Monday, August 8, 2011

Tips Jutawan Muda - 'Stop Doing List'

pernah ikut rombongan tadika anak korang tak?

Jutawan Muda; Irfan Khairi bergelar 'JUTAWANG' ketika berumur 25 tahun.
Umur 25 tahun, korang buat ape ye? huhu!
Ada tak rakyat Malaysia yang tak cam muka beliau? Saje tak nak tepek muka beliau sebab suami orang ni pon berperwatakan menarik juga. Nanti ada lagi yang kecewa sebab tak sampaikan salam. (>.<)

Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata. Katanya, hidup mesti diteruskan walaupun sudah bergelar jutawan. 'Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati, tetapi fikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi. Maka, wajib bekerja dan bekerja'. Itulah kata-kata hikmat seorang jutawan!!

Tip pilihan: Senarai "JANGAN LAKUKAN".
Aku share emel yang dia bagi ni. Dia rajin hantar emel, korang jangan cemburu tahu!

Seringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, "To Do List!". Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.

Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada "To Do List!". Pernahkah anda mencuba "Stop Doing List!"?

Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti lakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!) atau apa sahaja rutin yang membuang masa. Bina satu senarai baru iaitu "Stop Doing List!"

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cubalah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad!

sumber: wikipedia & rahsiainternet.com

34 comments:

Xavi De said...

nice info..kadang2 kita terlepas pandang, benda yg xsepatutnya kita buat, kita buat kan...=)

faiz said...

byk list yg aku tgh fikir nk stop ni..

blog-tips-kurus said...

Xavi De,
tq. asyik-asyik terlepas pandang kan..?! asyik pandang yang tak penting je.. (",)

blog-tips-kurus said...

faiz,
fikir & teru stulis.. :-)

Anonymous said...

kalau layan drama korea kene jadi "stop doing list" ke??? O.o

Dr K said...

dikhabarkan dia membuat lebih byk wang dgn memberi speech/ceramah :P

blog-tips-kurus said...

Hanie D,
mmmm... let's think twice! :-)

blog-tips-kurus said...

Daddy Z,
oooo.. biasanya bayaran untuk penceramah memang mahal kan? produk internet dia kan dijual di peringkat antarabangsa? :)

James Alexander said...

aduh... x leh hang out la cenggini sbb nak jadik jutawan punye pasal... hehehe....

AmirFX said...

Hampir kesemua stop do list saya dah buat untuk projek Forex.. Sikit jer lagi nie.. haha...

Prince Halilintar said...

prince suke besederhana dan bahagia dgn life skrg..takut bila dah jutawan lupe diri nanti..hrp2 tak lar

Cikli said...

kalau dah jutawang, cakap apa pun orang ambil pusing.

blog-tips-kurus said...

JA,
haha! buat jangan tak buat.. ;)

blog-tips-kurus said...

AmirFX,
itulah kata-kata akhir bakal jutawan forex cum blogger. fiwitt!!

blog-tips-kurus said...

Prince H,
harap2 tak.. bakal jutawan juga putera ini rupanya! :)

blog-tips-kurus said...

Cikli,
bukan setakat jutawan, artis juga begitu.. (",)

Cinta Misteri said...

Irfan tue idola saya dan en.hubby. Byk juga kitorg ikuti talk dia

Unknown said...

hurm...tips yg berguna ni tapi tulah...bila nak start laksanakannya hahahha

blog-tips-kurus said...

Cinta M,
waaaaaa... pernah join? pelapis jutawan la ni.. :-)

blog-tips-kurus said...

AV,
bila free.. hehe! ;)

NasQ said...

betul jugak tu kan sambil garu garu dagu...

blog-tips-kurus said...

TK,
garu.. garulah selagi mampu. ;)

Hans Hanis said...

ar ar kan
betul juga tu
jarang orang buat stop list tu

blog-tips-kurus said...

Hans,
itulah cara jutawan kan.. :-)

Unknown said...

apa si irfan buat skrg ha? femes gila dia dulu...

p/s yerpp jakun adalah suku kaum org asli :)

kak ina kl said...

bertuah beliau menjadi jutawan muda..rezeki dia kan..

blog-tips-kurus said...

ZH,
tak jadi sedara dia. tak tauuu...

*Batak pon kan? kena berhati-hati guna tatabahasa. :-)

blog-tips-kurus said...

kak ina kl,
yup! gigih berusaha on the right track.. :-)

mykhalis said...

orang cam KHalis ni tak kuat semangat.. wat la list apepun.. mesti tak jadi..sbb tu tak kurus2

blog-tips-kurus said...

mykhalis,
hoho! tidak kelihatan bersaiz besar sangat pon... ;)

Unknown said...

rite now all i do is blogging n hope tak wasted

blog-tips-kurus said...

Saiazuan,
i see.. :-)

akubiomed said...

Sekarang ini makan gaji pun boleh hidup senang kalau pandai menguruskan wang. Apa yang saya lakukan untuk hari tua adalah melabur duit KWSP ke dalam unit amanah. Saya telah melabur sejak KWSP mengumumkan syarat baru pengeluaran untuk unit amanah. Sekarang ini pun AS1 pun boleh dilaburkan mengunakan akaun 1 KWSP

zik said...

lebihkurang things to do lah ek... banyak benda yang tak done nak dibuat...mungkin lepas raya will be coming back..hehe

LinkWithin

related posts with thumbnails