Ahad, 15 Januari 2012

Belajar Asas Berenang Dengan Kakak Aaron Yang Hot!

Antara golf dan renang, pastinya berenang menjadi pilihan hati sebab  bila pakai swim' suit baru tau macam mana prestasi ukur lilit badan kita. hhhhmmm... agak mengecewakan!  


kolam renang yang belum direnangi

Kelebihan berenang:
1. Tingkatkan keyakinan diri. Aku ni fobia air lo!
2. Bersihkan badan drpd mikro-organisma, bakteria dan penyakit kulit sepeti jerawat. Ape?! jerawat??? Kuman mati dek air klorin atau air laut ni??
3. Tingkatkan kelenturan badan. So dapat elakkan drpd terseliuah. ooo... hari tu, kaki aku terseliuh sebab kurang lentur rupanya!
4. Boleh tolong selamatkan orang. Cikgu-cikgu digalakkan ada ilmu asas kemahiran berenang. Bukan cikgu pon elok belajar berenang. Berenang itu satu riadah yang digalakkan Nabi kita, kan??


Semalam aku belajar berenang dengan kakak Aaron (tapi bukan Aaaron Aziz Ombak Rindu pujaan hati korang tu). Cikgu ni baru Form 3 tapi dah mahir berenang sebab dah menimba ilmu renang sejak berumur 7 tahun. Cikgu muda yang hot ni namanya Jasmin; kacukan Jerman-Perak. Bapa mereka memang orang Jerman yang ori. titik!


Aku memang start dari zero semalam. Tapi antara aku, Wok J & Kak Niza (Mak Chot Cikgu Jasmin ni), aku berjaya tumpaskan mereka dalam mini contest skil apungan cendawan (pic below). Kira yang paling lama bertahan le. Hehe! Malangnya teknik lain failed! Depa lupa nak ajar apungan lentang tapi apungan meniarap dah boleh. yahu!! Yang tak best, Cikgu Jasmin kakak Aaron ni cakap aku berenang freestyle macam menari AGOGO. Failed! Tangan ni nak kena babab ni!!    

ini namanya teknik apungan cendawan


*Plan 2012 - boleh berenang dengan semua teknik (freesyle, backstroke, breaststroke & butterfly). Nak tau tips cuci swim' suit mahal, boleh rujuk sini Aku pakai cap Mydin, masuk mesin je. hoho!

*Bolehkah berenang ketika haid?
Boleh sebab tekanan air boleh halang haid keluar. tapi pandai-pandailah jaga adab.. rujuk komuniti.iluvislam.com

* Senarai kolam renang awam boleh rujuk di berenang-renang.blogspot.com

credited: scribd.com~Kemahiran Asas Renang PJM, Kak Niza, Wok J, Cikgu Linda & Aaron. 


34 ulasan:

dill berkata...

alamak! berenang tab mandi boleh la. hihi

dill.

pisau belati berkata...

teringin mahu belajar berenang tapi tak berjaya.

blog-tips-kurus berkata...

dill,
hoho! itu berendam je dear.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Pisau B,
kena belajar lagi tu sebab OKU pon boleh.. ;)

gadisbunga berkata...

saya pun takut air. tlg bagi galakan kat saya supaya belajar berenang plis....

Sunah Sakura berkata...

tak pandai berenang... T_T

Lady Windsor berkata...

Meh la join kita...meh la..bestkan boleh bergossip sambil berenang..hahaha sambil2 tu skodeng bawah air...gagaga!

akubiomed berkata...

Saya dari dulu lagi memang tidak pandai berenang atau apungkan diri.

p/s: Tulisan warna unggu dan hijau susah hendak baca.

ghost writer berkata...

kenalkan aku dengan cikgu jasmin.aku nak belajar berenang dengan dia.boleh tak? :)

karatz berkata...

gua champion renang dulu.asas pertama yang gua belajar sebelum masuk kolam adalah basahkan badan terlebih dahulu sebelum terjun lipat kuang ke dalam kolam..

blog-tips-kurus berkata...

GB,
kamon GB! u can do it! jom swim & gelak sama-sama. haha!!

blog-tips-kurus berkata...

Sunah S,
saye pon baru belajar floating.. :-)

blog-tips-kurus berkata...

Lady W,
jom! jom! roger me when u r around. tapi tak mo skodeng le. hoho!

blog-tips-kurus berkata...

bro akubiomed,
hhhmmm... kita mesti berusaha lebih gigih. segan kat budak kecik yg pandai berenang..

*thanks! pagi tadi nak cepat, mls edit. :-)

blog-tips-kurus berkata...

Ghost W,
kau BOLEH belajar dengan adik Cikgu Jasmin iaitu Aaron; Form 1. (>.<)

blog-tips-kurus berkata...

karatz,
ooo... begitu. sila ajar Ghost W ya!

*terjun lipat kuang itu terjun tiruk ye??

Tukang Karut berkata...

tajuk tak beringat...

ABU berkata...

oh blh tahu ukur lilit badan ya hahahaha

aku dah lama tak berenang sejak balik drpd sabah hari tu..

bagus jugak berenang ni kan, banyak kebaiakan..

stkt ni aku renang atas tilam aje.. acara bebas..:)

Hafriz Mohamad berkata...

waahh..hehe..
sy masih x brjaya smpai skg nk brenang.. huhu~

nurdani berkata...

nak jugak belajar berenang sebab apa2 hal boleh la selamatkan diri.sekarang kalau mandi kat sunway lagoon ke,mesti nak guna pelampung.muahaha

Lady Windsor berkata...

BTK, ok I roger u ni, esok jom swimming kat Bangsar Sport cOmplex jam 6.30pm k...c u there...:)

tehr berkata...

aku boleh berenang sikit2 je
kejap je dah penat
hehe

AmirFX berkata...

Jom berenang! haha.. Kita dulu diajar berenang oleh kengkawan jer.. Kena humban kat tengah sungai.. Lepastu pandai2 la kiterang nak berenang balik ke tepi sungai...

blog-tips-kurus berkata...

TK,
TAJUK kan penting dalam kehidupan kita.. :-)

blog-tips-kurus berkata...

Abu,
jeles la dgn kamu. tlg bagi tips renang selain Practices make Perfect.. ;)

blog-tips-kurus berkata...

Hafriz M,
saye rase sangat rugi kalau tak pandai berenang..

blog-tips-kurus berkata...

Nurdani aka Raja Excel,
dear, kat pool tu bebudak kecik pon selamba je terjun tirok. takde pelampong langsung! tertekan ai tauuuu!! huhu!

blog-tips-kurus berkata...

Lady W,
aiyooo!! buat announcement sini ka? nanti ade org skodeng kita. BAHAYA!! (>.<)

blog-tips-kurus berkata...

Cikgu bro tehr,
< stamina tu. kena practise lagi. :-)

blog-tips-kurus berkata...

Amir,
jom! jom!

*itu style mat salleh ajar anak2 depa berenang. pandai2 le survive kan!? :-)

chii berkata...

chii x pndai berenang =( sedeh nya...nak blaja..x berani la plak

blog-tips-kurus berkata...

chii,
belum cuba belum tahu. hik! hik!

LadyBird berkata...

bab ni lady failed.. lady leh berendam je.. tu pun dalam besen :P..

blog-tips-kurus berkata...

LB,
besen special yek?? :-)

LinkWithin

related posts with thumbnails