Kecewa sungguh hati Lady..
Kecewa kerana hasrat sucinya nak pakai kasut tumit tinggi blink blink daripada kulit buaya tidak kesampaian. Dengan bajetnya yang sederhana, Lady perlukan sedikit peruntukan lagi untuk merealisasikan hasratnya itu. Dua tiga kali jugalah Lady mundar mandir di Kedai Kasut Buaya (KKB) itu..
Tauke KKB: "Cik Lady, cukuplah tawaf kedai aku ni. Kalau nak murah, pergilah tangkap buaya sendiri.." sindir si tauke tanpa menjaga hati pelanggannya.
**** Tercabar dengan kata-kata si tauke bongkak, maka Lady segera ke sungai dan membawa senapang patah ayahnya. Derrrrrrr!!!!!!!! (4 kali). Bising kedengaran bunyi tembakan. Rupa-rupanya Lady telah berjaya menembak empat ekor buaya. Masuk yang kelima, Lady menjerit kegeraman berbaur amarah:
"Dah nak masuk lima ekor ni. Satu pon tak pakai kasut!!
*Rapi Ogos 2008
9 comments:
kahkahkah! lawak seantero dunia ni.
deng! bunyi senapang patah tu paling lawak...
kah3... ingat nak kulit boya nak buat kasut...rupa2nya nak cari boya berkasut.... yg tu kat darat byk ler lady.... tapi bkn remy...
hahahahahahahaha.. hadoi.. memang takkan jumpa la walau 100 ekor ditembak,hahahaha.. hadoiyai
keh...keh...buaya darat baru pakai kasut...
Sampai kiamat pun tak jumpa. :-)
nampaknya dah salah target tu
hanya buaya darat je yang pakai kasut
buaya air pakai 'kaki ayam'
hehe
Hahahahahahaha saya suka saya suka. Selamat Hari Raya yea jangan delete komen yang ini taw. Saya tak shuker...
Boleh cuba bawa senapang di sekitar jalan-jalan KL. Mana tau mengena seekor dua yang sudah semestinya memakai kasut.
Post a Comment