pengganti gambar calon menantu |
"Intiplah mana-mana teruna yang rajin ke masjid tu, buatkan menantu," saran seorang lelaki warga emas kepada kaum ibu yang sedang rewang kenduri. - A
"Intiplah waktu solat Subuh atau Isyak. Kalau anak muda itu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon.." - A
"Boleh percaya ke? Kot-kot dia buat alim sebab nak attention..", bidas satu suara.
"Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang untuk seorang anak muda melangkah ke masjid Subuh hari, kalau bukan kerana kemahuan yang kuat & bersungguh-sungguh membesarkan Allah. Orang yang dapat bangun Subuh dan jemaah di masjid/surau, adalah orang yang berdisiplin ". - A
"Waktu Isya' ramai orang kepenatan dan suka berehat di rumah je. Maklumlah, waktunya panjang.. Jadi, bagi yang cintakan Allah, dia akan segera selesaikan urusannya dengan Allah. Musuh Islam sangat takut kalau orang Islam ramai solat Subuh & Isya' di masjid kerana pada waktu begini, ramai yang lalai." - A
Kesimpulannya, nak cari menantu yang baik, pakcik-pakcik pon kena la selalu ke masjid ya. Nak dapat yang terbaik, kita pon kena jadi baik dulu. Allah akan anugerahkan kita ikut apa yang kita usahakan..
Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawakan oleh ANIS April 2011. (>.<)
42 comments:
Subuh waktu paling sukar untuk membeliakkan mata, manakala waktu Isyak pula waktu yang paling orang tak mahu tutup mata, kononnya malam masih muda...
Tips ini berguna sekali, tentu sukar mendapat calon yang bujang empat (single lagi) ... :)
subuh gajah...
Bawang G,
kalau tidur lewat, memang susah bangun subuh.. ;)
Ustaz OA,
kenapa tak dinosaur, badak etc?? ;)
"Aku menantu feberet mak Ashraf sebab aku suka makan. haha," kata Amer bangga sebab 'mak mentua' dia sayang gila2 kat die
salam.
Dalam hal menentukan peribadi seseorg samaada baik atau buruk, sudah cukup dan memadai dgn memerhatikan zahirnya sahaja.
bila mata memandang sesuatu yang indah ini ,tak payahlah nak bersangka...kita belajar dari mata...bab hati biar Allah yang hakimi.
Apapun saya sgt tertarik dgn kesimpulan anda ".....nak cari menantu yang baik, pakcik-pakcik pon kena la selalu ke masjid ya. Nak dapat yang terbaik, kita pon kena jadi baik dulu. Allah akan anugerahkan kita ikut apa yang kita usahakan"
AiS,
waduh! waduh! Amer perasan! padahal habis beras mertua dia tu.. ;)
Shameel I,
wa'alaikumussalam.
tapi 'pandangan mata selalu menipu..'
pengalaman mendewasakan kita. ;)
em...harap sangat dapat seseorang yang mampu bimbing saye, ilmu duniawi & ukhrawi
dill.
Hahaha, ada jugak org Subuh gajah kt sini? heheheh
slalu ke tempat yg baik, kesudahan pun baik jgak, insyaAllah :)
Pagi tadi tak sempatlah nak subuh kat surau..
hohoho... alamak... kena la rajin macam ni... baru senang nak pikat mak mertua... hohooho...
dill,
Insya Allah..
cop! Ustaz 'German' celop tu tak jadi ke?? (>.<)
Azham V,
hoho! gajah jugak dapat name.. ;)
Caliph S,
Insya Allah.. sangat betul tu. :)
Amir,
takpe.. sempat kat rumah, kan?? :-)
hmmm.. kalau waktu insyak rasanya anak muda
boleh lg ke surau disebabkan follow dari waktu maghrib
tapi kalau waktu subuh tuh bkn org muda jer
yang tua pun blh kira dgn jari.... tak gitu??
kesimpulannya bg aku kena pilih juga yang berakhlak, menghormati dan mengutamakan kedua2 keluarga..
TK,
hehe! kena jaga nawaitu itu.. (^.^)
Nur M,
banyak faktor kena check. semua orang boleh improve, kan?? :-)
Kalau bakal menantu tinggal diluar kawasa macamana hendak mengintip? Tak ada kerja namanya.
Kalau duduk sekampung lagi senang nak tahu karekter bakal menantu
betul, info yg menarik unt semua..thanks :)..anyway salam kenal dari deutschland :D
akubiomed,
Pak cik tu merujuk yg dalam kawasan je.. ;)
SitieZ,
jauhnya awek ni.. salam kenal dari Tanah Melayu. :-)
betulll.. semuanya blh adjust2 gitu.. asalkan
nawaitu nak kahwin dgn anak pakcik terlaksana.. hik3
amboi ngko...
Nur M,
haha! anak pak cik punya pasal!! (>.<)
Ustaz OA,
haha! hoho! hai ustaz german.. (^.^)
nice one... saye pon nk cari bapak mertua yg pegi masjid subuh dan isyak
>.<
belum lg dlm fasa mencari menantu.. dlm 20 tahun lg kot.. hehe btw tips ni sgt berguna.
bukan nk cr menantu tp nk cr calon suami..hehee..tp mmg setuju susah la nk jumpa lelaki yg pi masjid waktu subuh sbb ayah cik tom mmg biasa solat kt msjd..dia ckp semua org tua2..heee
salam..
agak-agak ada tak yang nak
buat saya calon menatu nih..
kerap juga ke surau..he he
realiti susah nak cari pemuda
yang suka ke surau mahupun
masjid sekarang...masa bank di
buang dengan bermotor atau
main futsal je..
jadi... kalau kita baik, akan dapatlah yang baik itu... huhuh
elok sangat la
pakcik makcik ikut juga ke masjid
usan dok intai anak orang je
hehe
boleh trime gak tu sbb mmg pun org lelaki ni ssh benor nk bgn gi solat subuh kat masjid..tp jgn x bgn langsung dahle
Bob M,
'Best of Luck'.. ewaaaahhhh kamu!!!
Tupai K,
bolehlah diri sendiri practice dari sekarang.. :-)
zulkbo,
amboi bro.. promot ke??
'perkembangan semasa' memang macam itu.. ;)
Cik Tom,
terpaksa calon menantu ayah anda itu seorang yang berusia, kot! hoho!
khaifaiz,
Insya Allah, berdoa + usaha. kalau sebaliknya, itu adalah ujian daripadaNya.. :-)
tehr,
ya, beramai-ramai imarahkan masjid. :)
d_LA,
'tak bangun langsung' tu maknanya dah selamat jalan... ;)
Post a Comment