Korang pernah hilang dompet? (dompet berisi lesen memandu, kad pengenalan, duit & kad2 plastik)
Tak sangka, aku mengalaminya malam semalam. Kagum pada diri sendiri-boleh relax je.. memangla bulan ni tak de outstation, tapi sangat lupa bahawa Jumaat depan aku nak mabur ke M'sia Timur (tiket tambang murah telah dibeli pada 2010!). Gilo x do ic. Mesti encik pilot tinggalkan aku! So, setelah yakin dah puas cari tapi tak jumpe, maka aku gagahkan juga duduk di kerusi co-pilot menuju ke balai polis terdekat, walaupun sudah detik 12.15 tengah malam! Balai Polis Dang Wangi sebelah Kompleks Campbell menjadi pilihan sebab senang parking. Balai Polis Mont Kiara/Hartamas tak pernah pergi. Balai Polis Sentul sedang diubah-suai & susah parking. Nak naik motor, kami belum beli. Lagipon both x do lesen B, B1, B2 mahupun C.
Tips:
1. Nak buat report, kena sediakan RM2 untuk urusan JPJ (buat lesen baru). Pinjam la dulu..
2. Sila ambil nombor & tunggu giliran. Walaupon takde orang awam lain, kami kena tunggu juge sebab pegawai sedang sibuk. Malam tu je ade beberapa tangkapan dibuat..
semasa membuat laporan di balai..
(> < macam mane ni la gambarnya..)
3. Seorang pegawai akan menaip laporan ringkas anda. Sila ceritakan kejadian kehilangan itu secara ringkas & padat. Pegawai akan tanya, bila & di mana anda sedar dompet itu hilang? Senaraikan juga barang berharga yang hilang. Kad Sogo, BonusLink & Jusco - tak yah mention yek..
selamat kad Sogo wok J..
4. Pegawai akan suruh kita bace laporan itu di skrin komputer dulu sebelum dicetak. Dah ok, baru beliau cetak.
5. Kemudian, sila tandatangan pada laporan itu. Satu untuk JPJ (dikepil dengan resit RM2 tadi) dan satu lagi untuk simpanan (jadi kad pengenalan sementara). Setelah pegawai itu juga siap tandatangan, kita pon boleh balik rumah.
6. Sementara itu, jangan lupa telefon bank2 anda untuk batalkan kad. Dail je 103 untuk dapatkan nombor telefon bank itu.
# Mase tu, Encik polis bawa 2 orang 'Sailormoon'. Dari mane la gerangannya tu yek?
* Pukul 2 lebih buat report, pukul 3.04am dapat call drpd B.Polis USJ8 suruh ambil purse itu. Alhamdulillah... dah jumpa. Rupenye memang tercicir kat De Station USJ 19. Sungguh cekap PDRM kan?! Tahniah..
Kebetulan pulak ~ petang tadi SinChan sedang mengepow jiran lamenye (pelajar U yg berulang-kali amik exam & masih belum ade girlfriend). Kejadian berlaku sebab abang itu (lupe namenye) telah berjanji nak belanja SinChan jajan kalau dia jumpa gajinya yang hilang. SinChan tak tau pon rupa paras 'gaji' tu macam mane.. kesian dia.