Korang pernah hilang dompet? (dompet berisi lesen memandu, kad pengenalan, duit & kad2 plastik)
Tak sangka, aku mengalaminya malam semalam. Kagum pada diri sendiri-boleh relax je.. memangla bulan ni tak de outstation, tapi sangat lupa bahawa Jumaat depan aku nak mabur ke M'sia Timur (tiket tambang murah telah dibeli pada 2010!). Gilo x do ic. Mesti encik pilot tinggalkan aku! So, setelah yakin dah puas cari tapi tak jumpe, maka aku gagahkan juga duduk di kerusi co-pilot menuju ke balai polis terdekat, walaupun sudah detik 12.15 tengah malam! Balai Polis Dang Wangi sebelah Kompleks Campbell menjadi pilihan sebab senang parking. Balai Polis Mont Kiara/Hartamas tak pernah pergi. Balai Polis Sentul sedang diubah-suai & susah parking. Nak naik motor, kami belum beli. Lagipon both x do lesen B, B1, B2 mahupun C.
Tips:
1. Nak buat report, kena sediakan RM2 untuk urusan JPJ (buat lesen baru). Pinjam la dulu..
2. Sila ambil nombor & tunggu giliran. Walaupon takde orang awam lain, kami kena tunggu juge sebab pegawai sedang sibuk. Malam tu je ade beberapa tangkapan dibuat..
semasa membuat laporan di balai..
(> < macam mane ni la gambarnya..)
3. Seorang pegawai akan menaip laporan ringkas anda. Sila ceritakan kejadian kehilangan itu secara ringkas & padat. Pegawai akan tanya, bila & di mana anda sedar dompet itu hilang? Senaraikan juga barang berharga yang hilang. Kad Sogo, BonusLink & Jusco - tak yah mention yek..
selamat kad Sogo wok J..
5. Kemudian, sila tandatangan pada laporan itu. Satu untuk JPJ (dikepil dengan resit RM2 tadi) dan satu lagi untuk simpanan (jadi kad pengenalan sementara). Setelah pegawai itu juga siap tandatangan, kita pon boleh balik rumah.
6. Sementara itu, jangan lupa telefon bank2 anda untuk batalkan kad. Dail je 103 untuk dapatkan nombor telefon bank itu.
# Mase tu, Encik polis bawa 2 orang 'Sailormoon'. Dari mane la gerangannya tu yek?
* Pukul 2 lebih buat report, pukul 3.04am dapat call drpd B.Polis USJ8 suruh ambil purse itu. Alhamdulillah... dah jumpa. Rupenye memang tercicir kat De Station USJ 19. Sungguh cekap PDRM kan?! Tahniah..
Kebetulan pulak ~ petang tadi SinChan sedang mengepow jiran lamenye (pelajar U yg berulang-kali amik exam & masih belum ade girlfriend). Kejadian berlaku sebab abang itu (lupe namenye) telah berjanji nak belanja SinChan jajan kalau dia jumpa gajinya yang hilang. SinChan tak tau pon rupa paras 'gaji' tu macam mane.. kesian dia.
22 comments:
itulah..alhamdulillah jumpa.. adakala bila hilang dompet nie, duit jatuh no 2 dah.. yg lain2 tue lagi penting
mykhalis,
Alhamdulillah.. rasenye hamba Allah tu jujur sebab semuanya ada. Beberapa helai duit kertas yang lesap tu, tak taulah sape yang amik. Buat tak tau je... :-)
lorhh hilang dompet?? nasib baik bukan kena curi..kalau tak dah rugi macam2..
eh ada update pasal shin chan ar plak hehhe
- Fitrihadi.com -
bro fit,
kes diklasifikasi sebagai keciciran yang tidak disengajakan oleh pihak kedua. :-)
nasib baik bukan SinChan yg jumpa dompet tu. hehe..!
ngalamat keneng duku endas sei ngomong bonuslink, sogo, tesco seng ilang.. ahaks.. terkeluar german plak..
Ya....aku la yg bersalah mencicirkan dompet beliau (Tips). Sume gara2 nak cepat...ada friendly match futsal. Hmmm...Big Sori Tips...nasib jumpe.
cissss...sungguh suspen bace entry ni.sekalinye dah jumpe:) alhamdulillah
wak khaifaiz,
kok duku? buah duku yo kenek mangan. :-)
*kad tesco-orak duwe. hihi..
(susahnye nak rumikan bunyi jowo!)
wok J,
takpe.. dah jumpe pon. Bukannya banyak cash pon dalam tu.
*rase nak tanye polis Subang: siapakah gerangannya yang sangat jujur itu?
wok ct,
syukurlah nak. semuanya selamat cuma kena buat ATM cards kalau rase malas nak keluar duit guna buku bank :-)
wok tips,
duku=luku kot!
wok ct,
rasenye la tu.. hehe! wak khaifaiz ni..
Walawei! Best nya idea ni...! Full of tips! Saya suka!
Banyak kerja juga nak dapat kan info untok bahan!?
Tahniah! Bes!
memang susah hati ni
saya dah 3 kali buat urusan kat balai kes hilang ni
pertama, motosikal hilang
kedua, pecah rumah, macam2 hilang
ketiga, pecah rumah lagi
geram je...
nasib juga masih tak hilang pertimbangan
motor saya yang hilang tahun lepas sampai sekarang tak dapat2 lagi...huh
soal membuat laporan polis nih dan selalu sangat buat...buat laporan untuk orang pon dah selalu buat..haha
shinchan yang kodok...haha.
gedek!
TQ! pengalaman pahit manis di balai polis tu. mujur time tu lapang je. :-)
tehr,
saye tumpang bersimpati dgn takdir yang menimpa anda, lagi berat ujian tu.. syukurlah anda masih waras :-)
ghost w,
ramai hilang motor ye. mmm..tukang buat motor kena buat sesuatu ni.
*memang kerja hakiki buat laporan je. kalau SinChan ade kat sebelah ni, nak je suruh dia tolong buat!
kalau ilang buah hati nk report kat mane?
uhuk uhuk...Alhamdulillah. Polis kita makin cekap!
Amira Naddia,
itu kes orang hilang kan? repot polis & cari lain ;)
tok Suhami A,
syukurlah nak.. :)
Post a Comment