Friday, February 18, 2011

Tips berhentikan darah..

Semasa sedang gigih bertungkus-lumus menjayakan 5S (sesi S1-S3=sisih, susun & sapu), anda akan terdedah dengan risiko kecederaan kecil & besar. Maklumlah, jari-jemari kita yang runcing dan kering itu mudah terluka. Kalau nak guna sarung tangan, macam tak berapa kaww nak buat kerja kan?!


bini Mr C sedang menggodak shredder

seni itu indah~hasil drpd shredder yang kong tadi..

kau melukai jariku!

bloody.. pedih wo!

tepek kopi cap kapal terbang!

Seeloknya, alirkan air paip pada mangsa yang berdarah itu tadi. Kemudian, tuam dengan ais kalau (ada ais laaa....) Mamat kantin tukang bancuh air tu cakap, bubuh serbuk kopi untuk berhentikan pendarahan itu (kopi sebarang jenama dibolehkan tapi jangan kopi 3 in 1). Untuk tidak mengecikkan hati beliau, aku pon ikut la cakapnya.. Selepas beberapa minit, bolehla cuci jari tu dengan lemah lembut. Hasilnya, tidak mengecewakan:)

* Kalau kecederaan berlaku pada sendi, sila kurangkan pergerakan. Biar jari itu berehat dulu. Sekian, selamat mencuba! [Sila jangan cederakan jarimu kalau nak uji petua kopi ini ye].  

20 comments:

Unknown said...

atok nak cederakan gak...sobab nak test...kih kih

Kay- said...

kalau cederanye besar?? habis la kopi sebungkus stok sebulan tu.. ehehe

tapi bleh pakai gak idea ni.

:)

tehr said...

belum pernah lagi cuba petua ni
thanks

blog-tips-kurus said...

tok Suhami A,
isshhhh!! berdosa mencederakan diri sendiri tau :-)

blog-tips-kurus said...

Cath,
terus call ambulans lo. kang tak sempat cari kopi dah babai..

blog-tips-kurus said...

tehr,
sila sila.. kopi murah je ;)

unknown girlz said...

hehe..takpenah plak dgr..
menarik.. kalu dh xde ape,terpakse pki kopi ;) tradisional gitu..

blog-tips-kurus said...

unknown girlz,
iye... terima kasih kepada encik mamat kantin (lupe namenye!) yang memberi petua itu :-)

krole said...

wuahhh!1tips yg menarik...le hilang parut ke wak???nak cube r~ngeee

blog-tips-kurus said...

krole,
parut? disebabkan jari ni tak berparut, makanya kemungkinan besar tidak. kita tunggu petua akan datang (hilangkan parut) ye krole.. :-)

ghost said...

kat kampung dulu masa kecik2 selalu amalkan penggunaan kopi untuk hentikan darah.malah ia satu cara awal sebelum dihantar ke klinik.err,malah pakar despensari pon gunakan cara ini kan..

blog-tips-kurus said...

ghost w,
(seram pulak aku nak respon ni!)
errrrkk, 'korang' pon minum kopi yek? 'korang' pon ada pakar despensari? korang ade FB tak? heeeeee..

papabear said...

ohh guna serbuk kopi ya. nescafe boleh ke? instant. bukan lagi cepat ke?

blog-tips-kurus said...

papabear,
ace papa try dulu. tak elok minum Nescafe..

Jumir said...

Hmmm...habis la kopi kt umah lepas ni. Eh ada kopi ke kt umah?

fikryn said...

Rasanya betullah tips ni.. sebab dulu nenek saya pun pernah bagitau cara ni. Hari ni teringat semula tips tu.. terima kasih.

blog-tips-kurus said...

wok J,
rumah ko tak de kopi ke? hehe..

blog-tips-kurus said...

fikryn,
iye, same-same kasih :-)

Zik said...

rasanya pernah dengar tips macam nie.. sap bagitahu.. aku pun tak berapa ingat.. hik2... tak pedih kalau pakai serbuk kopi nih...

blog-tips-kurus said...

Zik,
tahan je.. kalau lukanye kecik, tak pedih la :-)

LinkWithin

related posts with thumbnails