Tuesday, February 8, 2011

macam 'ba alif ba ya' ...!!!!


kreatif?!

Pada Januari lalu yang tarikhnya dirahsiakan (sengal!), aku berkesempatan bersiar-siar sambil menghirup udara yang agak kurang segar (bengang sebab delay!) di ruang balai berlepas Lapangan Terbang sekali lagi dirahsiakan, di ngeri negeri di bawah bayu iaitu ... sape tak tau jangan jadi rakyat Malaysia! Sebenarnya, inilah julung-julung kalinya aku berkesempatan menjejak kaki di bumi itu. Kesian kan!  mujurlah bos & the team ajak p ambush office kat sini. Yang tak bestnye ialah p buat kerja from 8-5! Dahla aku sorang je XY! eh tak! aku XX laaa... Mujurlah PA aku sudi menghabiskan masa & RM nya untuk eskot. Takpe, aku cover hotel berjenama untuk beliau. ngeh! ngeh!

Cuma nak cerita, masa aku membuat lawatan mengejut kat kedai cenderamata @ airport tu, aku jumpa objek bulat comel iaitu ibu ayam. Sila rujuk gambar di atas. Aku memang suka objek yang kiyut-miyut ni.. Yang tak syoknya, ibu-ibu ayam itu telah bersekedudukan didudukkan bersama-sama objek gelap yang bulat juga macam khinzir. Setelah diamati, objek itu memang tabung babi (kenapa Piggy Bank?!) yang dibuat daripada tempurung kelapa. Berhidung tonyok & bertelinga.. Sila rujuk gambar yang sama.  aiyaakkkk!! nasib baik tak sentuh!! Sekian, itu je..


Tips ~ Air Asia:
* Kalau guna waran & nak tukar tiket, terus je pergi kaunternya @ KL Sentral/Sepang. Sebab guna ejen pon tarak guna. Baik p sendiri!

* Kaunter Air-Asia KL Sentral =
 Aras 1, di tepi klinik (lupa nama kliniknya). Boleh nampak dari luar~tepi jalan. Takpon dekat2 McDonalds & 7 Eleven.

* Malu bertanya sesat jalan! Tanya je orang-orang yang berpotensi untuk menjawab dengan tepat & jitu :-) 

AirAsia KL Sentral Sales Office
Unit 11, Level 1, Stesen Sentral Kuala Lumpur,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2171 9333
9am-9pm




20 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

trime kasih singgah dan anta komen di blog saya..saya hargai...semoga berkunjung semula ya

penaberkala said...

owh, bestnya dapat pi sabah
tabung ba alip ba ya? hahaha
macam2
kat penang ada restoran toilet, jgn terkejut

kena cari lagu sufi ni
best eh?

krole said...

hehehehe~bestnye dia dpt melancong ngeee~by the lawak jgk tngok tabung tu ngeee...

Kay- said...

hehehehe.... kesian u~
tu souvenir shop kt airport meh?
i x penah nampak pulak sebelum nih..

hehehe~

ftrhd said...

erkk takleh sentuh ke??

blog-tips-kurus said...

sahromnasrudin,
wa'alaikumussalam.
same-same bro:-)

*ape2 ulasan pon diterima selagi tak ganggu sensitiviti org lain.

blog-tips-kurus said...

penaberkala,
p holiday best aaa.. p kije < best!

*tergamak ke nak masuk restoren tu?
kat island yek?!

blog-tips-kurus said...

krole,
bukan melancong lo. bekerja keras di sanaaaaa....:(

blog-tips-kurus said...

Cath,
yup! i nmpk sebab ade BANYAK masa melepak sampai melepek kat situ;)

blog-tips-kurus said...

Fitrihadi,
mmmm.. geli aaa.. hoho!

ghost said...

bukan nak kena samak pon kalau tabung ayam tuh duk sekali ngan tabung b*** tuh..hihi

blog-tips-kurus said...

ghost writer,
hahaha!!!
habis terjejas ke'cun'nan ayam2 itu sebab dok sebelah dot dot..

Jumir said...

Hmmmm......bagus info ttg Air Asia tu.

blog-tips-kurus said...

wok J,
sebab hotline AA tu sangatlah hotnye!!

krole said...

owhhhh~!!!kre melancong jgk r tu ngeee...dan g jln2~

wak kalo brminat join bloglist krole...penyertaan wak amat dialu2kn~ngeee

blog-tips-kurus said...

Insya Allah, akan pergi lagi untuk betul2 Cuti2 Msia:-)

memang nak masuk tapi dok dang lg. hihi..

Unknown said...

seb bek tak sintuh...kok sintuh, kono samak tak gak eh

blog-tips-kurus said...

tok Suhami,
hukum tersentuh objek yang menyerupai b--- ialah .....
jangan sentuhlah!!

Tupai Karan said...

hish.. nasib baik ternotice benda tu.. kalau terbeli skali camna? xka naya.. eheh

Latest Post : Struktur Kod Inline Frame Dan Banner Yang Perlu Kamu Tahu

papabear said...

ala macam je babi. pegang tak pe tp tak yah la beli. ibu ayam tu macam angry bird la :)

LinkWithin

related posts with thumbnails