Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Petua Rambut Berbuah

Kanak-kanak tidak mengalami masalah rambut berbuah
Kegembiraan berganda di Maninjau Chalet Janda Baik

Anda mengalami masalah rambut berbuah?
Berbuah di sini maksudnya rambut itu kurang sihat ya..

Jangan risau kalau rambut berbuah. Kalau risau nanti makin kronik.
Mari cuba petua untuk mengatasi rambut berbuah ini.

1. Ambil 1/2 cup cuka , dicampurkan dengan segelas air suam.
2. Kacau sehingga sebati dalam bekas yang sesuai.
3. Rendamkan kepala untuk beberapa minit.
4. Sikat rambut yang tengah basah tu.
5. Bilas dengan air sejuk. 

*Hair tonic cap Selborne yang jual kat salon tu pon rasa macam cuka.

credited: Mingguan Wanita


Monday, May 20, 2013

Petua Putihkan Siku atau Lutut

Chicken Bishop Nose is tongkeng ayam

Kalau dah bagi, jangan mintak balik.
Nanti buruk siku!

Kenapa siku?
Kesian siku.. patutntya 'buruk perangai' empunya diri itu..
Siku anda buruk tak? hehe!
Kalau nak memutihkan siku, sila sediakan daun sirih, minyak zaitun dan kapur (bukan kapur kasut, ok!!)

Cara-cara memutihkan siku:
Calit sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut.
Jangan risau, bukan suruh makan sirih tu. 
Anda hanya perlu gosokkan bahan tersebut pada siku yang nak dicerahkan itu, dalam masa beberapa minit sahaja. Kena amalkan setiap hari, baru nampak kesannya. 
Jika diizinkanNya... (>.<)

credited: Nur Asyiqin Abd Rahim, Perak. Mingguan Wanita


Thursday, March 21, 2013

Jus Kurus Petua Kurangkan Berat Badan

tembam semasa kecil itu comel


Kenapa wanita selalu obses untuk kurus?
Oh! Tidak semua wanita berfikiran kolot begitu.
Jaman sekarang, lelaki metroseksual pon hebat juga (ada yang bermekap mengalahkan wanita sejati..)

Anda mahu berat badan ideal?
Berikut ialah petua yang dipetik daripada majalah (Mingguan Wanita rasanya)

'Sediakan 2 biji lobak merah dan perahan sebiji timun yang telah diparut. Gaul sebati dengan 1 biji limau nipis (air perahannya kot!). Amalkan minuman jus kurus ini. Nak lebih cepat berkesan, minumlah pagi dan malam ye.' Sekian





Tuesday, March 19, 2013

Petua Rambut Lurus

Anda nak rebonding rambut murah? 
Hanya RM69!! Sila tengok sini kot ada offer lagi..

dalam skrin ialah lagu Inilah Barisan Kita
semasa 1Million Women Purple Walk 2013

Kalau dengar lagu Inilah Barisan Kita, mesti rasa sesuatu..
Dulu mula-mula belajar lagu Inilah Barisan Kita, jaman sekolah tadika.
Melalak je tanpa rasa apa-apa.. Dulu lain, sekarang lain..
Anda nak luruskan rambut sendiri?
Mungkin boleh cuba petua moden di bawah.
**Artikel daripada yahoo.com

Produk rambut
Sekiranya rambut anda kerinting atau beralun secara semulajadi, gunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun atau argan. Ini kerana minyak semulajadi tersebut mampu melembutkan rambut dan mengatasi masalah rambut kusut. Anda juga harus menggunakan pelembap rambut sebelum melakukan proses meluruskan rambut demi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan rambut bercabang.

Pengering rambut
Mencari pengering rambut di kedai memang kerja yang mudah tetapi apa yang anda perlu ketahui adalah kualiti sesebuah pengering rambut itu perlu dititikberatkan. Jangan beli pengering rambut sebarangan kerana ianya boleh membawa kepada kerosakan rambut. Ada sebab mengapa sesetengah pengering rambut berharga sedikit mahal. Berbeza daripada pengering rambut biasa yang menyejat keseluruhan air pada rambut, pengering rambut yang menggunakan teknologi ionik berfungsi memecahkan molekul air pada rambut, membuatkan kelembutan rambut terjaga.

Besi pelurus rambut
Haba yang dihasilkan oleh besi pelurus rambut perlulah bersesuaian dengan jenis rambut anda. Jika rambut anda halus dan nipis, gunakan haba yang rendah manakala haba sederhana tinggi pula digunakan untuk rambut tebal dan kasar. Untuk mengetahui sama ada suhu tersebut bersesuaian dengan rambut, uji dengan tisu dahulu. Sekiranya tisu hangus, itu bermakna besi pelurus rambut itu terlampau panas untuk rambut. Letakkan pelapik di besi pelurus rambut tersebut demi mengelakkan masalah rambut kering.

Tuesday, March 12, 2013

Faedah Janggut dan Misai


Kacak tak lelaki dewasa bermisai di atas??

Jika anda ingin tahu, antara rahsia awet muda golongan lelaki adalah janggut dan misai. Adakah???
Di sini, kami terangkan beberapa faedah yang terdapat sekiranya lelaki menyimpan janggut. Tapi anda perlu ingat, kalau ingin bergaya dengan misai dan janggut sekalipun, pastikan ianya dijaga dengan bersih dan rapi!

Perlindungan daripada matahari
Tahukah anda bahawa janggut mampu menghindari kanser kulit? Ini kerana para penyelidik berpendapat bahawa janggut dan misai rata mampu melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya. Lelaki pakai sunblock tak??

Boleh mencegah lelah
Mereka yang menghadapi lelah akan senang jatuh sakit apabila terdedah kepada kawasan berhabuk. Oleh sebab itu, misai boleh menghindarkan habuk tersebut daripada memasuki rongga hidung.

Melambatkan proses penuaan
Rambut yang terdapat pada kulit wajah mampu menyimpan lembapan dan membuatkan kulit sentiasa lembap. Dengan lembapan tersebut, kulit akan kelihatan muda dan berkeadaan baik. Kalau kulit kering cepat berkedut?

Melawan batuk
Janggut yang tumbuh lebat di sekitar kawasan dagu dan leher mampu menaikkan suhu leher, lantas mencegah selsema. Cuba semak, adakah ini benar?

Menghalang ruam
Ruam sering diakibatkan oleh kaedah cukuran yang tidak dibuat dengan berhati-hati. Untuk mengelakkan masalah tersebut, adalah lebih elok untuk menyimpan janggut sahaja. Janggut sejemput itu encem! (seperti gambar di atas)

credited: yahoo.com

Thursday, February 21, 2013

Petua Selsema Stim Muka Dengan Vicks

Hi tea di Seri Pacific memang sedap!!

Bangun pagi-pagi, p dapur masak air guna cerek bersiul tu.
Bukan sebab nak sediakan sarapan tapi sebab untuk kecantikan hidung.
Ya... kali pertama kena jangkitan selsema untuk tahun 1434H ni. Perlu segera pulih untuk bertugas luar Ahad ni. Siapa nak ikut??? (Wanita sahaja)  Bilik kosong ni. Siap baucar sarapan lagi untuk 5 hari.. (>.<)

Untuk mengubati selsema, cuba stimkan muka anda dengan sesudu vicks dimasukkan ke dalam semangkuk air panas. Guna tepawe bulat bekas ais-krim pon boleh ya adik-adik.

Tau kan vicks vaporub tu. Jangan salah guna tiger balm pula ye. Kadang-kadang doktor pon ada bagi garam vicks ni. Gunakan tuala untuk selubungkan kepala anda. Buatlah dalam suku jam ke.. air tu cepat sejuk. 

AMARAN:
Jauhkan daripada kanak-kanak semasa melakukan prosedur stim ni. Kang tak pasal-pasal ada yang tersembam kena air panas tu..

*Bekerja dalam bilik berhawa dingin akan melambatkan proses pemulihan selsema..

Di sini pon ada petua lain untuk mengatasi selsema dan batuk beserta bonus petua nak kurus. Sekian.


Tuesday, February 19, 2013

Petua Pening Kepala


nyamannya menyedut mocha kisar ini.. hhhmm...


Petua Untuk Mengatasi Pening Kepala
(kalau nak dapat pening kepala, macam-macam cara boleh buat kan....)

Anda sedang mengalami pening kepala?
Baru hari Selasa... hehe!

Cara untuk hilangkan pening ialah dapatkan sebiji limau nipis. Limau kasturi pon rasanya boleh ni. Jangan limau bali atau limau mandarin Gong Xi Fa Chai ya..

Potong dua limau itu dan gosok pada dahi. Dengan izinNya, rasa berdenyut pening itu akan hilang. Cium limau tu pon dah rasa segar kan.. Sapu tiger balm pada dahi pon ok tau.. Sekian.

**yeay!!
akhirnya saya dah update blog.. (>.<)


Friday, December 21, 2012

Solat Tahajud Ubat Sakit Pinggang


Istanbul aku datang dalam mimpi

Alhamdulillah...
Cerah pagi Jumaat 21.12.2012 ni.

Kenapa disunatkan solat tahajud?
Sebab waktu sekitar 3 pagi hingga terbit matahari itu, kita dapat menikmati oksigen segar di muka bumi. Makanya akan menjadikan badan segar dan melancarkan darah.

Setiap pergerakan dalam solat memberi manfaat kepada kita sendiri. Selain dapat hirup oksigen segar dan menyihatkan badan, ia juga boleh menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur atau selalu bangun lewat.

Ambil berkat hari Jumaat, doa banyak-banyak.. :)



Thursday, December 20, 2012

Petua Elakkan Kaki Berbau

Gambar hiasan tiada kaki berbau

Bukanlah nak cakap kaki anda berbau tapi cuma nak kongsi petua.
Kalaulah kan, anda ada masalah tersebut, silalah cuba petua ini:

Ambil limau nipis dan belah dua.
Gosokkan limau itu pada celah-celah jari  dan kuku kaki anda.
Biarkan seketika barang 3, 4 minit..
Kemudian cucilah dengan air bersih.

*Pastikan juga kuku kaki sentiasa pendek & bersih.
Sentiasalah pakai stoking yang bersih.
Moralnya kalau nak wangi kenalah sentiasa BERSIH.
Bukan 'Bersih' point O tu tau!!  (>.<)

~Sekian~ 

credited: Mingguan Wanita



Monday, December 10, 2012

DIY Putihkan Gigi Dijamin Halal


sila tutup paip semasa floss gigi ye adik manis 


Sempena keputusan seri 1-1 Malaysia lawan Thailand Piala AFF Suzuki 2012, marilah kita sama-sama memutihkan lagi gigi kita ya.. Caranya senang lagi jimat, dijamin halal.

'For that pearly white smile, mix lemon juice with some baking soda and brush your teeth'. Easy!!

Bahan-bahan seperti lemon dan baking soda ini perlu dibeli dengan duit yang halal, barulah dijamin HALAL.. (>.<)

Kalau nak DIY penyegar muka, boleh belek di sini.

Selamat mencuba!!

credited: my.specials.yahoo.com, dreamstime.com






Thursday, November 8, 2012

Petua Merawat Kelemumur Dengan Cuka


Adik tiada kelemumur tapi nak tidur ni..


Anda ada masalah kelemumur?
Sudah guna macam-macam syampu anti dandruff mahal dan murah, tapi masih tidak berkesan? Maka cubalah petua murah di bawah ini:

Perahkan limau nipis dalam sesudu kecil cuka makan. Cuka makan sahaja tau! Murah je ni.. Kemudian gosokkan 'campuran cecair ajaib' itu pada kepala, perlahan-lahan ya. Biarkan selama 10 minit. Selepas itu cuci rambut sehingga bersih. Itu sahaja. Petua ni suruh kita amalkan 2 kali seminggu.

*Mingguan Wanita Mei 2009


Wednesday, October 31, 2012

Petua Kurangkan Jerawat Badan

ini bukan daun jambu batu tau!!

Anda ada masalah jerawat pada badan tough atau gebu masing-masing? (Takpe, boleh jawab dalam hati je.. hehe!)
Biasanya jerawat nakal ni wujud di bahagian belakang badan tu.. ntah apa-apa jerawat ni..

Petua untuk kurangkan masalah jerawat nakal pada badan tu senang je.
Mula-mula cari daun jambu batu. Petua Berita Harian ni tak nyatakan speksifikasi daun jambu batu itu. Silalah anda cari daun yang molek ya. Kalau dah lupa rupa fizikal daun jambu batu ini, boleh cari di google image.. Setelah daun jambu itu dicuci, sila giling daun jambu batu tersebut. Mampukah??? kuang! kuang!
(Bolehkah kalau kita blend je daun jambu itu? ok kot!)
Kemudian, kita sental daun jambu batu yang sudah digiling itu pada badan kita yang berisiko jerawat tadi.

Daun jambu batu juga boleh digunakan untuk merawat jerawat muka, kudis, ruam, kencing manis dan seriawan mulut. Seriawan mulut ialah ulser ya. Boleh klik utusan ini. Sekian.



Tuesday, October 16, 2012

Oat Hilangkan Jeragat.


Suka makan oat tak?
Kalau ada masalah jeragat, boleh cuba petua ini:

1. Tumbuk segenggam oat sehingga halus.
2. Campurkan dengan putih telur.
3. Sapukan 'adunan' tadi pada wajah mulus kita.
4. Selepas suku jam, bolehlah cuci wajah mulus kita itu.

*Disyorkan agar wajah mulus kita dalam keadaan bersih sebelum ditepek dengan 'adunan' oat ini. Boleh guna oat expired tak?

Petua ini juga boleh haluskan wajah, kata Puan Salmah Harun yang berasal dari Perak ini.   

Tuesday, October 9, 2012

Petua Hilangkan Kesan Hitam Pada Ketiak


ini pokok apa? ada buah..

Ketiak ialah bahagian bawah lengan anda dan saya. Guna istilah ketiak lagi best kan...!

Anda tentu tidak gembira kalau bahagian bawah lengan anda berwarna lebih gelap daripada warna normal kulit anda yang lain kan? kan? kan? Usah risau.. Mari kita cuba petua ini:

* Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Digalakkan guna air bertapis. Kuantitinya sekadar cukup-cukup je.. Sapukan pada bahagian bawah lengan atau bahagian lain yang bermasalah seperti di celah paha. Amalkan dua tiga kali seminggu ya. Petua ni tak cakap le pulak nak sapu untuk tempoh berapa lama. Kita anggap je sehingga dah agak kering. Lepas kering elok mandi la kan? Itu pon tidak diberitahu..  

**Ini hanyalah ikhtiar kita. Semoga Allah perkenankan usaha ini..  :-)



Thursday, September 20, 2012

Formula Six Pack

gambar kucing dan ayam yang tiada kena-mengena

Kamu ada berapa pack sekarang?
Berpek-pek? hehehe...

Kalau nak six pack, (kalau nak laa...), sila jangan terpengaruh dengan dakyah kena buat bangkit tubi barang 2, 3 ribu kali tu.. Tak de kerja lain ke asik nak bangkit bertubi-tubi itu? (Bangkit tubi tu sit up kan??)

Formula nak dapat perut seksi six pack tu ialah dengan buat bangkit tubi yang efisyen. Contohnya buat bangkit tubi dalam bilangan 25 kali, rehat 30 saat dan sambung lagi sehingga dapat 200 hingga 300 kali. Maknanya dalam 8 set hingga 12 set le kan? (Betul ke sifir congak aku ni??). Otot kena rehat tau! Don't push too hard..

Eloknya buat awal pagi pagi ya. Dah penat-penat bangkit tubi tu, jagalah cara pemakanan iaitu jangan makan bersulam air. Minumlah selepas setengah jam makan makanan berat..

*formula drpd M.Wanita April 2012 & gambar craftlog.org


Sunday, September 16, 2012

Minuman Untuk Diet

neslo shacks sekali sekala sahaja

Selamat Hari Malaysia!
Penubuhan Malaysia ialah pada 16 September 1963, pandai!!
Nikmatnya hidup di Malaysia yang banyak makanan/minuman.
Kalau nak diet, sila amalkan minuman di bawah ini:

Pertama Air Putih aka Air Jarang
- tidak perlu disangkal lagi. 
lebih elok kalau air mineral atau air bertapis.

Kedua Air Kopi
- kurangkan gulanya.

Ketiga Air Teh Hijau
- tanpa gula adalah yang terbaik. Tak pon, sedikit gula/susu rendah lemak.

Keempat Jus Sayuran.
- sanggup ke minum ni?
kalorinya lebih rendah daripada jus buah.

* kadang-kadang kalau rasa lapar sikit, cuba minum air dulu. Sebenarnya kita haus tu..

Rapi Feb 2010

Thursday, August 30, 2012

Tips Poligami Tengku Asmadi


Kenal Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad?
Sila rujuk gambar di atas, beliau bersama isteri keduanya iaitu Tun Nurul Huda Abdul Rahim. Orang TV Al-Hijrah ye? Isteri pertamanya ialah Norsarina Zakaria. Dia ada hal lain masa tu so tak dapat bersama masa sesi fotografi ini.

Tips Tengku Asmadi:
1. Adil bahagi masa.
Satu hari satu rumah tak cukup..

2. Sentiasa bermuafakat dengan semua isteri.

3. Utamakan hal kecemasan.

4. Suami wajib ada kekuatan mental.

5. Suami pelu sangat sabar.

6. Suami perlu berilmu untuk bina hubungan keluarga yang baik.

7. Bijaksana untuk berpoligami.

Tengku Asmadi Tengku Mohamad ialah Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi MAP Trading & Consultancy Sdn. Bhd. (MAP). Ada PhD

Kekuatan dan kestabilan ekonomi pon sangat penting kan... (>.<)

*Utusan Malaysia, Julai 2012


Tuesday, August 28, 2012

Orang Jujur Lebih Bahagia


10 Syawal 1433H,
tengah hari...

Setakat tengah hari ini, sudah berapa kali anda menipu?
Abaikan kategori tipu sunat atau makruh..

Kalau anda kurang berbohong, anda akan hidup lebih bahagia. Malah dapat capai kepuasan hidup yang lebih tinggi. Hubungan yang lebih baik juga dapat dijalin sesama manusia. Mungkin dapat memudahkan proses menguruskan badan.. (>.<)

Kalau suka berbohong, anda mudah sakit kepala, sakit tengkuk, rasa tegang, cemas dan lain-lain gangguan kesihatan. 'Lain-lain gangguan' tu Kosmo tidak nyatakan la pulak..

Kajian di atas telah dijalankan oleh profesor psikologi Universiti Notre Dame, Amerika Syarikat; Anita Kelly. Kenapa nak menipu? Lagi kerap anda menipu, lagi orang tak percaya. Lagi banyak orang akan korek rahsia anda. MATI atau Terus Hidup? SOS..


Kosmo 26 Ogos 2012

Monday, August 27, 2012

Minum Kopi Selepas Makan Tengah Hari


Kopi ada kafein.
Kafein ini boleh tingkatkan daya tumpuan dan cepatkan sistem metabolisme.
Juga cepatkan pecah lemak degil kamu!!

Elok minum kopi hitam.
Kopi dengan susu skim ada kalori, tahu! 

Lepas lunch minum kopi? Kononnya hilangkan rasa mengantuk.
Sebelum bersenam elok minum kopi..
> energetic! (>.<)


*Rapi Feb 2009

Friday, August 24, 2012

Petua Hilangkan Jerawat Guna Madu Lebah

pinjam Jerawat LadyDyla

Syawal 6, 1433H..
Masih mood raya.. ada yang sudah memulakan puasa enam Syawal.. Bagi wanita, mesti dahulukan yang WAJIB ok! (>.<)

Memandangkan Ustaz DON Danial Biajid pon sudah selamat diijabkabulkan dengan Cik Husna Zahry Rafie, marilah kita sama-sama ambil tahu petua hilangkan jerawat guna madu lebah asli ye adik-adik.. (sebenarnya tiada kena-mengena dengan Ustaz Don!)

Bahan-bahan:
1 sudu madu asli
1 sudu air asam jawa (kenapa jawa yek??)
1/2 sudu putih telur (syor telur ayam sahaja)

Gaul sebati semuanya sampai mesra.
Sapu pada muka mulus kita.
Lepas 1/2 jam, boleh cuci muka.

*elok diamalkan pada waktu pagi dan petang. Maka kenalah bangun awal pagi.. Sekian.

p/s: Petua oleh Madu Lebah Asli Abi Honey Enterprise

LinkWithin

related posts with thumbnails