Showing posts with label terapi. Show all posts
Showing posts with label terapi. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Terapi Nyanyi Lagu Anak Beruang Enam Kali Enam

Hasil lukisan lagu anak beruang

Si kecil
si kecil
jadi besar
Sayang papa
sayang mama
Selamat malam

Enam kali 
enam kali
36
Enam kali
enam kali
Anak beruang

*lirik lagu dan melodi kita mungkin berbeza..


Monday, September 24, 2012

Terapi Stress Petang Isnin Dengan Angkat berat

Gembiranya jadi budak kecik! 

Salam sayang kawan-kawan!!
Bagaimana dengan Isnin anda?
Hari pertama minggu ini (kecuali Kelantan, Terengganu & Kedah) mestilah kena happy!!

Orang yang kerja pejabat terutamanya Accounts department, mesti selalu stress kan?
Tertekan!! Baru hari pertama.. hehe! Tapi apa-apa kerja pon mesti ada cabarannya. Kerja sendiri lagi kena kuat. Ingat senang ke nak berkecimpung dalam jualan langsung? atau jual burger atau menternak kambing boer atau lain-lain lagi.. Biar stress bekerja daripada stress cari kerja, kan!?

Kalau stress, mari kita bersenam.
Contohnya macam si Amani yang sedang angkat berat di atas (angkat pooh je tu!!) 
Jom angkat berat sampai naik muscle lengan tu. hoho!

Akhir kata, selamat bekerja and keep fit!
Bersyukurlah kita hidup di Malaysia..
Ramai lagi umat manusia yang menderita di luar sana..

* baru balik semalam dah kena out-station lagi. Tempat yang sama pulak tu. Aaaaaarrrgggghhhhh!!!!!!!Sebenarnya aku yang stress!!



Monday, September 10, 2012

Terapi Petang Isnin


Kecewa sungguh hati Lady..
Kecewa kerana hasrat sucinya nak pakai kasut tumit tinggi blink blink daripada kulit buaya tidak kesampaian. Dengan bajetnya yang sederhana, Lady perlukan sedikit peruntukan lagi untuk merealisasikan hasratnya itu. Dua tiga kali jugalah Lady mundar mandir di Kedai Kasut Buaya (KKB) itu..

Tauke KKB: "Cik Lady, cukuplah tawaf kedai aku ni. Kalau nak murah, pergilah tangkap buaya sendiri.." sindir si tauke tanpa menjaga hati pelanggannya.

**** Tercabar dengan kata-kata si tauke bongkak, maka Lady segera ke sungai dan membawa senapang patah ayahnya. Derrrrrrr!!!!!!!! (4 kali). Bising kedengaran bunyi tembakan. Rupa-rupanya Lady telah berjaya menembak empat ekor buaya. Masuk yang kelima, Lady menjerit kegeraman berbaur amarah:

"Dah nak masuk lima ekor ni. Satu pon tak pakai kasut!! 


*Rapi Ogos 2008

Monday, September 3, 2012

Terapi Tengah Hari Isnin


Pak Pandir menjalankan perniagaan makanan yang hot iaitu cucur udang special. Pada suatu petang Isnin yang nyaman, datang seorang pelanggan budiman ke gerainya itu. Pelanggan itu lebih suka dikenali sebagai Tukang Karut; nama pena beliau di alam maya.

Tukang Karut: Pak Pandir, boleh saya  beri sedikit komen membina?

Pak Pandir: Silakan wahai pelangganku.

Tukang Karut: Saya kan selalu beli cucur udang Pak Pandir ni. Tapi mana udangnya? Pak Pandir janganlah kedekut sangat. Senang cakap, jangan kedekut langsung laaa..

Pak Pandir: (dengan penuh yakin menjawab) Encik, Kenapa nak membebel marah-marah ni? Encik dah cuba CUCUR BADAK di gerai hujung sana tu?

Tukang Karut: Belum, apa kaitannya dengan CUCUR UDANG Pak Pandir?

Pak Pandir: Encik, orang tu jual cucur badak tau. Tapi dia tak pernah letak badak dalam cucur dia tu. Orang lain tak pernah marah pon! Kalau encik nak marah saya, encik kena la marah dia juga. Barulah adil!! 

Tukang Karut: ... orang tua ni lagi mengarut daripada aku. huh!! @#$%^&*

*Rapi Dis.2010

Monday, August 13, 2012

Terapi Isnin

Damm!!!
Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda yang agak hensem kelam kabut masuk, nak jumpa doktor senior; yang lebih hensem.

Dr Senior: Kenapa ni?
Dr Junior: (Sambil termengah-mengah memberitahu..)
                Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Habislah saya!
                Matilah saya!
Dr Senior: Silap macam mana pulak??
Dr Junior: Saya ter'sign' nama saya kat Punca Kematian!!
Dr Senior: !@#$%


*Rapi Julai2012

Wednesday, August 8, 2012

Nasyid Yang Popular Sebagai Terapi MInda


Apakah nasyid yang paling anda suka, yang selalu terngiang-ngiang di halwa telinga?

1. Selimut Putih - Orkes El Suraya, Indonesia - pernah diharamkan (RTM) pada tahun 70-an kerana dikatakan MENYERAMKAN PENDENGAR.

2. Yang Pergi Takkan Kembali Lagi - Rabbani, Malaysia gubahan KRU.

3. Puji-pujian - Rabbani, Malaysia.

4. Sepohon Kayu - Nada Murni (kemudian berpecah jadi Hijjaz & Rabbani).

5. Kembara di Tanah Gersang - Al-Jawaher, Singapura gubahan M.Nasir.

6. Kasih Kekasih - InTeam - lagu nasyid cinta pertama sepasang kekasih yang sedang menunggu saat diijabkabulkan. Ia menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pelajar fakulti agama yang sedang dilamun cinta, itu sudah pasti. 

7. Ya Rabb - Imad Munaya, lelaki Lubnan pertama yang menggamit hati peminat Malaysia.

8. Teman Sejati - Brothers - lagu nasyid pertama yang guna muzik, bukan acapella, kompang atau rebab. Brothers adalah bekas kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Faizal Tahir & Yassin tu mantannya ye??

(ITALIC =  ayat dari yahoo.com)
sumber: yahoo.com

Monday, August 6, 2012

Blog Paling Popular 2011 (Top 10)

mana sarung tilamnya tu? ish! ish!

Sebelum kita tengok statistik blog paling popular 2011, mari kita ringan-ringan sekejap. hhmmm.. maksudnya ringankan otak jap. Yelaaaa... pagi Isnin, 17 Ramadan 1433H ni kan..

Sketsa 3 Bulan Lagi.
Selepas berulang kali tak terkira mencuba, akhirnya Den lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memaklumkan ini:

Pengurus: Untuk permulaan, kami bayar kamu RM5 sejam. Lepas 3 bulan, kami naikkan jadi RM7 sejam. Setuju?
Den: Setuju bos!
Pengurus: Kalau macam tu, bila kamu boleh kerja?
Den: 3 bulan lagi la bos.. 
Pengurus: !@#$%^&*

10 Carian Blog Paling Popular 2011:
1. Blog Serius
2. Beautifulnara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya
* 11. blog anda semua. haha!

Tahun 2012 belum lagi ya.
Kan baru awal Ogos ni..

sumber: estidotmy & Rapi 2012


Monday, July 9, 2012

Gigitan Cinta Berbisa

ba-na-na-na!!! ~ gambar hiasan je

Dua ekor ular tedung (Ulo dan Ulau) yang sangat berbisa sedang dalam misi mencari mangsa. Tiba-tiba Ulo bertanya kepada Ulau..

Ulo: Kamu rasa, kita ni jenis ular yang berbisa tak?
Ulau: Ish! Kamu ni mudah lupa asal-usullah! Sebenarnya aku pon tak berapa nak pasti.. Kenapa?
Ulo: Alamak!! Habislah aku! Aku baru je tergigit lidah aku sendiri..
Ulau: ...malas aku nak layan!

*RAPI Ogos 2008

Tahniah Puan Norzila Aminuddin; 46 dan suaminya En.Azhar Husaini Ghazali; 31. (Jarak 15 tahun hanyalah angka dua digit). Puan Ella ni sangat awet muda. (>.<). Encik Azhar pula ialah juruterbang di awan biru-Firefly..


Tuesday, June 26, 2012

Ubat Sakit Kepala (married only!)



Bos masuk pejabat sambil memicit-micit kepalanya yang keras. Seorang stafnya; Joni (bukan nama sebenar) yang agak prihatin menegur bos itu:

Joni: Kenapa bos? Sakit kepalakah?
Bos: Yalah Joni (bukan nama sebenar). Kepala aku ni sakit sangat!
Joni: 3 hari lepas saya pon sakit kepala bos. Bila balik rumah, isteri saya peluk cium saya.  Lepas tu, sakit kepala saya terus hilang. Saya syorkan bos cuba petua saya itu.
Bos: Betulkah wahai Jonni? Kalau begitu, mari kita jumpa isteri kau sekarang!!!!
Joni: !!!!!!!?????!!!!!

(AMARAN! Sila jangan tiru aksi 'Bos' di atas!!)


Rapi Feb.2009


uncle Jonni sebenar

Thursday, June 14, 2012

Olympic Day Fun Run VS Chicken Run 8 Juy 2012

Sebelum itu, German menang 2-1. yeay!!!
Belanda dah out yek??

Berlari atau jogging 20 minit setiap hari boleh kuatkan otot kita. Badan kita pon akan jadi lebih fit.
Kalau kita bersenam selama 20 minit, setiap 3 kali seminggu, memang kita akan fit dengan izin Allah... Senang kan? Cakap memang le senang... 

David Kim tu anak Jin Nosik??? aiyakkk!!!
OK, dengan gumbiranya nak ajak korang berlari-lari ayam seperti di bawah atau

Larian Ayam!!

berlari Olimpik ala atlet amatur!!
Tarikh sama, tempat berbeza, yuran berbeza, T-shirt & goodie bag pon berbeza.
Rasanya Larian NTV7 pon akan diadakan pada 8 Julai juga..

Larian Olimpik 2012

Aku doakan Rostam berjaya menggondol kejuaraan kategori berkumpulan Larian Olimpik. Nanti boleh pauu RM200 ituuuuuuuuuuu... yahu!!

*Maklumat lanjut di:
1. krr.com.my
2. olympic.org.my

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 - Tidak Romantik Langsung!!

spotcheck!!

Orang sibuk EURO 2012, kita sibuk cerita bab rumah tangga.
Cuti sekolah kan... !!
Malaysia lawan Singapura semalam adalah seri 2-2 dan agak dramatik. Pengadil Hong Kong itu namanya Ng Kai Lam. Sepakan percuma dalam kotak penalti?? hhhmmm...

ISTERI: Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
SUAMI: Kenapa?
ISTERI: Setiap pagi suaminya akan cium isterinya sebelum pergi kerja. Balik kerja, dia bagi sekuntum mawar merah kepada isterinya tu. Romantiknya! Kenapa abang tak buat macam tu??
SUAMI: Gila ke??!! Mana abang kenal isteri dia???? 

~Rapi Jun2012~



Sunday, February 19, 2012

Terapi Jiwa - Youtube Budak Comel Persis Afdlin Syauki Marah

hepp!!!

Ini ialah segmen terapi jiwa dan minda.
Video comel ini diambil daripada blog rahmanbashri. Beliau adalah seorang muazzin di Masjid Negara, yang sangat konsisten mengemaskini blognya.
(Bukan sengaja nak gelakkan dia..) Adik comel ni ada iras Afdlin Shauki. Montel!! Dari jauh saya mengkagumi kebolehan dia menghayati lagu yang didendangkannya itu.. Lagu Anuar Zain kot! Walaupon baru lepas marah, tapi cepat je dia ambil mood balik. Penuh penghayatan. Harap-harap dia tak cedera..



 

LinkWithin

related posts with thumbnails