Rabu, 15 Ogos 2012

Jubah Murah di Muaz Jalan TAR dan TESCO Selayang RM38.80 ke atas

di Tesco - RM39 sahaja

Tesco juga - RM49, lupa rotate daaaa....

Anda sedang mecari jubah murah tapi cantik untuk hari raya?
Kalau rajin nak mengharungi kesesakan jalan raya dan manusia, dengan indeks kualiti udara yang mendukacitakan, silalah berkunjung ke Muaz Textiles di Jalan TAR. Ada 2 outletnya, satu dekat dengan Semua House & satu lagi sederet Euro Moda ke Gulatis entah.. Jubah lycra yang kain berat jatuh tu berharga RM38.80 ke atas. Ada jubah yang bercorak dan plain color. (Tiada dalam gambar).

Pilihan kedua ialah di Tesco Selayang. Kempen pergi Tesco ni, nanti boleh jumpa banyak gambar Faizal Tahir, Nabil, Wardina, Chef Anis, Ana Raffali dan seorang lagi tu football player rasanya.. 

Kedai jubah tu ialah milik seorang bai/bangla yang agak annoying sebab paksa kita pilih ikut taste dia. Ape laaa!!! Bole buat gaduh! Tapi ada pembantu akak Melayu yang manis di situ, dun wori.. Kedainya di depan cashier tingkat bawah sebelah kedai jual alat senaman tu; Takashima rasanya..

Hot Tips untuk beli jubah:
1. Pilih kain berat, jatuh macam lycra. Senang tak perlu iron.
2. Try fitting dulu sebab takut ketat. Jubah mesti loose, walaupon ada cutting terutama kalau plain color..
3. Pandai-pandailah pilih coraknya.. Mungkin perlu bawa kawan penasihat yang bagus.
4. Carilah yang bercorak terutama di bahagian dada dan punggung.
5. Kalau boleh, cari jubah yang berwarna gelap.. 

*Tahun ini saya tak beli baju raya. Pakai je mana-mana baju baru yang masih belum pernah dipakai.. Kepada sesiapa yang nak derma baju raya, boleh PM saya. hehe!


15 ulasan:

bersama kak Es berkata...

saya pun tak de baju raya ..boleh PM saya juga hahaha

Tukang Karut berkata...

huhu... raya... tahun depan je la raya...

ni link baru t-karut.blogspot.com

Suhami Ahmad berkata...

tak nak dermakan baju kat atok sekali ke

d_LA berkata...

keh2..nk pm celah mane ni kak oii?
murah sgt tu jubah tu tp dla bli yg jenis cotton je..suke sbb simple..
samat ari raya lah ye, kalo ade slh silap sile pm dla..kite kawtim..haha

Remy hazza berkata...

kalau dah murah...mesti beli byk nie......he3

ghost writer berkata...

aku pun belum ada lagi baju raya nak beli. nak beli jubah jugak lah tahun ni.

Mr.Clive berkata...

lawa corak dier... :)

blog-tips-kurus berkata...

Kak Es,
bagi le saye dulu. hoho!

blog-tips-kurus berkata...

TK,
hamboii!!

done! :)

blog-tips-kurus berkata...

atok SA,
nak pakai kebaya ke jubah??? (",)

blog-tips-kurus berkata...

d_LA,
selamat raye dear.

minta maap ye.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Remy H,
biasanya... hehe!

blog-tips-kurus berkata...

Ghost W,
beli kaler pink ye. hoho!

blog-tips-kurus berkata...

Mr Clive,
not so many choices... ;)

miSS yaTee berkata...

tips berguna ni. . . terima kasih ! :)

LinkWithin

related posts with thumbnails