Showing posts with label Jawa. Show all posts
Showing posts with label Jawa. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Asyik Maharaja Lawak je! Mari sambung kelas Jawa?


Merujuk kepada dashboard pagi ini, ada 33 updates pasal Keputusan Akhir Maharaja Lawak. Hanspunyablog siap buat analisis lagi. Tapi takpe, sebab pelanggan Astro di rumah ini memang tidak pernah mengikutinya dari Alif, so sampai Ya pon tak beri kesan kepadaku..

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Sepah yang menjuarai kejohanan pertandingan tersebut. Rejeki pengantin baru ye buat Encik Shuib itu.. Kepada Jozan, Nabil & Jambu, anda juga juara di hati peminat kipas susah mati masing-masing. Jangan nangis ye!

Ok, iki dhino Setu yo bocah-bocah.
Yok belajar perkataan yang bermula dengan huruf U.
Kok lompat-lompat; dulu K sekarang U? Sebab U are beautiful & charming...  sila perasan!! (^.^)

1. Umbel = hingus
2. Untu = gigi
3. Umep = didih
4. Uthel/udel = pusat
5. Utho = bogel
6. Uthan = hujan
7. Usah = jangan
8. Uler = ulat
9. Ulo = ular

* 'th' bunyinye 'd'



grandsons Wok J karo ULO!!



nampak uthel Amani. eeeeeeiiiiii!!!
 #Juara Imam Muda musim ke-2 akan berlangsung pada 1 Julai ini. Encik Fahrin Ahmad (pelakon tu la) menjadi pengacara bidan terjun menggantikan Ustaz Dzulkarnanin Hamzah yang mengalami kemalangan jalan raya. Maklumat lanjut boleh rujuk pada blog enciknakal.com (nakal-nakal pon update Imam Muda ye. Bagus!)

Friday, June 3, 2011

Penangan Nora Elena!!

Salam sejahtera untuk anda semua.
Semoga sentiasa dirahmatiNya, sihat & ceria.
Sekejap sahaja dah Jumaat. Jangan lupa rebut peluang  buat pahala sunat hari ini.  (^.^)

Nora Elena..
Menarik sangat ke siri Nora Elena tu? Barisan pelakonnya memang sedap mata memandang. Mengambil inspirasi daripadanya, maka dengan suci hatinya aku namakan 2 makhluk yang aku baru bela ini sebagai Tizz Nora & Tizz Elena. Semoga mereka gembira & hidup subur bawah jagaanku (setelah LoLo  yang subur itu pergi buat selama-lamanya). aamiiinnnnn..
.
.
Tizz Nora & Tizz Elena yang disayangi

*express class Jawa:
 1. cili = lombok
 2. cili padi = lombok rawit
 3. lada besar = lombok gedi
 4. lada benggala = capsicum. hehe!!


Saturday, May 21, 2011

Asas Bahasa Jawa-2

Kepada sesiapa yang ada bibik Jawa di opis mahupun di rumah, atau dikelilingi orang Jawa atau sedang berjinak-jinak nak memantapkan pengetahuan Bahasa Jawa, bolehlah baca nota ringkas di bawah ini. Percuma je..!  (^.^)

1.siji
2.loro
3.telu
4.papat
5.limo
6.enem
7.pitu
8.wolu
9.songo - pernah dengar Wali Songo?
10. sepuloh - sebut kena vibrato Jowo!

hari bermula Isnin:
Senin - Sloso - Rebu - Kemis - Jemuah - Setu - Ngahad

* Ojo diwarai, marai.. (",)

LinkWithin

related posts with thumbnails