Selasa, 19 Mac 2013

Petua Rambut Lurus

Anda nak rebonding rambut murah? 
Hanya RM69!! Sila tengok sini kot ada offer lagi..

dalam skrin ialah lagu Inilah Barisan Kita
semasa 1Million Women Purple Walk 2013

Kalau dengar lagu Inilah Barisan Kita, mesti rasa sesuatu..
Dulu mula-mula belajar lagu Inilah Barisan Kita, jaman sekolah tadika.
Melalak je tanpa rasa apa-apa.. Dulu lain, sekarang lain..
Anda nak luruskan rambut sendiri?
Mungkin boleh cuba petua moden di bawah.
**Artikel daripada yahoo.com

Produk rambut
Sekiranya rambut anda kerinting atau beralun secara semulajadi, gunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak zaitun atau argan. Ini kerana minyak semulajadi tersebut mampu melembutkan rambut dan mengatasi masalah rambut kusut. Anda juga harus menggunakan pelembap rambut sebelum melakukan proses meluruskan rambut demi mengekalkan kelembapan dan mengelakkan rambut bercabang.

Pengering rambut
Mencari pengering rambut di kedai memang kerja yang mudah tetapi apa yang anda perlu ketahui adalah kualiti sesebuah pengering rambut itu perlu dititikberatkan. Jangan beli pengering rambut sebarangan kerana ianya boleh membawa kepada kerosakan rambut. Ada sebab mengapa sesetengah pengering rambut berharga sedikit mahal. Berbeza daripada pengering rambut biasa yang menyejat keseluruhan air pada rambut, pengering rambut yang menggunakan teknologi ionik berfungsi memecahkan molekul air pada rambut, membuatkan kelembutan rambut terjaga.

Besi pelurus rambut
Haba yang dihasilkan oleh besi pelurus rambut perlulah bersesuaian dengan jenis rambut anda. Jika rambut anda halus dan nipis, gunakan haba yang rendah manakala haba sederhana tinggi pula digunakan untuk rambut tebal dan kasar. Untuk mengetahui sama ada suhu tersebut bersesuaian dengan rambut, uji dengan tisu dahulu. Sekiranya tisu hangus, itu bermakna besi pelurus rambut itu terlampau panas untuk rambut. Letakkan pelapik di besi pelurus rambut tersebut demi mengelakkan masalah rambut kering.

11 ulasan:

nurdani berkata...

oh macam tu.kawan saya guna iron.haha

AkuBiomed berkata...

Susah-susah pergi saloon sahaja. :-)

ghost writer berkata...

ni yang nak tau ni. pasal rambut aku memang beralun sangat. pakailah seekstrem mana pun minyak rambut, tetap juga dia nak beralun macam ombak kat laut sulu.cis!

Telor Power berkata...

Saya gemarkan rambut saya yg semulajadi. Dan sekali sekala ada juga terfikir nk kerintingkan rambut.

boni kacak berkata...

Betul tu. Kalau cari pengering rambut, kena cari yang mahal sikit. Sebab tu yang lebih elok

blog-tips-kurus berkata...

Dani,
kwn saya pon pernah cakap dia guna iron. bole yek?

blog-tips-kurus berkata...

Akubiomed,
tiada salun muslimah yg berdekatan..

blog-tips-kurus berkata...

Ghost,
tak perlu susah payah nak buat rambut dah. lawo je tuuuuuu...

blog-tips-kurus berkata...

Telor P,
gediknya! ngalahkan wanita..

blog-tips-kurus berkata...

Boni K,
guna towel + kipas fokus je...

Hafifee Omar berkata...

Salam

Saya ada produk mengatasi keguguran rambut yang terbaik kerana

1. Produk keluaran tempatan berasaskan herba (tanpa bau herba)
2. Diiktiraf HALAL dan duanugerahkan sijil Good Manufacturing Product (GMP)
3. Mempunyai pusat rawatan sendiri di Puchong Utama (sebarang masalah boleh merujuk terus dengan kami)
4. Harga rawatan dan produk yang sangat munasabah (bawah RM1000 untuk keseluruhan 10 sesi)
5. Kami hantar terus ke rumah anda (pos)
6. Testimonial pengguna yang berjaya
7. Hadiah misteri (sila nyatakan anda mendapat info ini dari blog ini)

Fifee
0177020178
whatsapp 0167450303

LinkWithin

related posts with thumbnails