Friday, August 19, 2011

Petua Basmi Jerawat Raya


not this Ms Jay

Seminggu lebih je lagi nak bersama Ramadan ni.
Tiba-tiba je jerawat (selepas ini disebut Ms Jay) muncul dengan jayanya di muka. Mari kita musnahkan beliau dengan segera. Tak comel le gambar raya kalau ada Ms Jay!!

Ok, rentetan daripada ilmu Buku Jerawat hari tu, mari kita cuba membasmi Ms Jay guna bahan semulajadi.  Cara & bahan yang paling mudah dicari ialah seperti berikut:

1. Parutan timun/sengkuang campur 2 sudu air limau nipis.  Tepek pada muka macam pakai mask zorro selama setengah jam.

2. Air garam dicampur dengan 5 biji belimbing buluh yang telah ditumbuk halus. Sapu adunan ini pada Ms Jay itu. Buku tu tak bagitau belimbing masak ke tak & tempoh masanya. Agak-agak je la yek!

3. Rebus 5-10 daun sirih dengan 2 gelas air. Cuci muka dengan air rebusan ini (biar sejuk dulu!).

4. Petua untuk cuci darah:
Kisar 2 biji mengkudu (bukan senang nak jumpa) masak dengan 1 gelas air. Then, rebus dengan gula batu. Air rebusan ini diminum untuk cuci darah penyebab kehadiran Ms Jay tu.

 
* Tekup Ms Jay dengan ais dalam beberapa minit bagi mengurangkan keradangannya. (Tapi mesti cuci muka gently dulu). Then biarkan je. Jangan usik-usik. (bedung tangan tu ya LAdy_DyLA oitttt!)

# Hasil ujikaji ini pasti berbeza bagi setiap orang ya. Selamat berjaya! (^.^)



29 comments:

NasQ said...

jay? errr... tak pe la... pakai kertas pasir jea la...

dill said...

saye nak ilangkan parut jerawat. sedih2

dill.

blog-tips-kurus said...

TK,
huh!! ada testimoni kah?? ;)

blog-tips-kurus said...

dill,
ada scar itu macho apeeeeee...hehe!

Lea Isnawi said...

xleh stress nak raya neh
nanti jerawat tumbuh

blog-tips-kurus said...

Lea,
haha! betul! betul! :-)

*dia pon nak raye tu..

puteri ain said...

jgn pk byk . nnti jrwt byk tumbuh .hehe

ORLANDO AHMAD said...

baru Gua tau yg mengkudu tu bleh cuci darah, tapi bau nyer mak oiii

ORLANDO AHMAD said...

scar eksiden mcm mana nak hilangkan?

AmirFX said...

MR Jay takder minggu nie.. Minggu lepas dah hapuskan dengan cucian muka yang selamba.. Hasilnya amat memberangsangkan...

~Sal Ismail~ said...

pakai temulawak pun ok~ ^^

James Alexander said...

aduh ! nsak mencari bahan2 nye mcm susah jek...

blog-tips-kurus said...

Lea,
stress sebab tensi le jait manik, kunun!!! hoho!

blog-tips-kurus said...

cop! bukan Lea tapi untuk Pricess Ain. sori my pricess.. :-)

blog-tips-kurus said...

Ustaz O Ahmad,
mengkudu itu berbau tidak harum kah?? alamak..

blog-tips-kurus said...

Ustaz O,
biarlah scar itu terpateri sebagai memori..

p laser je. biar doktor pakar handle.. :-)

blog-tips-kurus said...

Amir,
wah! Mr Jay itu suka Amir jugak?? ;)

blog-tips-kurus said...

Sal,
temulawak-memang femes tu. kenapa namanya ade lawak yek?? :)

blog-tips-kurus said...

James A,
macam le dia ada masalah.. kan bak telur dikupas. hehe!

Jumir said...

Aku n jerawat tak berapa nak kawan.

blog-tips-kurus said...

wok J,
yelaaaaaaaa.. ;)

lady-D said...

muewhehehe..smlm kan lps publish entry, kjp je leh gune pastu trus kiok line tenet...x dpt nk bw..ptg ni baru dpt bw dgn jayanya..maseh terpacak ni cik jay kat atas btg hidung..bior je die kat ctu..

kalau nk amik ape2 gmbr amik je, just gitaw kat CB xpe dah sbb dla ni kdg2 je online..asal jnji x wat pelik2 dahle..hehe

blog-tips-kurus said...

d_LA,
celcom memang ngok ngek sekarang ni kot. dulu pon macam tu. hoho!

x jadi amik la. lain kali yek. (*_*)

Unknown said...

OMG! Sy selalu sentuh muka sbb geram adgn jerawat...

akubiomed said...

Kalau jerawat keluar di pagi Raya adalah disaster :-) tapi kalau sudha hendak keluar bukan boleh ditahan-tahan

Jue said...

slalu kalau ade jerawat yg tgh ranum @ bakal ranum, jue ltk colgate je hehehe

esok ilang jerawat tu hihi

blog-tips-kurus said...

Azham V,
hepp!! pantang larang doktor & semua tokey jamu & tokey spa itu, tahu!! ;)

blog-tips-kurus said...

akubiomed,
redhalah.. terus berusaha menguruskannya!! :)

blog-tips-kurus said...

Jue,
pernah dengar tu. colgate bantutkan jerawat. Darlie & sensodyne boleh tak?? ;)

LinkWithin

related posts with thumbnails