Antara golf dan renang, pastinya berenang menjadi pilihan hati sebab bila pakai swim' suit baru tau macam mana prestasi ukur lilit badan kita. hhhhmmm... agak mengecewakan!
Kelebihan berenang:
1. Tingkatkan keyakinan diri. Aku ni fobia air lo!
2. Bersihkan badan drpd mikro-organisma, bakteria dan penyakit kulit sepeti jerawat. Ape?! jerawat??? Kuman mati dek air klorin atau air laut ni??
3. Tingkatkan kelenturan badan. So dapat elakkan drpd terseliuah. ooo... hari tu, kaki aku terseliuh sebab kurang lentur rupanya!
4. Boleh tolong selamatkan orang. Cikgu-cikgu digalakkan ada ilmu asas kemahiran berenang. Bukan cikgu pon elok belajar berenang. Berenang itu satu riadah yang digalakkan Nabi kita, kan??
Semalam aku belajar berenang dengan kakak Aaron (tapi bukan Aaaron Aziz Ombak Rindu pujaan hati korang tu). Cikgu ni baru Form 3 tapi dah mahir berenang sebab dah menimba ilmu renang sejak berumur 7 tahun. Cikgu muda yang hot ni namanya Jasmin; kacukan Jerman-Perak. Bapa mereka memang orang Jerman yang ori. titik!
Aku memang start dari zero semalam. Tapi antara aku, Wok J & Kak Niza (Mak Chot Cikgu Jasmin ni), aku berjaya tumpaskan mereka dalam mini contest skil apungan cendawan (pic below). Kira yang paling lama bertahan le. Hehe! Malangnya teknik lain failed! Depa lupa nak ajar apungan lentang tapi apungan meniarap dah boleh. yahu!! Yang tak best, Cikgu Jasmin kakak Aaron ni cakap aku berenang freestyle macam menari AGOGO. Failed! Tangan ni nak kena babab ni!!

![]() |
| ini namanya teknik apungan cendawan |
*Plan 2012 - boleh berenang dengan semua teknik (freesyle, backstroke, breaststroke & butterfly). Nak tau tips cuci swim' suit mahal, boleh rujuk sini. Aku pakai cap Mydin, masuk mesin je. hoho!
*Bolehkah berenang ketika haid?
Boleh sebab tekanan air boleh halang haid keluar. tapi pandai-pandailah jaga adab.. rujuk komuniti.iluvislam.com
* Senarai kolam renang awam boleh rujuk di berenang-renang.blogspot.com
credited: scribd.com~Kemahiran Asas Renang PJM, Kak Niza, Wok J, Cikgu Linda & Aaron.