Friday, January 10, 2014

Resipi Cheese Cake Super Easy Tak Perlu Bakar atau Kukus


Anda sedang mencari resipi cheese cake atau kek keju (same la tu!) yang paling mudah?
Mudah sangat sampai tidak perlu dibakar masuk oven atau magic pan pon!
Resipi cheese cake ini juga tak perlu dikukus.
Resipi asal dicedok dari blog cikepal comel tu.


Nampak tak bahan-bahan cheese cake di atas tu?
OK, anda cuma perlu bahan-bahan berikut:

1. Biskut mayat atau biskut empat segi. Beli je sepeket.
saya guna crackers cap Lee rasanya..

2. 250gram cream cheese.
saya pakai cap Tatura jek yang ado gambar lembu comel tu.

3. Setengah tin susu pekat.
Beli cap Tesco, senang nak buka.

4. Nestum secukup rasa, sebarang jenis.

5. Susu segar, nak sikit je ni.



Cara-cara buat Cheese Cake Super Easy:

1. Pukul cream cheese secantiknya.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi sampai mesra.
*Kalau tiada mixer, boleh pukul secara manual je ni.

3. Sambil itu, boleh rendamkan biskut mayat ke dalam susu segar.
Contoh demo macam pix Amani di atas tu. Sibuk je nak tolong makan!

4. OK, sekarang boleh susun biskut dalam loyang.
saya guna tepawe je (gambar pertama dan di bawah), 
sebab lepas ni senang nak tutup.

5. Lepas susun biskut, sapu/syelek dengan bancuhan cream cheese tu,
 then tabur serta ratakan nestum.

6. Sila ulang je tatacara 4 hingga 5 iaitu biskut, cheese dan nestum.
Biskut, cheese, nestum. 
Senang je kan!


Dah habis biskut dan bahan-bahan tu, 
boleh tutup dan sejukkan sahaja dalam peti sejuk for hours.

Then, boleh dipotong seperti di atas.
Sekian.





8 comments:

Anonymous said...

Macam tidak percaya tidak perlu dibakar. Penyediaannya pun mudah.

Tengkubutang said...

sedap ke tu? teringin alk nak buat... hu2

ishamizu said...

Assalam

Hihi simple, cara mcm nk buat lasagnia je kan..;) Nti free nk try..tq for sharing! Model kecik tu comel! :)

NasQ said...

aku nnak duit syiling yang kat header tu boleh makcik?

Lady Windsor said...

okeh darling nanti I cuba buat ek..maseh!

t.a.t.a said...

senang aje. nak makan pun senang kan? terus ngap aje. hahaha.

DonStop DoNoVoNd said...

I da buat...ahhah. Tq tipsny..mudah dan xpaya nk pikir banyak kan ahhaha.

hayati suki said...

nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
tq tau sudi share resepi ni.

LinkWithin

related posts with thumbnails