| ![]() | 
| besarkan sendiri ya! | 
Ini adalah entry pengetahuan am yang bakal mengguris hati & emosi mereka yang berkenaan. Tuipuci.. 
Berikut dinyatakan kandungan bahan kimia dalam asap rokok:
(risalah ni bagi istilah ASAP MAUT!)
1. Penanggal cat~aseton
2. Pencuci lantai~ammonia
3. Bahan api~metanol
4. Ubat gegat~naftalena
5. Bahan dalam bateri kereta~kadmium
6. Gas beracun ekzos kereta~karbon monoksida
7. Bahan nak buat PVC~nikotin
8. Racun yang digunakan dalam kebuk gas~hidrogen sianida
9. Racun anai-anai~arsenik
10.  Racun makhluk perosak~DDT
11. Tar~yang buat jalan tu kot! erk?!!
12. dan lain-lain seperti dalam gambar di atas..
* sumber: Risalah Pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia~infosihat.gov.my
| ![]() | 
| Kasihan.. | 
Anda tidak merokok? Syabbas doktor shahab!!
Malangnya, anda mungkin perokok pasif/sekunder iaitu jika anda terdedah kepada asap rokok.
Risikonya? 
1. 30% LEBIH TINGGI mendapat kanser paru-paru.
2. 25% Lebih TINGGI mendapat sakit jantung. 
*Lagi teruk kan?! Kesian...
Oleh sebab itu, jom kita lempeng para perokok ni?! hhhmm..  
Masing-masing dah besar, sekolah tinggi-tinggi.. takkan nak hisap ubat gegat, pencuci lantai, racun anai-anai dan lain-lain yang mudharat tu..? Patutlah ada fatwa HARAM merokok. 
INGAT!! Jangan bagi rokok itu CEKIK anda! hihi..