Sunday, September 25, 2011

FAQ-Kad Debit Bank Islam


1. Apakah caj yang dikenakan oleh Bank Islam untuk Kad Debit-i ini?
*Bayaran Tahunan (ahli kad sedia ada & pemohon baru) = RM10.00 (setahun)
*Penggantian Kad disebabkan hilang/dicuri/lupa no Pin. = RM15.00 (setiap permintaan)

*Pengeluaran Tunai melalui ATM Bank Islam = Tiada Caj
*Pengeluaran Tunai melalui Bank Tempatan ATM-MEPS = RM1.00 (setiap pengeluaran)

*Pengeluaran Tunai melalui Bank Tempatan ATM-Visa Plus = RM10.00 (setiap pengeluaran)

*ATM Luar Negara RM = 10.00 (setiap pengeluaran)
*Salinan Draf Jualan RM5.00 (setiap permintaan)
*Jualan Asal Draf Bayaran-Bayaran = RM20.00 (setiap permintaan)

*Cetakan Penyata = RM1.00 (di Mesin Penyata), RM5.00 (di Kaunter)

2. Berapakan tempoh masa yang diperlukan untuk menerima Kad Debit-i Visa Bank Islam?
Kad akan diterima pada hari yang sama anda memohon.

3. Apa akan berlaku sekiranya baki di dalam akaun CASA tidak mencukupi untuk caj penggantian Kad tahunan?
Kad secara automatik akan disekat. Untuk melakukan pengaktifan Ahli Kad perlulah mengunjungi cawangan yang berdekatan

4. Berapakah jumlah yang perlu saya kekalkan dalam akaun CASA?
Ianya adalah berdasarkan kepada jenis kelayakan minima sesuatu akaun. Untuk simpanan biasa, sekiranya anda ingin melakukan transaksi runcit bernilai RM100.00, Akaun Simpanan anda haruslah mempunyai baki minima RM101.00.

a) Hotel–semasa daftar masuk, caj ’pre-authorization’ akan dikenakan. Semasa daftar keluar, jumlah ‘pre authorization’ akan dibatalkan serta merta.

b) Petrol-dipam (kaunter layan diri), RM200 akan dikenakan dan jumlah sebenar akan didebitkan dalam masa 7 hari.

5. Sekiranya Akaun CASA saya dikawal selia di Cawangan KL Sentral, adakah saya dibenarkan memohon Kad Debit-i Visa Bank Islam di Cawangan Jalan Raja Laut?
Boleh.

6. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya Kad Debit-i Visa Bank Islam saya hilang atau dicuri?
Sila maklumkan segera ke Pusat Panggilan kami di talian 03-26 900 900. Kad gantian akan dikeluarkan dimana-mana cawangan dengan caj RM15.00 dan akan didebitkan ke Akaun CASA anda.
 
7. Berapakah caj yuran tahunan dikenakan?
RM10.00 setahun. Dikecualikan sekiranya transaksi runcit melebihi RM500 setahun.

8. Bolehkan transaksi internet dilakukan menggunakan Kad Debit-i Visa Bank Islam?
Ya boleh. Ahli Kad terlebih dahulu dikehendaki mendaftar PIN e-commerce di www.bankislam.com.my.

sumber: website Bank Islam 

*saya adalah pelanggan Bank Islam yang berdedikasi. Wahai BIMB, kenapa susah nak guna internet banking anda??? Kenapa pelanggan akaun simpanan sekarang diwajibkan guna kad debit? Berbanding dengan Bank Rimau tu, depa akan bagi pilihan kepada pelanggan..



27 comments:

NasQ said...

errr... aku guna wang pos je... hoho...

blog-tips-kurus said...

TK,
erk?? aku tak cerita pasal pejabat pos le.. ;)

dill said...

saye gune cimb clicks :)

dill.

zulkbo said...

salam..
macam-macam saya pernah
dengar masaalah BI ni.
lagi hebat hutang tak
bayar siap hantar samseng
kutip hutang ke rumah anda..


nama Bank Islam,tapi banyak yang
tak islamik..betul ke..?

~Sal Ismail~ said...

sy x suke gune kad debit..huhu

L said...

ooh.. g2.. L xpenah amek tahu pun.. thx k.
solat ke belom??
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

Zul fattah said...

erk.. aku masih student.. x guna benda ni lg.. huhu

Bob Merley said...

dulu ada credit card and debit card. skrg dah tak guna. nnti belanja sakan tak ingat dunia. pastu duit kering bayar utang credit card )=

puteri ain said...

guna cimb click jugak :D

Alif Haris said...

mcm serabut semacam je .. haha

Abu Bagi said...

aku aktiv menggunakan bank islam masa aku stdy uitm je dulu..sekrang dah tak pakai da.. cimb lagi best..:D

blog-tips-kurus said...

dill, bank yg ade sotong kurita tu kan?? :)

blog-tips-kurus said...

zulkbo,
wa'alaikumussalam.

?? 1st time dengar kes macam tu. maybe ejen kutip hutang tu yg bertindak agresif.. hhhmmm..

blog-tips-kurus said...

sal,
ai terpaksa guna sebab nak ganti kad aritu-stolen! ai dipaksa.. huhu!

blog-tips-kurus said...

En L,
ya, begitulah kisahnya..

solat? heeeee... :-)

blog-tips-kurus said...

Zul F,
pengetahuan am, ok! :-)

blog-tips-kurus said...

Bob M,
hehe! sendiri mahu ingat le bro.

*terpaksa ada CC utk out-station je.. :(

blog-tips-kurus said...

Puteri A,
ramainya CIMB's fan.. ;)

blog-tips-kurus said...

Alif H,
serabut? take it easy bro. :-)

blog-tips-kurus said...

Abu,
huh!! kipas CIMB lagi. hhhmmmm.. ;)

AmirFX said...

Guna kad Debit Rimo jer skrg nie.. Dulu pernah guna CIMB tapi dierang punya Internet Banking ada lembap sikit...

blog-tips-kurus said...

Amir,
itu dulu.. sekarang makin improve.. :-)

*web bank rimau tu kan senang kena godam.. erk!

0xff said...

bro dah guna kad debit BIMB ke?
saya baru tukar ke kad debit.

total transaction RM500 utk pengecualian yuran RM10 per year tu utk RM500 sekaligus satu transaksi atau jumlah transaksi setahun=RM500.

kalo jumlah=RM500 nampaknya ok la.. isi minyak 10xRM50 utk setahun dah bole waive :)

Unknown said...

Gumana nkmengeluarkan duit tanpa kad bank islam pin saya ingat

Unknown said...

Lupa pin

Unknown said...

Kad bank hilang, klau tukar baru adakah no akaun bank di tukar jgak ?

Unknown said...

Sy guna kat debit.tp sy tak faham..semalam sy dpt msj. rm13 ditarik dari akaun sy lagi.sebelum ni.rasa sy.dh ditarik Dr akaun..chrge ape ye.

LinkWithin

related posts with thumbnails