Monday, September 3, 2012

Terapi Tengah Hari Isnin


Pak Pandir menjalankan perniagaan makanan yang hot iaitu cucur udang special. Pada suatu petang Isnin yang nyaman, datang seorang pelanggan budiman ke gerainya itu. Pelanggan itu lebih suka dikenali sebagai Tukang Karut; nama pena beliau di alam maya.

Tukang Karut: Pak Pandir, boleh saya  beri sedikit komen membina?

Pak Pandir: Silakan wahai pelangganku.

Tukang Karut: Saya kan selalu beli cucur udang Pak Pandir ni. Tapi mana udangnya? Pak Pandir janganlah kedekut sangat. Senang cakap, jangan kedekut langsung laaa..

Pak Pandir: (dengan penuh yakin menjawab) Encik, Kenapa nak membebel marah-marah ni? Encik dah cuba CUCUR BADAK di gerai hujung sana tu?

Tukang Karut: Belum, apa kaitannya dengan CUCUR UDANG Pak Pandir?

Pak Pandir: Encik, orang tu jual cucur badak tau. Tapi dia tak pernah letak badak dalam cucur dia tu. Orang lain tak pernah marah pon! Kalau encik nak marah saya, encik kena la marah dia juga. Barulah adil!! 

Tukang Karut: ... orang tua ni lagi mengarut daripada aku. huh!! @#$%^&*

*Rapi Dis.2010

12 comments:

Lady Windsor said...

Mwahahahaha...lagi mengarut...aduii laaa lenguh i dok sengeh ni dear...

Rain said...

kahkahkah ini benar-benar lawak sebab rain imagine orangnya..

semoga TK ceria-ceria ja makan cucur udang pas ni kihkihkih.

NasQ said...

aku dah pernah mengarut dah pasal ni... kat sini http://t-karut.blogspot.com/2011/02/soalan-yang-rasa-nak-jawab-dengan_17.html...

huhuhu... tapi lepas ni aku tak nak beli kuih udang dah! aku nak beli kuih lidah buaya je...

Asrul "iLham" Sany said...

femes TK...retis ~ hhahahahaa

akubiomed said...

sakit jiwa dengar jawapan daripada Pak Pandir ini. :-)

Unknown said...

pak pandir lagi geliga rupanya..... tu baru cucur badak..... kalau badak berendam..... camner lah nak buat kan....

Unknown said...

hahah... piat telinga pak pandir

Unknown said...

hahahahahahahha. hadoi. sakit perut.hehehe

dill said...

ok. kuih puteri mandi satu.

ha..mcm mane tu? haha!

dill.

Abu Bagi said...

hahahaha serius ini mmg lawak.. aku terbayang cam ner la rupa cucur badak tu yerr hahaha

Telor Power said...

boleh gelak guling2 ni ahahahaha

ghost said...

ada tak namanya cucur paus? mesti puas makan kan. suku cucur pun tak mampu habiskan.

LinkWithin

related posts with thumbnails