Ahad, 8 Januari 2012

Bertemu Jodoh di Pasar Raya Borong Mydin Jalan TAR

abu ashgive.com
*Jejaka di atas ialah En.Abu yang Not Available. Bukan jodoh saya tapi saje copet gambar beliau sebab macam dramatik je posing dalam semak lalang tu. ohsem kan!!!? (>.<). Silalah terjah blog beliau sambil menderma di RALK, Puchong. Selain itu, kita juga boleh menyumbang sesuatu kepada Pn.Farah Mohd Nor, seperti di blog Wok J ni..  

*Jalan TAR ialah jalan yang telah diturap dengan tar dan diberi nama khas Jalan Tuanku Abdul Rahman (ke TUNKU??). Singkatannya ialah Jalan TAR, di Kuala Lumpur.

1. Ada orang tak suka shopping di Mydin atas faktor kualiti barang, jenama atau kelecehan nak ikat/bungkus beg yang dibawa.

2. Faktor lain ialah sebab tak berapa 'standard' je nak shopping di Mydin atau pegang plastik Mydin. eksyennye!! tapi bukan si isteri yang bersikap demikian sebaliknya si suami. Siapa? Mungkin di kalangan kita sendiri. hhhmmmm... tak mengaku la tu!!

3. Faktor lain lagi ialah keadaan dalam pasar rayanya yang agak kurang selesa tetapi mungkin tidak di Mydin Summit USJ nuuuuu...

4. Lagi? Sebab suasananya, susun aturnya, dekorasinya, pekerja antarabangsanya, aromanya... lebih kurang faktor no.3 di atas lah ye.. 

5. Tapi saye telah berjumpa dengan cinta hati macho di Mydin Jalan TAR ini. Dengan bangganya nak menunjuk. hehe!
.
.
.
.
.
.
A-harga=RM19.90 sahaja

cekci!! hehe! ok yang muslimah pon ada seperti di bawah:

B-siap skirt keselamatan. Harga=RM49.90 je!

A itu lebih ceria tapi seksimah le. (Siap ade cap/serkup dan spenda seluar kecil secorak di dalamnya. Ini bakal menimbulkan kesukaran kepada pengguna pemalu macam kita. Nak buang, sayang.. hehe!)

Baiklah.. untuk menjaga kemaslahan ummah, mari kita cari alternatif yang ekonomi iaitu:
1.Beli t-shirt inner=RM9.90 ke atas.
2.Beli long thigh/legging=RM9.90 ke atas. (di Kedai Hari-Hari pon ada. Murah je!)
3.Tudung=Guna je koleksi peribadi, kalau tak selesa dengan cap FOC tadi.
4.Tahniah! Anda berjaya berbelanja dengan penuh berhemah sambil mencipta fesyen mix & match yang comel ceria. Kalau baywatch halau anda sebab fesyen ini, sila laporkan kepada TV3. (",)


Di manakah anda bertemu jodoh? 
Ada orang jodohnya banyak, kan...!!?

*Dah takdirku bertemu jodoh di Mydin. Bukan Sogo, bukan Parkson.. 





30 ulasan:

Lady Windsor berkata...

Bonjour Madamoiselle...ca va? Owh cekcimekcinya...kita suka..nak pi carilah...swimming sut tu...sebelum ni kita dok pakai one piece yang zaman dolu-dolu punya...murah Dan berbaloi-baloi bak kata Amy search kannn!:)

Lady Windsor berkata...

Eh kita 1st ek? Yay!!

blog-tips-kurus berkata...

Lady W,
Bonjour! bonju! ca va.. :-)
Ca va? jawabnya 'ca va' jugak kan?

memang 'cekcimah' gitu! tak sanggup nak tengok diri sendiri depan cermin. hoho! dear, ajar i swim??

Mama Zharfan berkata...

cutenya entry ni esp bab2 kenapa org tak suka shopping kat mydin--100% true!!

blog-tips-kurus berkata...

MZ,
hehe! cute macam ai! (uwekss!!)
MZ memang la shopping kat Pavilion je, kan?? hoho!

Suhami Ahmad berkata...

atok bertemu jodoh di giant

blog-tips-kurus berkata...

atok SA,
saye ade 3 peristiwa ngeri di Giant:
jumpa ulat dalam Beras TajMahal Faiza, biskot & mini pudding expired. :(

ABU berkata...

ahahahha ingat kan apa tadi..

bagi aku ok je mydin, tapi mydin jalan TAR tu mmg agak serabut banding dgn mydin usj.. besar dan gampak..hahaha

bertemu jodoh bermaksud bertemu baju baru kah? hahahaha mix and match lagi.. tak pe, yg penting cool comel dan fhasionesta sambil berjimat.. oyeh!! :D

pssst... mana tau not available?..hehehehe

papabear berkata...

kalau mydin kat usj tu ok la tp kalau yg tempat lain... alahai.. x comfortable walaupun prices dorang very the comfortable :)

maCy berkata...

kalo la kan blajo berenang ngn gadis2 j. ta kesa pakai ape. wuwu

~SaL IjOu~ berkata...

kite jumpa kat pasar mlm je~ keh2

L berkata...

xbertemu la pulak.. huhuhu

jom baca kejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

babYpose berkata...

Salam, masa raya pegi gak mydin, senang, semua ada, mmg beraroma :) lepas bersalin ni, nak cari swimming suit jugak, dah dpt info ni,tima kasih :)

babYpose berkata...

Salam, masa raya pegi gak mydin, senang, semua ada, mmg beraroma :) lepas bersalin ni, nak cari swimming suit jugak, dah dpt info ni,tima kasih :)

Asrul "iLham" Sany berkata...

skali suping daaa

mykhalis berkata...

orang pompuan ngan shoping ni memang takleh dilepaskan betol..wahahaha

hanaahmad berkata...

ouh Mydin dekat Summit USJ tu sangat heaven kalau pergi! seronok shopping!

vampire's lovex berkata...

sama lah...selalu bertemu jodoh dekat yg sama lah kite !! hahah geng

d_LA berkata...

dla bkn x suka shopping kat mydin tp stress tgk ramai sgt, nk beratur pnya pjg..x sanggup mak..kdg2 lps msk terpaksa keluar blk sbb rs cam x sanggup je nk beratur..
nak gi swimming ajaklah kite skali tp kite xde baju cekci n comel camtu..hehe

blog-tips-kurus berkata...

Abu,
tak pernah pergi Mydin USJ lagi.

*yg murah pon comel sebab modelnya cumil. hehe!

ok, jangan ngorat En.Abu ni. hoho!

blog-tips-kurus berkata...

papa B,
ooo.. gitu. rasa berbesar hati nak melawat Mydin USJ ni. :-)

blog-tips-kurus berkata...

maCy,
betol! betol!
kalau kaya, nak buat swim' pool di rumah sendiri. (>.<)

blog-tips-kurus berkata...

babYpose,
wah! pandai berenag2 yek? sila ajariku... :-)

blog-tips-kurus berkata...

AiS,
pengetahuam am yang penting, tahu...! :)

blog-tips-kurus berkata...

myKhalis,
ladies shopping untuk kaum Adam jugek! ;)

blog-tips-kurus berkata...

HanaA,
oh! tertekan aku membaca ulasan ini... ;)

blog-tips-kurus berkata...

VL,
haha! kita jgn memandang serong kepada kedai Mamak Din ni yek. (^.^)

blog-tips-kurus berkata...

d_LA,
Q panjang, tempat sempit.. hehe!

Sabtu ni ade kelas tau! 7am.. jom! jom! (>.<)

ciK LyndaWawa berkata...

haha..jgn dpt jodoh mamak yg jual tp mydin sudah..h0h0..

blog-tips-kurus berkata...

cik LyndaW,
ooo... tak mo! tak mo! sentuh papan!

LinkWithin

related posts with thumbnails