Lagu ini ditujukan khas kepada rakan-rakan seangkatan umur dan semestinya mereka yang lebih tua daripada saya. Terimalah lagu kegemaran saya semasa zaman tadika hingga darjah berapa entah, lagu ini tidak lagi dikeluarkan. Atas sebab apa pon tak tau.. Kalau tak silap, vokalis team ala nasyid ini ialah kanak-kanak lelaki kurus je. Belum baligh lagi kot masa itu. Siapalah beliau sekarang ni ye.. :-)
Bulan Ramdhan yang mulia
Umat Islam berpuasa menunai rukun ketiga
Beramal dan ibadat
kita di bumi Allah ingat hari akhirat
Bersatu dan berusaha mencapai cita mulia seia dan sekata
Yakin hidup berjaya
Untuk diri, keluarga, ugama, bangsa dan negara
Jangan leka laburlah segera
AMANAH SAHAM NASIONAL sedia
menjaga pelaburan setiap ketikaaaaaaa
segera labur segeraaaaaaa
Sekian. Sedap kan lagu tu?? Kenapa tv simpan ke dah musnah??
Korang ada ASN/ASB? Status ASB sekarang macam mana ye? hhhmmm...
14 comments:
saye suke lagu EON :)
dill.
lebih suka melabur pada emas fizikal..
suka lagu search ngan wings heheehe...
ace nyanyi. dah lupe le. :-)
faiz,
ooo.. itu memang sangat secure & pulangan tinggi. tokey emas rupanya.. ;)
Ustaz O Ahmad,
'ustaz' rock le katakan.. ;)
yehaaa...monin2...lagu raya best
wantong,
itu lagu puasa la bro.. ;)
Duit raya untuk simpanan ASB. Elok menanbung dari membazir tidak tentu hala
akubiomed,
biasanya ibu bapa simpankan duit raya anak-anak kan? :-)
tahun bila lagi ni ya? saya rasa macam tak pernah dengar.
Belum pernah lagi melabur dalam ASB/ASN..
Daddy Z,
kompem dedi tau ni.. dedi kan dah agak tua kan? ;)
AmirFX,
tokey FOREX kan.. :-)
Post a Comment