Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Tips Cinta Cintun


Queen of Office itu best!!

Don't worry so much
it will only make you even more worried!

credited women's weekly 2013

Thursday, July 4, 2013

Tips Cinta Tanda-tanda Bos Anda Sedang Angau Bercinta

Dalam dunia ini, ada dua perkara yang kita tak boleh pilih.
Pertama ialah ayahanda dan bonda yang dicintai.
Kedua ialah bos yang disayangi. 
hhhmmm... dihormati lebih sesuai rasanya.  
(di mana pernah baca ayat ni ye?)

credited edward-snowden.net

So, bagaimanakah hubungan anda dengan bos anda?
Jangan pelik kalau bos anda berkelakuan sedikit lain kerana mungkin bos anda itu sedang 'di alam fana cintaaaaaa...', lagu Fotograf kan? Mari kita spotcek bos kita. hihi! 

Kalau bos anda ada menepati ciri-ciri di bawah, mungkin dia sedang sangat berbahagia.

1. Menukar henpon baru dengan tidak semena-mena.
Seiring dengan teknologi smartphone katanya..

2. Ayik sumbat handsfree je telinga beliau.
Katanya sedang dengar lagu..
(rock kapak ke jiwang tangkap leleh? eeewwwww!!)

3. Mula bertukar identiti, gaya pemakaian..
 
4. Produktiviti beliau menurun.
Maknanya lambat je semak laporan..

5. Kurang fokus.
Maklumlah.. asyik ada SMS masuk, call in jek...

6. Sudah kurang prihatin dengan staf-stafnya, tidak seperti dulu kala.. 
Staf sendiri dianaktirikan! huhu!

7. Memberi alasan berbeza kepada staf-stafnya apabila terpaksa EL.

Sape kantoi!!??

8. Mula datang lambat ke pejabat.
Sebab ada hal yang sangat tidak dapat dielakkan. Padahal sebelum ni lain..

9. Gaya tatabahasa yang berbeza.
Asyik menjurus ke arah kecintaan.. kewanitaan.. dan lain-lain ke---an lagi. 

10. Itu je. Kije! kije!








 


Thursday, June 13, 2013

Hormon Cinta


i heart you madly deeply truly!

Cinta bererti perasaan yang amat mendalam terhadap seseorang. Cinta boleh membuatkan anda melakukan pelbagai perkara di luar jangkaan. Sebenarnya semua ini adalah reaksi kimia dalam otak kita. Bahan kimia yang dilepaskan akan membuatkan anda berasa seperti sedang dilamun cinta iaitu hormon Dopamine, Serotonin dan Oxytocin.

1. Dopamine
Kamu akan berasa sangat terpikat dengan si dia, berasa dalam khayalan cinta iaitu mandi tak basah atau makan tak kenyang. ish! ish!

2. Serotonin
Kamu akan berasa obses terhadap si dia. Kimia ini akan membuatkan kamu selalu teringat kepada si dia. uuuuuu....!!

3. Oxytocin
Kamu akan berasa kamu ingin bersama selama-lamanya. 
Pada masa ini, kamu mungkin berada dalam perhubungan yang serius dan tidak boleh bayangkan hidup tanpanya. ish! ish! ish!

*Hormon saya tengah kuat makan sekarang. huhu!

credited: http://kafe4TEEN.lppkn.gov.my

Friday, May 31, 2013

Diari Cinta Mei 2013

bunga cinta hati di Janda Baik


sejak bila entah ada diari ni.
diari cinta pulak tu. kih! kih!!

1 Mei ialah Hari Pekerja.
5 Mei 2013 - PRU 13. Saya mengundi di saluran 4, beratur panjang..


11 Mei 2013 adalah bersamaan 1 Rejab 4134H.
13 Mei - rusuhan kaum pada tahun 1969. Mari ulang kaji sejarahnya di sini


16 Mei - Hari Guru 
12 Mei - Hari Ibu

13 hingga 17 Mei 2013 - bertugas luar di Labuan. Laporannya is in progress. huhu!

17 Mei  - hari lahir rakan tak sebaya.. 


24 Mei 2013 ialah hari Wesak. Cuti umum Malaysia. yahu!

24 Mei 2013 - bercuti di Maninjau Cahalet, Janda Baik, Pahang. yahu!

25 Mei - hari lahir bff yang sebaya..


27 Mei 2013 - seorang rakan sebaya sepejabat telah menghembuskan nafas terakhir di Ampang Puteri Medical Centre. Allah lebih menyayangi Allahyarham AAN. Semoga kita juga diberi kesudahan yang baik..

28 Mei 2013 - Perlawanan bola sepak Piala FA antara Pahang dan JDT ditunda sebab ada insiden kekecohan penonton (limpahan 7,000 penonton). Ada pulak aksi kucing selamba membuang hajat di tengah padang Stadium Darul Makmur tersebut. Mesti kucing jantan tu!! 

29 Mei 2013 - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing didenda RM100,000 dan RM20,000 kerana gagal menyediakan tahap keselamatan yang dikehendaki dan pemain Johor tidak menunggu tempoh 90 minit permainan yang ditetapkan.

29 Mei 2013 - Kena operate ibu jari kiri sebab cagu cum cekam. adoi!!
mujurlah doktor lawa rambut karat itu sangat gentle..

30 & 31 Mei  - Pesta Kaamatan

*Leptospirosis ialah virus kencing tikus.


Saturday, August 4, 2012

Dejavu di Kinabalu-The Real Ending at tonton.com.my

Dejavu Di Kinabalu tiru Summer Scent??

Dejavu di Kinabalu was ended.. yeayyyyy!!
Finally Nadira (Tizz) chose Bazli (Nazim Othman).
But why must B ran after Ammar (Aqasha) and stopped him???
(rugi tiket Ammar nak p London tuuuu...)
This is because the real ending was not like that.

The real script is supposed to be like this:
Nadira chose Ammar. So Ammar will be Nadira's real heart.. 
her truly, madly, deeply love.. cewah!
Unfortunately Nadira was died... sad! sad!
What happen to Tira?
Bazli, don't just give false hope to her!! 

We can watch this at tonton.com.my
Why must have 2 endings? To please audience votes...??
to promote tonton.com.my laaaa..


*If you love someone, set them free
If they come back, they're yours
If they don't, they never were..

* Cinta tak semestinya bersatu, gitu!!

Whatever it is, let's pray for Datuk Lee Chong Wei.
Baskin Robbins will offer FREE ice-creams if he wins the gold medal!!
As usual, term & condition applied..
MALAYSIA BOLEH!! (>.<)

Thursday, September 15, 2011

I've Learned - 1

kau buat apa tu??

Anda kenal Omer B.Washington?
ace search kat wikipedia. Aku  tak kenal pon.. hehe! .. tapi aku suka karya dia pasal I've Learned. Sangat suka sebab seorang yang istimewa yang bagi & memang bermakna.. Bacalah dulu part 1 ni ye.

I've learned that U cannot make someone love U
All U can do is be someone who can be loved
The rest is up to them

I've learned that no matter how much i care
Some people just don't care back

I've learned that it takes years to build up trust
And only SECONDS to destroy it..

*** to be continued ***

Friday, September 2, 2011

Love Is In The Air

lapar..

'Cinta itu ibarat di awang-awangan'
Ia bukan sekadar kata pujangga tapi adalah sesuatu yang nyata bagi kebanyakan gegat.
Korang kenal gegat tak? Ubat gegat tahu kan?! (>.<)

Sumber ini mengatakan bahawasanya gegat=serangga berbulu lembut ini boleh mengesan 'signal cinta' aka PHEROMONES. Ia dipancarkan secara langsung daripada yang berlawanan jantina, dari jarak hingga 7 batu=11 km.

Kajian juga mendapati, homosapien juga boleh mengesan 'pheromones' tapi buktinya masih belum mencukupi.

Sekian. Selamat beraya. Hati-hati di jalan raya supaya tidak wujud pusara di lebuh raya..

*info gegat di wikipedia tu betul ke? gegat bukan kupu-kupu kecil ke..? kupu-kupu dan rama-rama tidak sama bukan?? 

~Ujang: Apr 2011~

Tuesday, July 19, 2011

#1~Emel Pertama Yang Diterima Daripadanya..

From: ___@hotmail.com
To: _____@hotmail.com
Date: Tue, 22 Jun 1999

Assalamualaikum...

hai.. saya jadi orang first kasik email kat awak
akhirnya saya buatkan jugak utk awak
sebelum ni saya tak de masa
maaf ye lambat..
lepas ni rajin2 lah bukak email... Insya Allah saya rajin hantar email kat awak

ok.. take care

ssim u

__________________________@@@@@________________________________

manis bersopan kan ayat beliau itu?! hehe..
dulu aku ada akaun hotmail. korang tak de kan? hhhhmmmmm.. aku eksyen ni! hoho!
ayat tu, yang asli tahu! cuma aku tak masukkan 2 baris ayat yang tak sesuai untuk bacaan umum-bukan 18SX pon! (>.<)
12 tahun dah emel ni. mujur sempat cetak. status akaun ni tak dapat dikesan. hehe! sori mori dear.. i kan rabun it!
sekian, itu je..

*erk, korang rasa, apakah ciri-ciri pengirim emel ini? 
ni bukan pertandingan mewarna tapi kot sapa sudi drop ulasan yang berwibawa, aku sangat berbesar hati nak bagi $$ raya nanti. Insya Allah.. tapi bff, sedare-mare, kawan sekolah aku tak aci masuk aaa.. titik!



LinkWithin

related posts with thumbnails