Friday, August 26, 2011

Jemputlah Baca '7 Sunnah Penting' Ini.

Salam.

Dalam kehidupan sehari-hari, ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita
selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari
dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita,
agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul,
atau ayat Qursi.
 
3: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yan
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 
5: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat
kali ganda.
 
6: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan
dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
7: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan
zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia daripada
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada
blog ini dan tidak perlu backlink.. cukup sekadar sebarkan, dan menjadi
manfaat pada semua – WASSALLAM.
*Penulis asal entry ini tidak diketahui. Saya dapat daripada emel.
Tahniah kepada penulis asal dan anda yang sentiasa amalkan 7 perkara tersebut..





39 comments:

NasQ said...

sedap dibaca, tapi nak amal... liat kot...

Dr K said...

Semoga kita semua dapat amalkan secara konsisten/istiqomah

Cik SHiNJU said...

InsyaALLAH..
Tima kasih mengingatkan...


Slmt menyambut aidilfitri...

blog-tips-kurus said...

TK,
sejujurnya, begitulah... ;)

blog-tips-kurus said...

Daddy Z,
Insya Allah.. selamat beramal. :)

blog-tips-kurus said...

Cik Shinju,
sama-sama.
*hanya memanjangkan.. :-)

James Alexander said...

akan cuba mempraktiskannya walau pasti malas akan datang menghalang...

mesti cuba...

lady-D said...

InsyaAllah, sama2 kita amalkan yer nak..

Unknown said...

insyaallah kak..apik akan ikot smua

ORLANDO AHMAD said...

mende yang baik ni kite suke bertangguh, last2 tak buat langsung akibat terlalu mendengar bisikan nafsu, padahal nafsu tu menipu...

ORLANDO AHMAD said...

apik pehe: comel ngko ni

dill said...

sedang cuba sedaya upaya utk mengamalkannya

dill.

AmirFX said...

Thanks for the inpo.. Nanti saya amalkan k?!

~Sal Ismail~ said...

dalam sibuk dengan urusan harian, kita selalu lupa..itu pentingnya perkongsian ilmu, terima kasih ya..

tgh berusaha juga~

LePaK SiNi said...

info menarik..thx sbb kongsi..

bole diamalkan nnt...insyaallah

ewanthology said...

insyaAllah, cuba diamalkan, bulan Ramadhan ni senang skit kot nak diamalkan, tapi bulan yang lain2 tak tau la kan.. huhu

Jumir said...

Baikkk...sy akan ingat n ikut.

lady-D said...

Selamat Hari Raya dear..
Maaf kalo makcik ade wat salah silap selama ni yer..take care^^

uncle gedek said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, BTK!

puteri ain said...

the best :)

selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin

blog-tips-kurus said...

JA,
niat dah murni tu. kena murnikan praktisnya je..

*mesti time ni dah buat kan..? :-)

blog-tips-kurus said...

d_LA,
Insya Allah... mak! (>.<)

blog-tips-kurus said...

Apik P,
bagus! anak siapa ni.. (^.^)

blog-tips-kurus said...

Ustaz O Ahmad,
kan dah kena.. adussss!! (",)

blog-tips-kurus said...

Ustaz OA,
aikk?? nak ngorat Apik ke??
(beliau belum bertunang ni..)

blog-tips-kurus said...

dill,
berusaha! semangat beribadah mesti diteruskan!! Insya Allah.. :)

blog-tips-kurus said...

AmirFX,
sila.. sila. Selamat beramal. :-)

blog-tips-kurus said...

Sal,
betul tu.. semoga sukses! :-)

blog-tips-kurus said...

Lepak S,
sama-sama. Insya Allah.. :)

blog-tips-kurus said...

delarocha,
kasihan bulan lain, kan...?!
Insya Allah, yakin boleh! :-)

blog-tips-kurus said...

wok J,
ok! jom! jom! (*.*)

blog-tips-kurus said...

d_LA,
Selamat raye juga. Maaf zahir batin. W/pong tak pernah jumpa, katonmu tetap jadi pujaan hatiku. hehe!

blog-tips-kurus said...

Uncle F,
Maaf Zahir Batin ye Uncle.
*dah TT $$ raye kah? hehe!

blog-tips-kurus said...

Puteri A,
Slmt Raya. Minta maaf juga. :)

Zul fattah said...

erm.. baca boleh la.. tapi yg nk amal tu susah sikit..
sama2lah kita saling mngingati satu sama lain

blog-tips-kurus said...

Zul F,
Insya Allah.. :)

Unknown said...

nice info

blog-tips-kurus said...

atok SA,
tq.. :)

Suwanto said...

blognya bagus...seru...
kunjung balik ya..

LinkWithin

related posts with thumbnails