Jumaat, 2 Disember 2011

DOA juga adalah kaedah rawatan penyakit

tetap mahu letak gambar even tidak sesuai.. (",)

Rawatan pesakit yang menggunakan doa-doa bukanlah merupakan sesuatu yang direka-reka, janggal atau bidaah. Sebagai hamba yang lemah kita memang sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan Allah dan keperluan kepada berdoa ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya: Mintalah (berdoalah) kepadaku, nescaya Aku kabulkan permintaan kamu. (Mukmin: 60)

Perlu diingat doa bukan jampi mentera ataupun serapah, biarpun ia sering dikelirukan oleh kebanyakan orang. Sesungguhnya menyangkal keperluan doa tidak ubah seperti mencabar kebijaksanaan Allah.

Tidak semua amalan yang melibatkan jampi mentera dan serapah itu terlarang dan bertentangan dengan ajaran agama. Walaupun demikian, amalan-amalan terlarang mesti dihentikan kerana dibimbangi boleh menyebabkan pemesongan iktikad.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk dengan syarat bahawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang Maha Agung, yang menurunkan al-Quran.
 
Prinsip asas dalam pengubatan Islam adalah meletakan sepenuhnya kuasa penyembuhan terhadap sesuatu penyakit hanya kepada Allah SWT.

Keyakinan yang disandarkan kepada kuasa Allah yang Maha Menyembuhkan tersebut disusuli dengan ikhtiar hasil kombinasi beberapa kaedah perawatan seperti menggunakan air, tumbuhan herba serta bahan-bahan halal lagi baik yang dibenarkan oleh syarak.

Konsep pengubatan Islam sebenarnya amat luas dan boleh diaplikasikan kepada semua jenis penyakit sama ada penyakit yang bersifat jasmani mahupun rohani.

credited: Utusan Malaysia: Nov.2011 & 2006
 

28 ulasan:

Suhami Ahmad berkata...

naisss tips.....santeknya putrajaya...

abah khalisha berkata...

setiap kali lepas solat jangan lupa doa
Perkara yang Biasa Dilakukan oleh Perempuan Bila Putus Cinta

khaifaiz berkata...

baiklah akak... selamat beramal

Lai Qma berkata...

yaa..stiap pnyakit dtgnye dr Allah,n stiap pnawarnye juge dr Allah..jd sntiaselah brd0a kpdNya :)

K.I.N.A berkata...

doa senjata orang mukmin..:)

Asrul "iLham" Sany berkata...

itulah yg paling mujarab sy rasa

:D

ghost writer berkata...

sekalipun bidaah kalau ianya memberi manfaat pada kita,rasanya dengan kaedah macam tuh,masih diterima.

dill berkata...

doa.

penting sangat2. usah sombong dengan Allah.

dill.

blog-tips-kurus berkata...

atok SA,
tq atok. selalu solat situ kah?

blog-tips-kurus berkata...

abah K,
sangat betul tu.. ;)

blog-tips-kurus berkata...

KhaiF,
selamat ye.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Lai Q,
usaha + tawakal + doa, Insya Allah.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Kina,
memang betul tu..

blog-tips-kurus berkata...

AiS,
nak makan ubat pon kena baca doa.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Ghost W,
selagi tidak mensyirikkan Allah.. :)

blog-tips-kurus berkata...

dill,
thanks dear.. :)

Hanie_Dew berkata...

doa la senjata utama umat islam.

doa, perkara paling terpuji di sisi Allah.

hanaahmad berkata...

doa dan usaha. doa itu umpama permintaan kita kepada Allah. mohon saja, DIA pasti mendengar.

~SaL IjOu~ berkata...

jgn pernah putus asa meminta dengan DIA~ =)

LadyBird berkata...

doa itu senjata org mukmin..

blog-tips-kurus berkata...

Hanie,
mari amalkan.. :)

blog-tips-kurus berkata...

Hana,
cuma waktunya sahaja tak pasti tapi ada hikmahnya..

blog-tips-kurus berkata...

Sal,
Insya Allah..

blog-tips-kurus berkata...

LadyB,
betul..

karatz berkata...

doa adalah senjata org2 mukmin dan beriman..lebih hebat dr pistol dan bom segala!

blog-tips-kurus berkata...

karatz,
senjata yang non-muslim takut..

AmirFX berkata...

Method yang bagus selain dari perubatan moden..

blog-tips-kurus berkata...

Amir,
alternatif terbaik..

LinkWithin

related posts with thumbnails