Selasa, 21 Mei 2013

Bikers Kental 23 Mei 2013

Bikers Kental

Bikers Kental akan ditayangkan pada 23 Mei 2013.
Kental itu maksudnya antara cair dengan beku.. Orang kata, filem ini best!
Ada Awie, Zizan, Bront Palare, Zul Ariffin yg dulu kapel dengan Abby Abadi tu, Harun Salim Bachik dan ramai lagilah..

Balik kampung, mesti berselisih dengan gerombolon bikers. Depa suka lepak Bukit TInggi, Janda Baik dan terus menghala ke Pantai Timur kot..

Balik mengundi hari tu, kami berselisih lagi dengan segerombolan bikers. Macam biasa, mestilah depa potong kami kan! naik bike mestilah laju.. tayar beso mahal tu. hehe!
Lepas je tol Gombak, nampak depa berhenti rehat tepi jalan sambil makan ais-krim yang brader jual atas motor tu.. 

Kami memandang antara satu sama lain dan spontan menyebut 'ek eleeee!!'
Haha! macam tersusut sedikit kemachoan mereka tapi mereka pon manusia biasa kan... Memang Bikers Kental!! 


Isnin, 20 Mei 2013

Petua Putihkan Siku atau Lutut

Chicken Bishop Nose is tongkeng ayam

Kalau dah bagi, jangan mintak balik.
Nanti buruk siku!

Kenapa siku?
Kesian siku.. patutntya 'buruk perangai' empunya diri itu..
Siku anda buruk tak? hehe!
Kalau nak memutihkan siku, sila sediakan daun sirih, minyak zaitun dan kapur (bukan kapur kasut, ok!!)

Cara-cara memutihkan siku:
Calit sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut.
Jangan risau, bukan suruh makan sirih tu. 
Anda hanya perlu gosokkan bahan tersebut pada siku yang nak dicerahkan itu, dalam masa beberapa minit sahaja. Kena amalkan setiap hari, baru nampak kesannya. 
Jika diizinkanNya... (>.<)

credited: Nur Asyiqin Abd Rahim, Perak. Mingguan Wanita


Jumaat, 17 Mei 2013

Petua Ekspres Ubat Batuk

Seminggu bersama orang minyak

Beckham dah nak bersara. (Macamlah berkaitan...!)
Barisan Kabinet 2013 sudah diwara-warakan.
Istiadat Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri (panjangnya nama majlis ini) pon telah selamat berlangsung di Istana Negara. Kabinet Transformasi namanya.. 

Demam PRU 13 dah habis. 
Teka-teki Menteri pon dah terjawab. Tapi kesihatan kita yang bukan Menteri malah Timbalan Menteri pon bukan ini perlulah sentiasa dijaga. Kalau asyik batuk, cuba petua ekspres di bawah. Di Dhaka, Bangladesh telah dilanda taufan Mahasen. Syukur kita selamat di sini. 

Petua ekspres atau cara segera nak pulihkan batuk:

1. Rebus 8 helai daun pudina (saiz ikut suka) bersama bebrapa ketul gula batu (bilangan ikut suka).

2. Rebus dalam masa 5 minit je. Petua Ekspres kan!! (>.<)

3. Dah sejuk, minum air rebusan ni.

* Sebelum minum, seperti biasa baca Basmallah dan minta tolong agar Allah pulihkan segera...

Credited: Mingguan Wanita


LinkWithin

related posts with thumbnails