai bloggers kenal penganten lelaki berambut kerinting ala Puyol itu.. tapi sekarang sila fokus kepada model (bukan pengapit) muka pink, ok!!? hhhmmm...

sila fokus kepada objek dalam box HIJAU sahaja. tq!

Ikut pengalaman sendiri, tailor Cina je yang pandai jahit kain duyung ni. Kalau tailors Melayu, 'cakap je PANDAI', tapi outputnya sungguh mendukacitakan - 2 kali saya terkena... Oleh yang demikian, saya berazam nak jahit sendiri kain duyung aka kain bias ni. Walau bagaimanapun, saya tak sempat jahit lagi sekarang. So, bersesuaian dengan tajuknya Pre-Tutorial, makanya saya bagi intro je lah dulu yek. Maafkan saya.. Sekian, harap maklum.

Jaga diri. Hiasi peribadi.
Janga lupa bayar cukai taksiran anda. Due 29 Februari ni, untuk separuh tahun pertama. (Tahun 2012 ialah tahun lompat). Cukai taksiran ni dikenakan 2 kali setahun. Jika gagal bayar on time, anda akan didenda 5% kot daripada nilai taksiran itu....

P/S:
lame no 'manten' tu hanimun. Bila nak ber3 ni??? (>.<)

21 comments:

akubiomed said...

Saya awal-awal tahun sudah bayar cuka taksiran. :-)

Jurnal Murahan said...

cait, tutorial intro je ke ahahah

LadyBird said...

lady ade dua psg baju kurung yg berkain duyung.. cantik.. suka jerk..

Telor Power said...
This comment has been removed by the author.
Telor Power said...

ops...mr.curly pun ada.

ghost said...

itu macam bro curly dari melaka jer kan..

Unknown said...

ah dulu penah tempah kat org..hmm... serius bila pakai dah tak rasa mcm duyung..rasa mcm dugong plak sebab tak kene langsung jahitan...hahahaha. wah pandai jahit sendiri lg best :)

Mr.Trollulz said...

I though it is full tutorial. naah. No wonder to tittle is pre-tutorial. :D

NasQ said...

bayar cukai McD je...

blog-tips-kurus said...

akubiomed,
bagus amat bro ni. bayar utk setahun terus ke??

blog-tips-kurus said...

JM,
yup! sabo yekk... tak start jait lagi. huhu!

blog-tips-kurus said...

LB,
kan...! sukaaaaa... (>.<)

blog-tips-kurus said...

Telor P,
aaa... fokus mane tu!!??

blog-tips-kurus said...

Ghost W,
itu memang beliau tapi beliau org sini je. mane dtg Melaka ituuuuuu?? :-)

blog-tips-kurus said...

BiQa,
hahaha! ai pon pernah terasa didugongkan. cettt!!

*jait try n error jeeeeeee... ;)

blog-tips-kurus said...

Mr Troll,
yes dear. it's a PRE... hihi!

blog-tips-kurus said...

TK,
org bando le katakan.... ;)

Unknown said...

dulu kat sekolah ado senior ni pakai kain ikan duyung maso pakai baju beruniform pbsm

tehr said...

dah tiba lagi musim bayar cukai
roadtax lagi ni
huhu

blog-tips-kurus said...

atok SA,
hhhmmm... cikgu tak marah beliau ke tok? vog gitu!

blog-tips-kurus said...

bro tehr,
hehe! kewajipan duniawi... :)

LinkWithin

related posts with thumbnails