Sabtu, 30 April 2011

Tips Ayat 'Power'!


credited: pikkaku.blogspot

Berikut diperturunkan beberapa ayat kek lapis berlapis yang boleh digunakan ketika anda cuba menjauhkan diri daripada teman dulu mesra tapi sekarang tak berapa nak mesra..
(aka Ayat "Berpisah" Tak Masuk Akal = Cosmopolitan Julai 2010).


1. 'Kamu patut terima lebih baik' = Aku patut dapat yang lebih baik.
2. 'Kita terlalu sama' = Bosannya dia ni.
3. 'You just don't get me' = Aku yang tak nak kat ko.

4. 'Saya tak bersedia untuk hubungan sebenar'
= Aku tak rasa inilah 'rupanya' hubungan sebenar.

5. 'Saya sayang kamu seperti seorang kawan'
= Sebenarnya, aku tak excited pon nak rapat dengan ko..

6. 'Saya perlukan ruang' = Aku nak pergi jauh daripada ko.
7. 'Saya nak fokus pada kerjaya' = Aku suka kat budak opis aku la.

8. 'Alangkah bagusnya jika segalanya OK antara kita'.
= Kan bagus kalau tak cakap pasal hal ni.

9. 'Saya tak mahu jadi penghalang' = Ko memang banyak menghalang.
10. 'Kita dalam haluan yang berbeza' = Ko tak layak laa..

11. 'Perasaan saya terhadapmu sangat kuat. Ia sangat menakutkan'.
= Aku tak de perasaan pon kat ko sebenarnya.. 

* Sila buat-buat faham & ambillah tindakan yang sewajarnya
apabila pasangan korang buat ayat warna hijau di atas. (^_^)

Rabu, 27 April 2011

Kenapa Perlu Padamkan Lampu Ketika Tidur Malam?

bukan tak cukup tidur tapi beliau sedang
'ek ek..'

Siapa suka tidur dalam gelap? Gaya tidur mencerminkan diri kita. Kalau suka tidur tarik selimut tutup muka, maknanya anda sudah bersedia untuk m.a.t.i.... eloklah tu! :-)

Kalau tidur pada waktu malam, sila padamkan lampu. Antara sebab-sebabnya ialah:
1. Memudahkan tidur lebih lena & lebih berkualiti. Tidur mesti cukup!
2. Dapat mencegah kanser payu dara atau kanser prostat. Ini kerana, hanya dalam gelap tubuh dapat hasilkan hormon melatonin (hormon pencegah penyakit). Cahaya terang akan menyekat penghasilan hormon melatonin. That is why melatonin is sometimes called the "Dracula of hormones" - it only comes out in the dark.

* betul ke ada lagu Sheila Atas Tujuh, 'Jangan takut akan gelap, sebab gelap melindungi diri kita dari kelelahan….'?
 
hartadi.com:
Hormon melatonin adalah zat yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya akan dipicu oleh gelap. Kadarnya paling tinggi ditemukan menjelang pagi hari sekitar jam 2–4 pagi dan paling rendah pada sore (petang) hari.
Manfaat lain melatonin adalah sebagai anti oksidan yang larut dalam lemak dan air, meningkatkan imun tubuh menimbulkan relaksasi otot dan membantu meningkatkan mood dan menghilangkan ketegangan. Jadi sebaiknya kalau tidur lampu dimatikan agar bisa memaksimalkan produksi melatonin.

Rasullah Muhammad SAW bersabda:
“Jika di antara kalian tidur maka padamkanlah lampu” [HR. Bukhari]
masmoi.wordpress.com

Melatonin - The Hormone of Sleep
Melatonin is a natural hormone made by your body's pineal gland - a pea-sized gland located just above the middle of the brain. During the day the pineal is inactive. When the sun goes down and darkness occurs, the pineal is "turned on" and begins to actively produce melatonin, which is released into the blood. Usually, this occurs around 9 p.m. As a result, melatonin levels in the blood rise sharply and you begin to feel less alert. Sleep becomes more inviting. Melatonin levels in the blood stay elevated for about 12 hours - all through the night - before the light of a new day when they fall back to low daytime levels by about 9am. Daytime levels of melatonin are barely detectable.


Isnin, 25 April 2011

Do you know: The 5 Biggest Fitness Mistakes?

1. You Don't Lift Weights

You’ve no doubt been told that aerobic exercise is the key to losing your gut (perut), but weight training is actually more valuable. Lifting protects your muscle, boosts your metabolism & torches calories.

2. You Don’t Use the Right Dumbbells
If you start to struggle on your tenth repetition, you’ve chosen the correct poundage.

3. You Don’t Work Your Lower Body
To cut inches from your waist, make sure you’re working the muscles below your belt.

4. You Don’t Watch What You Eat
Sneaking snacks sabotaged their workouts. The study authors say it’s likely that both actions are a reminder to stay on track, reinforcing your weight-loss goal and drive.

5: You Skip Workouts
We’re all busy, but that’s usually just a lame excuse. After all, plenty of people find time to exercise. And when was the last time you heard someone say they regretted their workout? Probably never..

source: yahoo

* Biasanya Jumaat/Sabtu/Ahad = hari makan sedunia. Oleh yang demikian, eloklah kita rehatkan perut masing-masing iaitu dengan berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insya Allah, insya Allah, insya Allah you'll find your way...  :-)






Sabtu, 23 April 2011

Bahana Nasi Lemak VS Doa Kolestrol

Doa drpd Dato' Dr Haron Din
Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: m/s 69
(credited to kongsibersamanora.blogspot.com):

1. Baca Al-Fatihah dgn tertib.
2. Surah Al-Hasyr:21-24
3. Baca doa di bawah ini (Doa darah tinggi):
Ya Allah, kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam, jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakiti kepala, dan janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.




nasi lemak Lake Garden


hehe.. !! lemak tepu

asingkan dulu..

* Nasi goreng telur > tinggi kalori drpd nasi lemak.  
* Sila makan makanan seimbang & real food.
* U put that much food in, U burn that much working out ~
 Simple Math by Gwen Stefani


Khamis, 21 April 2011

Why do they call them "Piggy Banks"?


Why must piggy bank????

nak log in pon ade 'dia'...!

deep.mastersfamily.org
No one invented the piggy bank. The piggy banks’ origin owes more to the history of language, than to an individual inventor. In old english (around the 15th century) there was a word “pygg” which referred to a type of orange clay. People made all kinds of useful objects out of clay, including dishes and jars to hold spare change. Around the 18th century, the word “pygg” now sounded the same as the word for the animal “pig”. An unknown person(s) thought to shape a? “pygg” jar, to look just like a real “pig”. Perhaps an order came in for a “pygg” jar and the potter misunderstood.

OK, after that, “bank” must be simple. Not so fast. Bank originally meant “bench”; you can probably see the connection between the words. Money lenders in Northern Italy once did business in open areas, or big open rooms, with each lender working from his own bench or table. If he went “broke,” the piece of furniture was literally broken to signify that he wasn’t in business anymore.


Rabu, 20 April 2011

UFO suka org Jawa

di Russia..
Aku ingatkan  UFO tu suka Tanah Jawa/orang Jawa. Ingat  
tak awal 2011 ada kejadian Crop Circle di Indonesia? Yang sawah padi ada corak lingkaran aneh tu. Cuba korang search 'UFO di Indonesia'? Korang akan jumpa result Daftar Penampakan UFO di Indonesia. Sebelum 1945 pon ada.. Negara tu pulak besar.
 Gambar di atas ialah bangkai makhluk UFO terbaru dijumpai di Russia, 2011. Kosmo semalam tulis macam ni:


- >< sebulan lepas, dipercayai ada Unidentified Flying Objects-UFO bercahaya blue pink terhempas di Irkutsk.


- Waktu kejadian: tidak dinyatakan.


- Lepas beberapa jam terhempas, pasukan Rescue Russia & ejen2 rahsia bergegas ke tempat kejadian. (ramai jadi saksi kejadian ni).


- Makhluk itu ditemui di Republik Buryati, Siberia berdekatan Irkutsk. Kenapa ditemui di tempat lain? Jaraknya tak dinyatakan tapi dipercayai ketika baru terhempas tu, makhluk itu masih hidup. Maybe dia berjalan dari tempat kapalnya jatuh..


- Kalau tengok video You tube, nampak fizikal makhluk ni.. mungkin dia mati sebab suhu kawasan bersalji itu sangatlah sejuk. Makhluk tu pulak tak pakai sweater/jacket.. bangkainya pula agak elok-macam di’frozen’. UFO frozen gitu. Eeeiiii!!!


- Kalau makhluk tu hidup, mesti jadi bahan eksperimen. But how to communicate with him?

Isnin, 18 April 2011

Petua Melumpuhkan Syaitan.

# Notis drpd Google:
Blog Yang Tidak Menggunakan Akaun GOOGLE Akan Dihapuskan!
Tutorial cara nak tukar Username Blogspot ini boleh dipelajari di kujie2.com



Saat anda membawa Al-Quran, syaitan biase biase je. dia tengoookk je..
Saat anda membukanya, syaitan mulai curiga
Saat anda membacanya, dia resah dan gelisah
Saat anda memahaminya, dia mula kejang
Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, dia terus stoke!
Saat anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, "JANGAN!! Jangan sebarkan sebab tak penting langsung!"

* JANGAN dengar bisikan syaitan.
* JANGAN berperangai seperti syaitan.

** Jangan tukar lupa akaun Google. Kalau tak, lumpuhlah blog korang.. :-)

Ahad, 17 April 2011

Entry SEO hampir basi?: Keputusan Pilihanraya Sarawak 2011.

** Ini ialah Pilihan raya (ke pilihanraya?) Sarawak kali ke-10. (16.4.2011)
* BN=55, Jumlah kerusi=71. Maknanya menang besar lagi tu.. Tak bestlah kalau menang semua. Mesti ada pihak lain juga yang menang. Ala-ala check & balance!
* boleh baca ulasan lengkap di sini, sebab tajuk politik bukan kepakaran & jiwa aku. huhu..


Aku takde gen politik. Cuma ada saki-baki darah pendekar arwah embah lanang (embah pernah kena lokap masa menentang penjajah British melawan orang putih kat Klang jaman dulu-dulu.. embah pandai silat & aku pernah belajar BUNGA silat je tapi dah tak ingat! ampehhss!! Rasanya, nak rolling pon dah takut tapi kuda-kuda menten teguh! Kesimpulannya aku ni garang tapi kuat nangis.. )

"Like Father Like Son'
Whose father/son looks like himself?

Di Malaysia, ramai tokoh politik yang mewarisi bakat kepimpinan ibu bapa mereka. Meneruskan legasi.. Senario di luar negara pon sama dan tradisi ini wujud dalam bidang lain juga. Kalau korang blogger tegar, mesti ada anak korang yang akan mewarisi bakat terpendam itu nanti.. :-) 

Mak Lagenda Mahsuri (link ada kat Wall of Fame) pernah post entry 'mak borek anak rintik'. Peribahasa Melayu yang asal ialah 'Bapa borek anak rintik'. Suka-suka je mak tukar ayat! ishh!! Borek & rintik = bintik-bintik? Sebenarnya, orang putih tiru kita atau kita yang tiru orang putih ni? Mesti depa tu yang tiru kita!

Sekian cerita pilihan raya.. 

credited http://darimatahatiku.blogspot.com

sangat kabur wahai cicit mat kilau..

the son
- rambut lebih cepat beruban drpd misai ye?

the father
 ~ ekonomi, politik & sosial = faktor penting kemakmuran sesebuah negara ~
 Mari mengundi!!


Sabtu, 16 April 2011

Tips Jika Penyewa Lari

Laporan Polis ke- 2 Tahun 2011, 1432H 


Tips:
1. Jangan panik, mesti bertenang & istighfar.
2. Tarik nafas dalam-dalam & hembus perlahan-lahan. Buatlah 2, 3 kali..
3. Terus hubungi penyewa berkenaan. Kalau dia tutup telefon, sila cuba nombor telefon spouse atau pejabatnya.
* AMARAN: Anda perlu wajibkan penyewa mengisi borang biodata diri dengan lengkap & tepat (termasuk maklumat tempat kerja). Kalau boleh, ambil salinan kad pengenalannya. Contoh borang adalah seperti berikut:
-
-
-
`sori, tak jumpa la pulak kat mane failnya.. sape nak nanti saye emel dengan suci hatinya. :-)`

4. Kalau jarak rumah sewa tu dekat, silalah bergegas ke tempat kejadian ASAP. Jangan datang seorang diri. Sila ajak orang yang boleh dipercayai atau POK untuk temankan anda.

5. Jangan datang dengan tangan kosong. Sila bawa dompet (berisi sedikit wang & kad pengenalan), kamera yang baterinya penuh, telefon bimbit & lampu suluh. Cutter mungkin perlu untuk pecahkan mangga/pintu. 

6. Setibanya di tempat kejadian, sila ambil gambar keadaan rumah mangsa. Senang nak buat bajet baik pulihnya nanti. Periksa semua bilik (termasuk bilik air), kot-kot ada mayat ke.. eeeiiii!!! Sentuh papan! Sila periksa bil elektrik & air yang terkini juga-kot ade accrued. Kalau dia lari, biasanya mesti ada bil yang tak bayar! cisssss kek!! (Gunakanlah kepakaran ala CSI masing-masing. Aku ni "Alias Jennifer Garner" je..)

7. Kalau ada sisa makanan kat sinki, terpaksalah buangkan untuk mengelakkan bau busuk/berulat. eeeeiiiii...!! cisssssss lagi!

8. Selepas itu, sila bergegas pula ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Sambil tu, tanyalah jiran sebelah kot depa perasan bila suspek tu lari. Jangan lupa kunci semula semua pintu depan/belakang bagi mengelakkan kejadian lain yang tidak diingini. Guna mangga tadi atau beli kat kedai jap. 


* Tiada caj dikenakan sebab tidak melibatkan urusan JPJ.
* Sila ingat maklumat perjanjian penyewaan (bila mula disewakan, jumlah sewa, tarikh sepatutnya bayar sewa).
* Jumlah kerosakan (contoh: lampu/kipas hilang termasuk bil terakru) juga boleh dinyatakan dalam laporan tersebut.

** Laporan polis dibuat adalah untuk membolehkan anda menyewakan rumah tersebut kepada penyewa baru atau kalau nak failkan saman kepada suspek. Jumlah kerosakan ditanggung sendiri oleh pemilik rumah. Polis tak akan cari suspek - banyak lagi kes jenayah berat depa nak handle..

jangan tension! mari makan @ Yummy, Solaris
Life must goes on! :-)

** Millionth x zillionth of thanks to Ms JJ, Pak Ali & H..
(saje garis juga walaupon x link!!)

Khamis, 14 April 2011

Syarat-syarat Jadi POK


bodigad yang gagah rupawan

POK =  (Pengiring Orang Kenamaan) = Pengawal peribadi wanita 
Gaji = RM5,000-RM10,000 sebulan.
Waktu kerja = 26 hari/sebulan, 24jam sehari (on call).
Bertugas untuk melindungi isteri & anak-anak orang kenamaan & orang kaya.

Jenis latihan:
- pengetahuan undang-undang.
- imej, professionalisme & portfolio.
- pengendalian senjata api (best ni!)
- latihan fizikal ala-komando cth: direndam dalam kolam sejuk selama 12jam je.

Syarat-syaratnya:
- perlu kuat mental untuk mengatasi fizikal & peka.
** kalau prinsipal (majikan) kita terkena sehelai daun pon, bodigad itu dikira gagal menjalankan tugas..
- umur = 18-45 tahun.
- minimum = PMR.
- sihat, tiada kecacatan kekal.
- lesen memandu kelas D yang sah dan belum expired.
* tinggi, berat & saiz badan tak penting.
- tahap rabun = tidak dinyatakan.

** Fokus Mega UM 14.4.2011

Rabu, 13 April 2011

Tips Sihat Tan Sri Zaleha Ismail


Ahli politik Malaysia pertama (dan > drpd sekali) yang aku pernah salam ialah  Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail. Tiada bukti gambar sebab tak sesuai nak snap time tu.  Big bos babab nanti kalau ngada-ngada nak bergambar!  Politician ni memang peramah kot, tak kisah nak bersalam & laga pipi. Mesraaa....

Tan Sri & tipsnya:-
-Pemangku Pengerusi Eksekutif Magna Prima Bhd.
- berjawatan penting dalam 5 NGO.
- berumur 75 tahun.
-menghidap kencing manis sejak 40 tahun dulu.
-bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari. uuuuu..! :-)
-teh tarik banyak gula & pewarna.
-kalau suka sesuatu, ambil sekali sehari atau 3 hari sekali. kalau suka seseorang, ambil...
-makan 1 mangkuk oat = turunkan kolestrol.
-epal boleh rendahkan kadar gula & turunkan BERAT badan.
-bangun tidur elok bersenam ringan even semasa baring.
-mesti bersenam keluar peluh setiap hari = kawal diabetes.

*Berfikir +ve, melakukan perkara +ve; jika diamalkan kita jadi tenteram & sabar. Selalu senyum & tolong orang kita akan jadi seronok & lega.
 
*jika seseorang merasakan dirinya muda, dengan sendirinya dia akan rasa lebih bertenaga, berdaya fikir & berusaha melakukan apa yg disukai..

**waktu bersara = masa utk melakukan apa yg telah ditinggalkan dulu.~ noted! bertahun-tahun lagi nak pencen weh!


- sauna=30 minit, elok untuk bakar kalori & berpeluh.

# Rumusan drpd Mingguan Msia-6.3.2011:
"Power of 10 Sen is not about collecting millions of dollars, but about empowering millions of children."



Ahad, 10 April 2011

O Azizah! Kasihan Izzah A! bukan Nurul Izzah..









Ini gambar asli tanpa super impose, Jan 2009


Aku bukan jenis orang yg berebut-rebut nak bergambar, minta autograf waima bersalam dgn artis. Nak call TV/radio sebab ada soalan nak diajukan kepada artis? Never!! Tak pernah hayat buat kalau buat maknanya dah buang tebiat la tu. Nak 'like' PM atau artis kat FB? hahaa..! lupa password maa..


Tapi masa aku membelek kain sutera kat Pasar Siti Nurhaliza Khadijah Terengganu, ada seorang wanita berprofil tinggi tersenyum mesra menghulurkan kedua belah tangannya. Wow! Beliau nak bersalam dengan aku, walaupun dia tak kenal aku. Tapi aku kenal dia, mestilah.. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail; ahli politik & Presiden Parti Keadilan Rakyat.


Sementara itu, si Izzah A sedang bercuti rehat di kampung embahnya sekarang sebab demam. Jauhnya si kecik ni berubat. Doktor DEMC tak best ke?!!








Izzah Amani @ Jalan Bellamy

* Terpaksa ibunya minta cuti 24jam x 5hari. Dahla selalu kena amik nama sebab datang lambat. haha!! Mau bangkrap kilang kereta tu kalau ramai staf macam ni.


** Kalau bos bukan muhrim (ke mahram) hulur tangan untuk salam, korang sambut ke?


Jumaat, 8 April 2011

A Doctor in the House-Doktor Paling Popular!


pandai Tara Sosrowardoyo (menantunya) ambil gambar.


Siapa pembaca tegar chedet.com iaitu blog Tun Dr Mahathir Mohamad?


Mesti ramai yg dah khatam kitab terbaru beliau (gmbr sebelah kanan di atas).

Kitab berkulit tebal, kertas putih cantik setebal 843 muka surat itu berharga RM100 diterbitkan oleh MPH. Hehe.. tebal tu, siap glossary & contents . Kalau korang semput nak baca (sebab dalam bahasa Inggeris), boleh take 5 belek-belek gambar beliau di bahagian tengah kitab tu. Ada 20 helai gambar berwarna & hitam putih Tun dari beliau konvo (1953), first time jadi bapa (1957), menukang, memasak, menarik teh tarik dan sebagainya. Multi-skills!


Tapi, kalau tengok gambar pon masih lagi rasa semput jugak, bacalah buku lebar tu (gambar sebelah kiri di atas) by E.Yu. Aku sangat suka baca buku yg banyak gambar2 ni. Simple English pulak tu. hehe..! Kartun yg E.Yu lukis ni pon agak comel but for me, kartun Dato' Lat lagi comel!! Jangan marah ye E.Yu.. (>_<). Apa yang E.Yu cerita tu memang ada dalam A Doctor in the House.


Dengarnya, Jun ni akan keluar Seorang Doktor Di Dalam Rumah (edisi bahasa Melayu).


* Kedai buku My Store @ Brem Mall Kepong ada bagi diskaun 10% untuk A Doctor in the House tu. Tapi sape yg wajib bayar income tax, beli je harga biasa.. rebate buku RM1000 kan? Kumpul resit elok2 yek.


** Tun banyak turunkan PETUA beliau maintain brilliant, fit & awet muda.. :-)







Khamis, 7 April 2011

Keli atau Sembilang Gergasi di SOGO?!!

kat kolam air terjun SOGO, KL

(Sila baca dalam 1 nafas sahaja!!):
Siapa TAK suka makan ikan keli (sila rujuk gambar di atas kalau tak kenal ikan keli), sila angkat tangan kanan lenggang-lenggok macam trademark Usop Wilcha Shy8 aka bapa saudara Scha Al Yahya iaitu sedara Sharifah Sheril Aida Syed Kechik; adik kepada Syed Sobri??

Kalau nak tengok sendiri untuk mengukur saiz ikan tu tapi jangan guna carta aku, bolehlah datang ke gedung membeli-belah yang sangat digemari oleh warga kota iaitu SOGO kerana tanpa gagal depa selalu buat SALE, sale & sale lagi.. 

* SOGO 3 Triple Bonus Fiesta: 11-20 April 2011 (members only).
Sape x de kad, sila pinjam kad aku!
* Warehouse Clearance: 14-17 April 2011.
* Say "Cheese", Happy Mother's Day! = due 30 Apr 2011; 9pm

Ikan itu berada di food court SOGO, tingkat 6. Bukan kat dapur tapi di kolam air terjun. Berapakah umur ikan itu? Tak reti la aku nak agak..

awek tu steady je, kena ngap kang!!

Mrs Curly (sengaja tak add link untuk meringankan blog ini tapi dah ada kat blog list Wall of Fame aku. hehe!) panggil ikan curly keli sebagai ikan sembilang tapi mak & bakal tokey ikan cakap sembilang itu di tapak tangan hidup dalam air masin. Kalau yang hidup kat air tawar (kolam/sungai) tu ikan keli.

Nota kaki = Mrs Curly ialah anak jati Negeri Sembilan, sementara itu Mr Curly iaitu suaminya aka artis suam-suam kuku (ampun!) freelance model yang pernah jadi maskot Digi rambut kembang, bukan orang kuning yang debab moncet tu ialah orang Negeri Sepuluh WP Kuala Lumpur. Adakah sebab beliau orang N.Sembilan maka dipanggilnya keli itu SEMBILANG?  mmm... biasanya nama sesuatu objek itu berbeza mengikut tempat.

* Kak Pah (orang Kuching) tokey kek lapis Sarawak & kek tak Sarawak iaitu kek UK/US (just name it!!) tak makan ikan keli sebab ekor ikan keli (yang hidup) tu buat babab libas-libas manja si kecil yang lambat berjalan.. Sekian, petua kak Pah (cute.buttercups ~ ade kat Fall of Fame aku) yang menten slim awet muda macam aku. haha!!   


Selasa, 5 April 2011

Tertengok Video XX Dato' T itu di China..

CP 5.4.2011

Pada pagi Selasa yang indah tadi (memang sangat indah apabila dapat EL tanpa dikuiri!), aku mengeskot rakan tak sebaya ke Pusat Servis Proton Segambut-dekat dengan bulatan Segambut tuuuuu...

Cam biasa, lepak bace paper kat sofa sambil tengok tv bersiaran Astro. 3 jenis akhbar disediakan kepada para pelanggan iaitu Berita Harian, The Star & China Press. Mataku terus tertancap pada akhbar bertulisan Cina itu sebab saje nak test baca Mandarin. Memang tipu laa.. ntah Mandarin ke Kantonis tu-reti baca 'China Press' je. Padan muka! Dulu tak nak belajar bersungguh-sungguh dengan laoshi (dah lupa nama beliau!). Alangkah bagusnya kalau mahir membaca & berbahasa asing.. Mesti aku boleh baca muka depan China Press yang memaparkan gambar sensasi video xx itu. Kenapa Berita Harian tak keluarkan gambar & berita yang sama? Bagaimana video itu boleh tersebar? mmm... Jangan buat spekulasi yek! 

* encik joegrimjow ~ it's all about journey, ada tepek video tu pada blognya. Yang pasti, mesti ramai bloggers sudah berbuat demikian..
 

Usop Wilcha is Shy8


ini bukan en usop wilcha!

Rentetan drpd ABPBP 2010, encik Usop Wilcha semakin popular. Banyaknya entry pasal beliau dan 'angkat tangan' trademarknya itu. Macam beliau > popular drpd Bintang Popular 2010 itu sendiri iaitu adik ipar Bung M = Shaheizy Sam. Maka ramailah juga yg meramal bahawa ABP 2011 bakal dinobatkan kepada encik Usop ini.  Walau bagaimanapun, Sam tetap best. Filem terbarunya; Songlap  tu ade shooting kat belakang opis aku. Bile ntah depa shoot! tak panggil pon..

Mari berkenalan dengan Encik Usop Wilcha (wheelchair-kerusi roda):

* Syed Mohamad Asri = Shy8 (Ejaan komersilnya, bukan malu lapan!)
* 1996 ~ guna nama Syed - buat lagu & lirik sendiri. Maknanya dia ni kreatif. Nak popular mesti kreatif, mungkin rezeki & masa je agak lambat..
* Tajuk album = Terasing Di Bumi Sendiri (mesti ramai yang nak cari album ni)
* Shy8 dah 4 tahun jadi Pengurus Komunikasi Korporat @ oil n gas co.
 (name co tak dinyatakan). Tak boleh bayangkan, beliau yg kelakar & bawa watak lembut tu realitinya ialah seorang Pengurus berwibawa!

* Family, sekolah, hobi,  makanan kegemaran etc - tidak dinyatakan.

Lirik Terasing di Bumi Sendiri

Subuh menyingsing fajar menjelma
Hatiku runsing entah mengapa
Mentari senja berwarna jingga
Tapi hatiku gundah gulana
 
Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling
Sisa hidupku semakin hampir
Hanya padamu doa ku nanti
Padamu Tuhan aku berdoa
Engkau maafkan segala dosa
 
Detik-detik silam mewarna hidupku
Atas kesilapan menurutkan nafsu
Aku terasing di bumi sendiri
Matamu menjeling seolah mencaci



* Soley-soley yg femes tu lagu Middle of the Road - liriknya simple je..

# sumber: berita harian online & google.

* n3 ini ditaip sebab tak boleh tidur padahal dah tidur sekejap selepas Maghrib..


Isnin, 4 April 2011

WANITA sahaja - ukur saiz!



Berapa saiz kamu?

sila semak carta itu..
kot la nak fly to UK, US, or Europe nanti.. rasanya carta tu boleh membantu.
Sumbernya tak tau la dari mana.. doodle design? tapi kompem boleh dipercayai ni.

'Selamat mengukur!' (^_^)

Ahad, 3 April 2011

Anugerah Bintang Popular 2010 bukan 2011 yek!


pinjam drpd ayucintakamu.blogspot


** Dato CT bagi peluang kepada artis lain, Mia belum dicalonkan lagi :-)
Inilah Bintang PALING Popular 2010, telah terjatuh dianugerahkan kepada 
SHAHEIZY SAM ~ 126,168 votes!

Tahniah!!
Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 & set barang kemas Rafflesia edisi terhad kini menjadi milikmu..

Kategori Popular Yang Lain: (set barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000)

Penyanyi Nasyid = Rabbani

Penyanyi Lelaki = Faizal Tahir
Penyayi Wanita = Yuna

Artis Duo/Berkumpulan & Artis Mobile = Sixth Sense

Pelakon TV Lelaki = Remy Ishak
Pelakon TV Wanita = Fasha Sandha ~ kali ke-5 tau!

Artis Baru Lelaki/Wanita = Shahir AF / Ana Rafali

Artis Komedi = Zizan / Norkhiriah

Pelakon Filem = Lisa Surihani / Saheizy Sam

Pengacara TV = Fara Fauzana / Aznil Haji Nawawi ~ kali ke-8 tuuuuuu..!

Penyampai Radio = Faizal Ismail / Fara Fauzana ~ dah berkali-kali ni :-)

Anugerah Khas = Dato' Hajah Rosnani Jamil same DOB..

* Keputusan adalah muktamad. Sape suruh tak ngundi aritu..! tak puas ati?
'tidak adil, tidak adil tidak adil..' yang Yuna nyanyi tuuuuu.. 

Tips nak popular:
- mesti berbakat hebat & berdisiplin,
walau pun dihimpit dengan macam2 kontroversi. hehe!
- cantik/kacak adalah bonus pelengkap pakej.
- ada fb, twitter, blog??!  :-)

Lembu & Anai-anai ~ Punca Pemanasan Global



Kesian pada encik/cik lembu..
Kajian menunjukkan bahawa kentut dan sendawa mereka menjadi punca pemanasan global masa kini. Gas metana haiwan ini membawa kesan gas rumah hijau ke bumi. Dianggarkan 'kuasa' nya lebih 23 kali ganda > teruk drpd pencemaran asap kereta.

Walau bagaimanapun, encik/cik anai-anai berjaya mengungguli carta Top 10 kentut. Berlari jauh meninggalkan lembu & gajah.. (anai-anai berlari atau jogaton?) Sila terjah blog http://farhanazis.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

Jika berminat untuk mengetahui > banyak fakta, boleh terjah sini:-

~ Anai-anai = Sebab diet pemakanan dan proses penghadaman (bantuan bakteria) yang lebih banyak daripada biasa, menyebabkan mereka berupaya menghasilkan gas metana yang sama banyak kuantitinya dengan jumlah yang dihasilkan oleh industri.

~ Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

** Mari wangikan kentut !! :-)

** Jangan mengeluh mengomel cakap 'panasnye.!'  Cakaplah 'sejuk...', takpon diam aje. Bukan awak seorang yang 'sejuk'. Orang sekeliling kita pon mengalami situasi yang sama..


Jumaat, 1 April 2011

Atok-Jejak Hati ke Hati-Persatuan Duda-duda Cun 1Malaysia

Dengan rasminya, pada 7.50 pagi Jumaat yang mulia ini (waktu M'sia)~tanggal 27 Rabiul Akhir 1432H (selalu lupa bulan Islam)=1 April 2011, aku ditabalkan menjadi cucu pilihan atok (En.SuhamiAhmad) yang ke 7. Macam tau2 je aku suke nombor pitu~cam JemsBon 007 tu....!

Kesuwon ye tok :-) 

 
belog atok @ En Suhami Ahmad 

atok aku tu muda lagi. si dia yg berbaju merah di atas tu ialah super impose imej beliau dalam 40 tahun akan datang, Insya Allah kalau umur dia panjang.. Dia da siap ade mukobuku (aku pon tak seaktif dia!) = Apo2 Yolah. Korang tolonglah 'suka' atok muda aku ni yek sebab dia pon nak pemes!

* Atok bisik tadi beliau ada pasang niat juga nak join Jejak Hati ke Hati anjuran Persatuan Duda-duda Cun 1Malaysia (aku baru tau akan kewujudannya!!). Tuan Presiden iaitu En Mohd Ali Baharom cakap, semua warga Msia berstatus duda boleh join, tak kisah umur berapa..

** Presiden Ibu Tunggal Wilayah Persekutuan & Selangor; Sharifah Kamariah Syed Ibrahim cakap, 'kami hanya berminat menyertai aktiviti yang mampu menjana pendapatan & bukan hanya sekadar mencari pasangan'. - Utusan Malaysia. 



LinkWithin

related posts with thumbnails