Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Takdir Mengahwini Suami Orang

Sate Atok Sek.8 Bangi yang sangat menggiurkan!

Sari berita penting Bajet 2013 sekejap:
1. Bajet 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat"
2. Seronok para belia (21-30 tahun sahaja ya!) dapat rebat beli telefon pintar 3G. Amboi!! Untungnya korang..
3. Kepada peminjam tegar PTPTN pula, ada diskaun 20% untuk setelkan loan sekaligus-hingga 30/9/2013.
4. Bonus sebulan setengah kepada penjawat awam. Yeay!! Jom usha Cik Jumir, Cik Dill, Atok Apo-apo Yolah, Tukang Karut, Ghost Writer... antara mereka yang berkenaan la kan. hehe!

Memang jodoh seseorang itu atas suratan takdir tapi ikhtiar tetap diwajibkan untuk menentukan nasib sendiri. Ingat, "Allah tidak akan mengubah diri sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.."

Jangan sesekali salahkan takdir kerana manusia boleh mengubah sendiri jika dia mahu. Mungkin mengahwini suami orang kita anggap takdir padahal berikhtiar dari awal untuk menjauhkan diri daripada suami orang ialah takdir sebenar kita.

Remember The 10/90 Rules?
10% of life are the happening events, 90% are our responses!

Sunday, January 8, 2012

Bertemu Jodoh di Pasar Raya Borong Mydin Jalan TAR

abu ashgive.com
*Jejaka di atas ialah En.Abu yang Not Available. Bukan jodoh saya tapi saje copet gambar beliau sebab macam dramatik je posing dalam semak lalang tu. ohsem kan!!!? (>.<). Silalah terjah blog beliau sambil menderma di RALK, Puchong. Selain itu, kita juga boleh menyumbang sesuatu kepada Pn.Farah Mohd Nor, seperti di blog Wok J ni..  

*Jalan TAR ialah jalan yang telah diturap dengan tar dan diberi nama khas Jalan Tuanku Abdul Rahman (ke TUNKU??). Singkatannya ialah Jalan TAR, di Kuala Lumpur.

1. Ada orang tak suka shopping di Mydin atas faktor kualiti barang, jenama atau kelecehan nak ikat/bungkus beg yang dibawa.

2. Faktor lain ialah sebab tak berapa 'standard' je nak shopping di Mydin atau pegang plastik Mydin. eksyennye!! tapi bukan si isteri yang bersikap demikian sebaliknya si suami. Siapa? Mungkin di kalangan kita sendiri. hhhmmmm... tak mengaku la tu!!

3. Faktor lain lagi ialah keadaan dalam pasar rayanya yang agak kurang selesa tetapi mungkin tidak di Mydin Summit USJ nuuuuu...

4. Lagi? Sebab suasananya, susun aturnya, dekorasinya, pekerja antarabangsanya, aromanya... lebih kurang faktor no.3 di atas lah ye.. 

5. Tapi saye telah berjumpa dengan cinta hati macho di Mydin Jalan TAR ini. Dengan bangganya nak menunjuk. hehe!
.
.
.
.
.
.
A-harga=RM19.90 sahaja

cekci!! hehe! ok yang muslimah pon ada seperti di bawah:

B-siap skirt keselamatan. Harga=RM49.90 je!

A itu lebih ceria tapi seksimah le. (Siap ade cap/serkup dan spenda seluar kecil secorak di dalamnya. Ini bakal menimbulkan kesukaran kepada pengguna pemalu macam kita. Nak buang, sayang.. hehe!)

Baiklah.. untuk menjaga kemaslahan ummah, mari kita cari alternatif yang ekonomi iaitu:
1.Beli t-shirt inner=RM9.90 ke atas.
2.Beli long thigh/legging=RM9.90 ke atas. (di Kedai Hari-Hari pon ada. Murah je!)
3.Tudung=Guna je koleksi peribadi, kalau tak selesa dengan cap FOC tadi.
4.Tahniah! Anda berjaya berbelanja dengan penuh berhemah sambil mencipta fesyen mix & match yang comel ceria. Kalau baywatch halau anda sebab fesyen ini, sila laporkan kepada TV3. (",)


Di manakah anda bertemu jodoh? 
Ada orang jodohnya banyak, kan...!!?

*Dah takdirku bertemu jodoh di Mydin. Bukan Sogo, bukan Parkson.. 





LinkWithin

related posts with thumbnails