Entry ini ditujukan khas kepada ahli Tesco Clubcard dan semua individu yang membeli-belah di Tesco. Ada seorang kawan tidak membeli baju anak kecilnya di Tesco kerana tidak sama standard dengan baju di Sogo. Untung anaknya itu.. budak kecik kan cepat membesar..
Semalam pergi Tesco Selayang. Banyaknya kereta di sebelah kanan maknanya mereka berpusu-pusu menuju ke KL. Mesti nak pergi shopping ke Sogo dan Jalan TAR tu... Syukurlah saya bekerja dekat dengan Sogo. Boleh jalan kaki je ke hot spot tu, cuma nak tak nak je.
Baiklah, pengalaman manis saya shopping di Tesco semalam ialah saya berjaya mendapatkan hak saya sebaga pengguna bijak lagi berdedakasi. erk! Kisahnya saya nak beli ubat gigi Darlie yang dulu namanya Darkie ye? Harga untuk pek berkembar 3 di rak ialah RM15.99. Tulis jela RM16 kan!! Kebetulan ada staf Tesco sedang semak harga di situ sambil pegang pistol tembak harga ape ke namanya alat itu? Sebagai pengguna bijak, saya minta tolong awek itu scan harga Darlie itu sebab macam tak percaya..
Setelah ditembak, awek itu memaklumkan bahawa harganya ialah RM19.99 sama juga RM20 la kan! aikk???? Lantas awek itu cabut label harga di rak itu (RM15.99) dan mensyorkan saya bawa ke cashier untuk claim dengan harga itu. Faham kan? Walaupun hati ini berbelah bahagi, saya ikut syornya itu. Beza RM4 tuuu.. Di kaunter bayaran, cashier lantas memanggil supervisornya untuk vet harga RM15.99 itu dan saya berjaya menegakkan hak saya!! Syukurlah... rasa macam menang gangsa Olimpik terjun 10m papan anjal seperti Pandalela Rinong. hehe! Bayangkan kalau saya beli 10 unit, saya dah jimat RM40 kan? hhhmmm...
Kesimpulannya, rajin-rajinlah scan harga sebelum anda beli di mana-mana kedai. Jadilah pengguna bijak. Saya dah jadi Skuad Pengguna; yang KPDNKK anjurkan bersama Bank Rakyat tu. Anda bila lagi? Bayaran pendaftaran hanya RM2 sahaja (kalau tak silap!). Mentang-mentanglah duduk serumah dengan staf KPDNKK. hehehe!
NOTA:
Di Tesco, baju-baju raya untuk wanita adalah semurah RM59 sepasang. Untuk lelaki pon ado, begitu juga untuk semua kanak-kanak. Malahan Rizalman Ibrahim; famous designer itu juga telah membuat kolobrasi dengan Tesco - jual baju kurung eksklusif di cawangan Tesco terpilih sempena 20 tahun beliau berkecimpung dalam industri fesyen. Harganya bukanlah RM59 ya tapi RM180-RM250 sepasang, siap jahit. Affordable le tu..
26 comments:
hello :) btway im new here , follow you done . hit me back ! thank you .
salam akak.. banyak tu.. rezeki kan.. kdg2 mereka terilap label.. :D..
kalau edy pon akan pertahankan hak..dah harga berbeza.pengguna keliru
adik saya keje tesco. sebenarnya, setiap hari dorang akan tukar2 harga tau. yang jadi kes macam tu bila dorang tak tukar harga dalam sistem cashier tu. padahal kat harga barang tu da tukar da. adik saya cakap memang tu masalah tesco. kadang2 pertukaran tu dorang tak seiringkan sekali
oh. memang beberape kali jadi mcm tu kat saye. dah jadi kebiasaan lepas beli barang kat mane2 pasaraya, saye akan check resit pembelian & pastikan harga tu betul. kalau ade beza sikit, saye terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
:)
dill.
jgn main2 baju kt tesco lawa lawa jugak tau hehe . :D
betul tu...kekadang brg yg discan tak sama dgn rege yg ditampal....
kesilapan atau disengajakan entah ler....
kebykan org kita ...ambil terus masuk bakul...pastu byr....
mungkin ada yg mengambil kesempatan....!
Pernah juga terkena ketika membeli berus gigi. Harga di rak lain dan dikaunter lain.
Saya buat aduan mengenai perbezaan harga. Yang kecewa adalah tidak kejujuran pasar raya tersebut sempat menukar harga di rak ketika saya membuat aduan. Apabila diperiksa dirak tersebut tag harga sudah ditukar dan pekerja pasaraya menyalahkan saya.
Saya ambil tindakan dengan memulangkan berus gigi yang dibeli dan dapatkan refund. Malas hendak bertekak.
Bukan susah mana hendak mengakui kesilapan dan bukannya saya hendak bersorak kalau betul pun.
peluang terbaik untuk wanita2 memiliki baju hasil jahitan Rizalman
patut lah gua rasa macam rugi je kalau beli brg kat tesco.cissss
bagus bagus bagus...berani kerana benar hehe.....
owh... ini sesuatu yangbagus ni...
Kat sini takde Tesco lah plak..teringin nak beli baju raya :)
yoon,
?? tq :)
Lady B,
lambat update tu... :)
Edy F,
SUHAKAM! (>.<)
Boni K,
kesian si cashier kan... :)
dill,
wah! pengguna yg bijak & peka!
dilla,
kena pandai cari... hihi!
Remy H,
org kita ada yg malas berkira...
bro akubiomed,
???
pasar raya manakah itu? komplen je kat CEO depa. cissssss!!!
the MM,
saya tak perlukan baju mahal. huhu!
karatz,
sebenarnya ok cuma kita kena > peka..
AzhamV,
yihaaaaaaaa!!! hihi!
TK,
try le. hoho!
KA,
kasihan org dok jauh ni.. hehe!
Post a Comment