Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Tutorial Melipat Seluar Kecil


aksi yang tiada dalam EURO 2012

Sepanyol juara Euro 2012, 4-0 tuuuuuuuu!!!
Penonton kecewa sebab perlawanan akhir tak seperti yang diharapkan. Itali macam berserah je.. Walau apa pon keputusannya, tak effect kat aku pon!! Memang dah lama minta cuti. Best cuti Senin yang indah ni. 

OK, entri ini khas untuk anda yang selalu berpergian bertugas di luar kawasan (outstation). Ia mungkin boleh membantu anda meningkatkan mutu skil melipat pakaian. 'Seluar kecil' yang dimaksudkan ini ialah semua seluar berbentuk seperti segi tiga - macam gambar model di atas. Harap Uncle Jonni (beliau lagi) tak meroyan sebab ambil gambar tanpa ijin ... 

Memandangkan pembaca blog ini semuanya berkarisma lagi fast-learner, makanya silalah ulang kaji sendiri tutorial bergambar berikut mengikut daya pemahaman masing-masing. Tiada video Youtube pasal acik tak reti le nak buat!!


A
B
C
D
E


Sangat faham dan mudahkan?? Siap dengan penuh bergaya!! Terserlah kredibiliti anda sebagai seorang yang sangat organised! Sebelum masuk dalam bagasi, isi dalam sarung khas dulu. Plastik pon ok. Mane la tau, kot bagasi tu terbuka ke... Kuranglah sikit risiko barang peribadi kita bertaburan..

*Apabila dah lipat comel macam tu, asingkan daripada stoking anda. Takut salah faham nanti.. Kang ada yang bawa extra seluar kecil instead of socks ke pejabat!! 

Thursday, January 19, 2012

Pre-Tutorial Buat Kain Duyung-ladies only.


Kemahiran menjahit adalah salah satu kemahiran hidup yang boleh menaikkan taraf ekonomi anda, terutama anda yang tinggal di bandar-bandar besar, yang sewa rumahnya mahal. Kalau dok rumah sendiri pon, kena bayar ansuran yang tinggi setiap bulan. Kalau beli rumah secara tunai, tentu mendatangkan keraguan kepada sesetengah pihak. Kang tak pasal-pasal, SPRM ketuk pintu...

Walaupun  semua wanita gojes sudah sedia maklum, tapi sahaja saya nak taip di sini bahawa antara fesyen baju kurung moden yang diminati ialah yang berkonsep kain duyung. Kain duyung adalah fesyen yang mengambil inspirasi daripada bentuk ikan duyung. Juga dikenali sebagai bias cut (sila rujuk model bermuka pink di bawah-dalam kotak hijau). Sila abaikan pasangan pasangan pengantin yang dah tak baru itu, ok!!  Ye, saya tahu bahawasanya mesti ramai bloggers kenal penganten lelaki berambut kerinting ala Puyol itu.. tapi sekarang sila fokus kepada model (bukan pengapit) muka pink, ok!!? hhhmmm...

sila fokus kepada objek dalam box HIJAU sahaja. tq!

Ikut pengalaman sendiri, tailor Cina je yang pandai jahit kain duyung ni. Kalau tailors Melayu, 'cakap je PANDAI', tapi outputnya sungguh mendukacitakan - 2 kali saya terkena... Oleh yang demikian, saya berazam nak jahit sendiri kain duyung aka kain bias ni. Walau bagaimanapun, saya tak sempat jahit lagi sekarang. So, bersesuaian dengan tajuknya Pre-Tutorial, makanya saya bagi intro je lah dulu yek. Maafkan saya.. Sekian, harap maklum.

Jaga diri. Hiasi peribadi.
Janga lupa bayar cukai taksiran anda. Due 29 Februari ni, untuk separuh tahun pertama. (Tahun 2012 ialah tahun lompat). Cukai taksiran ni dikenakan 2 kali setahun. Jika gagal bayar on time, anda akan didenda 5% kot daripada nilai taksiran itu....

P/S:
lame no 'manten' tu hanimun. Bila nak ber3 ni??? (>.<)

Saturday, December 3, 2011

Tutorial Resipi Ais-Krim Durian La Cremeria


My Durians La Cremeria

Korang pernah buat ais-krim sendiri?
Ais krim Malaysia yang glamer ialah perasa milo, asam boi, sarsi etc. Etc tu ialah et cetera tau, ia bukanlah perasa ais-krim. hehe!


Bila membincangkan isu resipi ni, teringat pulak Sendok-Sendok Fifi kat Hotfm. Berbakat betul Wak AG jadi Ms Fifi. eeeewwwwwww!!


Sempena menikmati hari cuti hujung minggu ini, terimalah resipi simple paling ringkas ais-krim durian. Kompem jadi. Hassle free! Selamat mencuba! (>.<)


1. Kopek durian.
2. Isi dalam tepawe/bekas bertutup kedap yang sesuai.
3. Simpan dalam peti sejuk-tempat ais.
4. Tunggu beberapa jam sebelum boleh dinikmatinya..
*Tak perlu buang bijinya, tak perlu tambah gula atau susu. Semuanya asli.
** Nak makan, gunalah sudu. sejuk woooo!!!
.......
.
.
.
.


Inilah rupa paras La Cremeria Durian..
No sugar, added flavour or preservative.



sedap! ah sedap! ah sedap!!!

*Gunalah bekas kedap udara seperti Tupperware. TQ Nuffnang & Tupperware!! (>.<)

Monday, November 14, 2011

Tutorial Jahit Manik~for BEGINNER only..

before..


close up..

after.. taraaaaa!!!


1. Sila beli manik labuci yang udah siap dijual tu.
2. Jahit pada baju anda, jahit jelujur sahaja.
(lapik baju dengan bantal/kusyen untuk memudahkan proses menjahit). 
3. Siap! boys pon boleh cuba..

Siapa tak faham? Bagus!! Semua  faham.
OK. Class dismiss! See u all next week.. (>.<)


LinkWithin

related posts with thumbnails