Jangan guna vacuum! |
Wednesday, November 30, 2011
Monday, November 28, 2011
Malaysia VS Bahrain: 3 Gol Dalam Masa 6 Minit?
Saya Amani, bukan ShidaHarmi |
Tahniah Nazmi Faiz Mansor (12) dan Mahali Jasuli (5)!!
(dalam kurungan ialah nombor jersi pemain. betul kan?) Hanya sempat tengok gol cantik Nazmi di kedai makan. (itu pon nak taip..) Tahun depan, score SPM pula ye wahai Nazmi. Biasanya atlit ni mudah fokus. Gol lain tengok di abgteror.com
Gol pertama Bahrain tu lawo le. Mr 14 lipat tak maut; bicycle kick ye? mesti dia teror main takraw!
Gol Mr 16 pon smart. cop! 2 kali beliau score? waduh! Rejeki mereka menang. Dalam masa 5-6 minit, macam-macam boleh jadi..
Adat main, mesti ada menang & kalah. Malaysia adalah antara top 12 Asia sekarang, sesuatu yang membanggakan. Ingat senang ke?? Ini pon baru ku tahu selepas baca blog joegrimjow.blogspot.com
Khairul Fahmi VS Shida Harmi?
Ada lagi gossip baru pasal Apek ni.. hanya mereka yang tahu faktanya. Kot nak sekadar ambil tahu, jengoklah rotikaya.com & terbakor.com.. Apek.. Apek.. sempat ke dengar She's Gone sebelum game tadi? (>.<)
Tips nak menang bola:
minit-minit akhir perlu > fokus, fokus & fokus!
sekian daripada pengulas amatur.
credited: yang dihijaukan di atas. :-)
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433, Selamat Hari Lahir My Dear..
Petang ni, kita bakal buka buku baru.. Semoga muka surat terakhir 1432 & muka surat pertama 1433 ini tercatat amalan yang baik-baik belaka ya. Insya Allah.. Makna Doa Awal Tahun & Akhir Tahun dalam bahasa Melayu boleh baca di sini.
Hari ini ialah hari lahir my dear, isteri kepada Wak Saleh ini.
Selaku anak yang berdedikasi, harus telefon beliau. Maklumlah dok jauh di perantauan.. huhu! Berikut ialah sedutan skrip video call subuh pagi tadi:
Anak: Salam. mak buat pe tu? (patutnya tanya la khabar dulu!)
Mak: Waa'laikumussalam w.b.t.. tengah goreng karipap ni.
Anak: Ayahanda mana? (padahal tau, baru lepas azan).
Mak: Kat surau lagi. belum balik laaa..
Anak: ooo..hehe! mak, hari ni hari lahir mak. yang ke berapa yek?? (saje test beliau)
Mak: laaa.. mak pon tak ingat ni. ke berapa dah ye? 70 ke?
Anak: (lantas mencongak dengan pantasnya!) baru 64 la mak.
Mak: iye? MUDAnyeeeeeeeeeeeeee....!!
Anak: hhhmmmmm... 'muda' sangat mak..
************sekian. skrip lain tak perlu dipaparkan..************
Disebabkan mak busy rewang kenduri, marhaban, hantar rombongan pengantin ke KL laa, Batang Berjuntai laaa.. makanya anakanda yg baik ini akan pulang minggu depan ye mak. (sebenarnya hadiah tak sempat beli lagi. hehe!).
*Mak, kenapa dagu anakanda tak comel macam dagu mak? tiba-tiba Amani pulak yang ambik kecomelan itu. hhhhmmmm....
oh bonda.. wo ai ni.. (>.<) |
Friday, November 25, 2011
Travel Tip - for Beautiful Ladies
Salam.
(Hari Jumaat, kena taip ayat-ayat yang indah lagi bersopan. Walau bagaimanapun, hari-hari lain pon kena sentiasa bersopan. Sesungguhnya lidah/tulisan itu lebih berbisa daripada segala senjata yang ada..)
This quick tip is best apply to all ladies because they are beautiful. kih! kih!
Dear ladies,
When you travel alone, you might consider booking your room as Mr or Mrs.
For safety reasons, sign only your last name and first initial when registering at a hotel. (to everyone)
*credited: MAS Enrich
*credited: MAS Enrich
Thursday, November 24, 2011
Illegal Baby Names
demi anak-anak yang pelbagai warna.. |
1. Anus diharamkan di Denmark.
2. Nama lain yang diharamkan ialah Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116 (Sweden). Cuba korang sebut? haha! Pronounced as ALBIN, don't ask me why!
3. Malaysia ada? Ada... iaitu Chow Tow=Smelly Head (Cantonese)
*credited: yahoo.com
Wednesday, November 23, 2011
Sunday, November 20, 2011
Lady Gaga Tak Pakai Seluar
Did you know?
1. I like nice numbers. Today is 20.11.2011 and i'm typing this around 8pm+..
2. This is 26th Sea Games. Malaysia is currently at 4th place. Thailand yang sedang ditimpa banjir besar pula menduduki tempat kedua.
3. FFM 2011 (24th) is on air @ Astro Prima, Channel 105. Unfortunately, it is not provided here. aarrgghh!! it's ok! Sedap Azmarul comel nyanyi dalam Vokal ni.
4. Semakin mewah & glamour artis Malaysia, semakin tak cukup kain dia.. Sementara itu, Mulut Mengutuk Tapi Mata Tengok Juga-ini yang blogger Jejaka Terhangat post petang tadi.
5. Ada orang cari Jaclyn Victor bertudung - kata kunci hari ini. aikkkk????
6. Suddenly, I just feel like to eat this...
.
.
.
.
bbq mesti ada timun |
*Cerita Lady Gaga tu, ada dalam Mingguan Malaysia-PancaIndera hari ini. Tak heran pon... kan!? Tapi kalau dia tak pakai pelik, aaaa... itu memang pelik!! (>.<)
Saturday, November 19, 2011
Petua Rebus Jagung
ini karipap besar, tiada gambar jagung rebus.. |
Walaupun makanan ruji kita orang Melayu ialah nasi, tapi sekali sekala makan jagung rebus adalah sangat nikmat. Nyaman!! Baiklah, berikut diwartakan satu petua untuk merebus jagung. Senang sahaja!
1. Masukkan sedikit gula ke dalam air rebusan.
2. Tutup tudung periuk dan biarkan mendidih.
* Jangan masukkan garam. Nanti isi jagung jadi keras. oooo.. begitu ye...!
* Petua ini diambil daripada majalah, tapi lupa namanya. Maafkan saye... ;)
## Karipap besar pelbagai rasa dan perisa itu boleh dibeli di kebanyakan pasar malam. Contohnya di Pasar Malam Minggu, Bandar Jengka. Dekat UiTM Jengka, Pahang pon ada (pasar hari Rabu).
Friday, November 18, 2011
Tips Ekspres Cepat Tinggi-Lelaki Sahaja
kasut yang zirafah tidak pakai |
Tips ini hanya boleh digunakan khas oleh kaum Adam sahaja. Walau bagaimanapun, kaum Hawa yang penuh dengan sifat penyayang pasti boleh ambil maklum. It won't harm anyone.
Tips ekspres ini memerlukan anda mengeluarkan modal sejumlah RM439. fuyyoohhh!! mahal! Kendatipun perlu modal, tapi berbaloi sebab sebaik sahaja guna tips ini, secara automatik anda akan lebih 12.5cm tinggi daripada biasa. Cool! Caranya pakai je kasut Giraffe ini. Mahal tapi berkesan 100%.
Kalau nak diskaun 40% yang bisa menyelamatkan RM176 wang saku anda, sila beli di sini. Harganya akan menjadi RM263. Berbaloi-baloi sebab anda akan dapat keahlian percuma di Giraffe Times Square & Sunway Pyramid (berkawan dengan zirafah?), sepasang stoking mahal dan 2 baucar tunai berjumlah RM100. Lagi? Ada 3 tahun jaminan & 365 day return policy. Dibuat daripada kulit lembu, bukan lembu korban raya haji tadi.. Sebenarnya kasut wanita pon ada. Purchasing power tu.... (>.<)
Kenapa nak beli kasut tinggi?
Saja... duit banyak, tak tahu nak buat apa.. Cara untuk anda reward diri sendiri, kan..?!
Tapi jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada. Hari ini kita happy sihat, tetiba esok lusa, kita ditimpa musibah yang langsung tidak dijangka. Malang kan tidak berbau. Semoga semua anda yang budiman sentiasa dilindungiNya. Jaga diri..
Thursday, November 17, 2011
Badai Semalam, Hari Ini, Esok, Lusa, Tulat, Tungging..
Ini bukan Spontaneous Thursday..
hehe! cantik 'Erra' ni bertudung.. |
Teater Badai Semalam memang best. Tidaklah berat sangat, still ada scene yang boleh buat kita ketawa.. Bacalah review 'di sebalik' Badai Semalam di blog tak obes ini. Aku cakap 'di sebalik' je ye..
Merci beaucoup Jang. J'taime!! April 2012 ni, Upin Ipin tau! hehe!
Sementara itu, blog korang terselit tak dalam Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011? Selamat mengundi diri sendiri. haha! (>.<)
Itu je. Doakan mereka yang kurang sihat atau yang sedang dilanda musibah agar terus tabah menghadapi saat-saat sukar mereka tika ini. Ujian buat mereka adalah peringatan buat kita semua. Allah tidak zalim..
To Dinie Hafiy,
All the Best!! just send to mySMS 15888 (>.<)
All the Best!! just send to mySMS 15888 (>.<)
Wednesday, November 16, 2011
WW: Sila Jangan Tiru Aksi Ini~Siri II
malas nak rotate. sila telengkan kepala anda! |
nak tengok WW: Sila Jangan Tiru Aksi Ini~Siri I , sila klik sini ya. FOC je!
Tuesday, November 15, 2011
Petua Ekspres - Baju Kecheret!
rider comot makan kek coklat moist. eeiiii!!! |
Tau tak makna KECHERET?
Dah lama cikgu Jawa tak mengajar, iye? hehe!
Korang pernah tak mengalami situasi begini:
Semasa sedang syok menikmati sarapan, brunch atau lunch, tiba-tiba kuah/sambal terkena baju, tali leher atau tudung. Itulah, sambil makan jangan bercakap atau mengumpat! Kan dah kena.. Tapi kalau anak korang, mesti lagi sememeh, kan? (macam korang le tu!)
Tenang, jangan gusar. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
Petua menghilangkan kesan minyak pada pakaian ialah:
1. Jangan panik!
1. Jangan panik!
2. Ambil tisu, gently tekap pada tempat kejadian tu. Maknanya, tekap kuah minyak atau sambal whatsoever itu tadi. Tapi jangan gosok, nanti kesan tompokan minyak akan tersebar.
3. AMARAN! Jangan terus cuba cuci dengan air. Habiskan makanan korang dulu. Tidak baik membazir..
4. Segera dapatkan bedak talkum baby atau yang setara dengannya, sapukan pada kesan tompokan tadi. Tanyalah girls, sure ada. Compact or loose powder boleh tak? hhhmmm... kalau tiada rotan, akar pon berguna.. :-)
5. Sementara itu, bolehlah cover dengan brooch atau shawl. Untuk kaum Adam, nak cover dengan apa ya? mafela??
6. Selepas beberapa jam, bolehlah cuci dengan sabun. Biasanya sampai rumah baru saya cuci. Cuba cuci dengan tangan je. Cuci tudung dengan shower foam pon bagus tau! Hasilnya sangat membanggakan. hehe! Syukurlah nak..
*Gambar tutorial petua tidak disertakan sebab dah siap cuci bersih. (>.<)
#OBESITI: Penduduk Malaysia tergemuk di ASEAN!
Mari bersenam oittttttt!!!!!!!
TQ Adidas Body Care! |
Monday, November 14, 2011
Tutorial Jahit Manik~for BEGINNER only..
before.. |
1. Sila beli manik labuci yang udah siap dijual tu.
2. Jahit pada baju anda, jahit jelujur sahaja.
(lapik baju dengan bantal/kusyen untuk memudahkan proses menjahit).
3. Siap! boys pon boleh cuba..
Siapa tak faham? Bagus!! Semua faham.
OK. Class dismiss! See u all next week.. (>.<)
Sunday, November 13, 2011
Yuna Penakut Libresse!!
Power Suit & Rock n Roll!! |
Merci beaucoup Libresse and Nuffnang. hehe!
FOC designer cases for Nov. & Dis. 2011 (6 different designs).
Free stylish paper cut dolls also included.
ceh! macam main zaman kanak-kanak dulu.. (>.<)
Tahniah Yuna!!
Tajuk lagu Penakut tapi banyak menang award AIM 2011. Lagu sempoi je..
~Lagu terbaik & persembahan vokal terbaik. Mantap betul duta Libresse ni!
Lirik Lagu Penakut - Yuna
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya
kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
dan bila tiba saat ku kehilangan
beban yang tak penah cuba kau ringankan
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
*ada yang terasa ke dengan lirik ini?? kebetulan..
Saturday, November 12, 2011
Tips Petua Rahsia Cantik Hanis Zalikha & Nani Rostam~Collagen Dust
Semalam 11.11.11~triple 11!
Tarikh yang cantik, maka ramailah yang nak mengabadikan kenangan, kan?
Sana sini, nikah kahwin. Tahniah!Topik kita pada hari ini ialah berkenaan kecantikan. ewah!! Allah pon suka kalau kita cantik bersih. Kebersihan itu separuh daripada iman. (>.<)
Pasti semua orang sudah cam Hanis Zalikha Zainal (inibelogsaya.blogspot.com) dan ibunya (nanirostam.blogspot.com-Model 80an). Masing-masing cantik, bijak dan pakar memasak (macam saye! tipunya!! hoho!). Bertuah suami Puan Nani itu.
Puan Nani, ibu Hanis Zalikha (kalau tak kenal) |
FAQS: (originally from Hanis's email):
1. What is Collagen Dust™?
Collagen Dust™ is actually marine hydrolyzed collagen that is 100% fish protein base product. The results are progressive, it works from within and the longer you stay on the product, the better your results will be. You can say it is an alternative to having collagen and Botox injections.
2. Does it work for skin?
Yes, by supplementing internally marine collagen, your skin will improve. Mom been using it for 2years, she’s aging but it doesn’t show (not that fast, at least). Your skin really does get perkier with Collagen Dust™. I believe that my skincare works better thanks to it.
3. Does it work for nails and hair?
Yes and yes. Collagen strengthens brittle nails. Hair should also be stronger and more elastic from the result of taking collagen (from ingestion). I use it mainly for hair to be honest, since I am always in and out of the saloon putting chemicals on it T_T. Must. Strengthen. Hair.
4. Does it reduce joint and muscle pain?
We have found this to be true. It works for us, my mom the superwoman no longer suffers backache and I no longer find myself lenguh-lenguh lutut at night when I wear my heels for too long during the day
5. Is it HALAL?
Yes, certified.
Industry secret: Most beauty products have added some concentrated collagen powder (Collagen Dust™) in their product line. What you’re purchasing is the real deal. Okay lemme copy paste my mom email reply:
“Kolagen yang Kak Nani ambil itu tidak dijual di pasaran. Kak Nani dapat dari seorang kawan yang supply concentrated marine collagen powder pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia ni. Contohnya dia supply kat Sendayu Tinggi, product terbaru Chef Wan (Mavellous) dan hampir semua syarikat product kecantikan di Malaysia ini. Ada status halal. Maklumlah, disupply ke semua syarikat kosmetik orang Melayu di Malaysia ni.
Tetapi penggunaan colegen di dalam product mereka sangat sedikit. Manakala yang Kak Nani dapat dari supplier memang pure collagen dan keberkesanannya seratus peratus atau direct.”
6. How do I use it?
1-2 teaspoons per day for consumption, highly soluble in cold water (juice/Milo/teh ais), really suitable with bubur/laksa/soup (fish powder + liquid food = SCORE!).
You can also mix a pinch of Collagen Dust™ with your moisturizer before applying to face. Sprinkle it in your body lotion for perky boobies.
*Guna luar dalam for best result.
*Not recommended for Pregnant Woman and Kids Below the age of 7.
**mesti ramai nak order ni. emel sahaja keknis@yahoo.com
credited: nanirostam.blogspot.com & inibelogsaya.blogspot.com
**mesti ramai nak order ni. emel sahaja keknis@yahoo.com
credited: nanirostam.blogspot.com & inibelogsaya.blogspot.com
Thursday, November 10, 2011
Misteri Malam Jumaat..
Asal malam Jumaat je, mulalah tv tayang cerita bercorak seram misteri, terutamanya drama Melayu. Kenapa? wei shenme?? shenme shi? (aku belasah je Mandarin/Kantonis ni!)
Tapi aku memang sedang mengalami pengalaman misteri sekarang ni. Silalah percaya! tak tipu maaa...
Ya! Sangat misteri sebab saat dan tika aku menaip ni kan, aku sedang mengalami gangguan super-natural. Tau tak gangguan super natural tu macam mane? Camni, jaringan aku diganggu & kompem ia didalangi oleh ketidakcekapan makhluk badan biru yang sangat besar. Bukan hitam atau putih tapi biru. hehehe! Sila rasa seram sekarang!
Sebab gangguan inilah aku susah nak dapat BE buffered earning & ME metered earning itu. Susah nak BW blog-walking, apatah lagi nak tinggal komen pada entry kamu semua. Tertekan tahu??!!
Oitt lembaga biru, kau ingat senang ke aku nak ada mood blogging ini? Asyik nak kena CONNECT (sebut betul-betul!)je.. Sekali taip, 78 kali kena reCONNECT!! Aku patut tuntut ganti rugi ni. Nak report di Tribunal Pengguna. Suarakan hak anda sebagai pengguna yang bijak! Bersedialah kau wahai Celcom b.band!!
Sekian, nak tidur dulu. Jom tidur!!
*cepatnya.. esok dah Jumaat. Mari rebut pahala sunat malam dan hari Jumaat. (>.<)
credited: kang ophan @ mybacteria.blogspot.com, Nuffnang and beloved advertisers. Please choose Tips-Petua again. hik! hik!
Wednesday, November 9, 2011
Jawatan Kosong di Badan Berkanun
credited: newclearvision.com |
Salam.
Sukacitanya diumumkan berita kekosongan jawatan bertaraf SAMBILAN di sebuah Badan Berkanun Persekutuan iaitu di http://www.lppkn.gov.my/ atau lppknmalaysia.blogspot.com. Pekerja Sambilan Harian (PSH) akan dibayar gaji harian.
Badan Berkanun ialah sebuah agensi kerajaan yang bersifat separuh kerajaan. Semua orang faham, kan? Bagus!!
Jawatan tersebut ialah:
1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Psikologi
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Perangkawan
5. Jururawat - waktu pejabat biasa.
5. Jururawat - waktu pejabat biasa.
6. Pegawai Pembangunan Masyarakat
7. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
8. Pembantu Pembangunan Masyarakat
9. Atendan Kesihatan
10. Pemandu - kereta, van, bas & mobile clinique
10. Pemandu - kereta, van, bas & mobile clinique
Kekosongan jawatan ialah di Ibu Pejabat LPPKN, LPPKN WP Kuala Lumpur dan Klinik LPPKN Putrajaya. (Kalau korang dapat, jangan ngada-ngada nak tukar cawangan!). Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 November 2011-Ahad. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web.
*Cubalah mohon kalau berminat. Tak perlu kabel. Yakinlah dengan usaha, & kelayakan anda. Insya Allah, rezeki itu Allah yang tentukan..
**Kalau DAP memerintah sekiranya menang PRU-13, tiadalah jawatan kosong sambilan lagi. Jawatan tetap pon nak dikurangkan. Renung-renungkan & fikir-fikirkanlah.. :-)
**Kalau DAP memerintah sekiranya menang PRU-13, tiadalah jawatan kosong sambilan lagi. Jawatan tetap pon nak dikurangkan. Renung-renungkan & fikir-fikirkanlah.. :-)
Tuesday, November 8, 2011
Buddy Up 103 years!!
credited:imdavidlee.com |
Comelnya iklan ini.
Pantang tengok iklan comel ceria. Ada bunyi-bunyi lagi tau!!
Hakikatnya,sudah 103 tahun kita menjadikan Great Eastern itu Life is Great. wow!! padahal umur kita baru Sweet 17. oppsss!! hehe!
Rupanya peraduan mudah ini bermula pada September 2011 dan berakhir pada 4 Disember ini. (aku selalu keciciran maklumat!) Ada hadiah wang tunai mingguan sehingga RM650! RINGGIT MALAYSIA,tahu! bukan rupiah/peso/bath (camne ejanya? sengal betul!!)
Korang bagi le alamat emel yang sah. Boleh juga guna Facebook tapi saya tiada 'buku' itu. Nanti aku forward then kindly please participate & accept my invites in order for me to get many baloons! toche! merci beaucoup! (>.<)
Hadiah utama bernilai RM16,000!! RINGGIT MALAYSIA tahu!! Hotel 4D/3N, return flight & theme park entrance to Disneyland or Australia!! (miracle kalau dapat. huhu!). Banyak lagi hadiah lain disediakan untuk korang. Maklumlah, syarikat ini sangat kukuh lagi kaya raya..
*Great Eastern ini ialah syarikat insuran. Korang udah ambil insuran kah???
Monday, November 7, 2011
Aidil Adha Raya Haji Raya Korban
Dia sudah berlalu..
Masihkah ada kesempatan bersua dengannya tahun depan?
Hanya Allah Maha Mengetahui..
Dia istimewa, antara yang terbaik..
Antara malam yang sangat mulia. Baca sini
Antara hari terbaik untuk berdoa. Baca sini
Alhamdulillah..
masih diberi kesempatan & rezeki bersama keluarga
sihat fizikal mental emosi, aman & harmoni
semoga diberkati..
*doakan mereka yang sakit agar cepat sembuh, dikurangkan penderitaan, redha & terus tabah menghadapi ujianNya..
Friday, November 4, 2011
Israel Cari Nombor Ekor??
Apakah kejadahnya maka Search Keywords di blog Tips-Petua ini terselit 'NOMBOR EKOR 2011 .2.11.2011???
Tuan blog ini sedaya upaya tidak mencampur-adukkan unsur-unsur haram, 18SG mahupun 18SX dalam mempromosikan blog suam-suam yang bukan picisan atau tempelan ini, tahu!! Makanya janganlah cari tips Nombor Ekor di sini.
20.11.2011 tu memang cantik.
Mesti ramai nak kawen pada tarikh itu. Tahniah Izariana Ibrahim dan Remy.. (bukan Remy Ishak!!)
Saje nak kongsi cerita berikut:-
Kes 1:
Kes 1:
My colleague cerita, kawasakinya pernah 3 kali rosak. Lepas rosak, mesti nombornya naik. haha! Maka apek pomen tu pon tepuk dahi le.. aiyakkk!!!
Kes 2:
My colleague tu cakap lagi, kali pertama dia bawa balik kereta ke kampung, ramai orang panjang leher. Bukan sebab kagum dengan kereta nasionalnya itu tapi kebetulan hari itu nombor yang naik sama dengan nombor plat kereta itu. kah! kah!
Kes 3:
My other colleague cakap, kalau tetiba 1 hari orang tu lalu jalan lain, nombor yang naik pada hari itu itu mungkin... hoho!
Kes 4:
My colleague tak cakap, tapi aku nak bagi soft-reminder ni:
Sila jangan percaya atau cuba tiru aksi kes-kes di atas!! HARAM! korang pon score A+ Pendidikan Islam kan?? (>.<)
*Aku agak curious apabila tengok kat Stat. ada audience dari ISRAEL di blog ini bulan lepas. (tu yang jadi pasif malas update. ceh!!) Apa motifnya? Mungkin tersesat tu. Takkan dia datang belajar tutorial Jawa aku?? ish! ish!
Thursday, November 3, 2011
ninabobok ~ Mewah Bahasa!!
Kawan-kawan,
Pernah dengar pasal Ninabobok tak? Sila jangan cemas!
Ia tidak berkaitan dengan Program Seksualiti Merdeka. Jangan risau..
Ninabobok ialah:
1. Nyanyian untuk menidurkan anak atau dodoi.
2. Kata-kata manis untuk tujuan menipu.
Jika kawan-kawan berminat untuk mengambil tahu berkenaan asal-usul perkataan ninabobok ini atau maklumat lanjut berkenaannya, bolehlah cari Prof.Madya Dr Nor Hisham Osman di UM.
Contoh ayat? Sila buat sendiri ya. Selamat maju jaya! (>.<)
sumber: Mewah Bahasa, Berita Harian 02112011.
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Tips-Exercise!!
“Is it better to exercise in the morning or evening?”
.
.
Exercise when you feel like it,
which will reduce the chances you won’t do it at all!!! (>.<)
credited: models & yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)