ini bukan van Pasti Sampai |
Memula masuk, ade orang berbisik perlahan (bisik mestilah perlahan kan?!), 'Chinese pon tengok cerita ni..' Laaa, memangle.. pengarahnye kan James Lee! yang buat Histeria dulu. Ooooo..
Yeay!! aku & PA dengan bangganya telah meluangkan masa tengok cerita seram pada 9.45 malam semalam. Mujur tiket ade lagi. Kalau dak, kena tunggu next ..11.55pm! dahla tak bawa shawls untuk benteng tutup muka. hehehe!!
Untuk bayi2 comel Januari, sponsor tak kasi tengok filem Yogi Bear & yang kat bawah ni. Sebab? tak tau.. Malas nak kaji. Sila tanye depa sendiri!
Sponsor x kasi tengok ini.. |
Memandangkan kami ni peminat filem Melayu yang agak tegar, maka Sini Ada Hantu menjadi pilihan ramai. Tambahan pula, pelakon sensasi finalist ABPH 2010 iaitu Cik Fasha Sandha turut berlakon menjadi hantu pokok pisang yang cun. Dah sampai TGV Wangsa Walk, x jumpa la pulak salun miliknya yang dia nak rasmikan esok tu. mmmm... harga berpatutan yek! Kalau Fasha Sandha percuma (free), dia sendiri yang akan mencuci/menggunting rambut kamu. Tak nak ke?! Sekian, promosi untuk Salun Chinta Fasha Sanda.. :-)
Sinopsis/Ulasan Sini Ada Hantu:
Ini adalah cerita hantu berkonsep 1Malaysia. Ada hantu melayu (hantu pokok pisang), hantu Cina (hantu nombor ekor), hantu asrama di tandas lelaki (askar Jepun yang tersadai di Malaya) & hantu van! Hantu van tu hantu India ke? Kejutannn!! Tengoklah sendiri. Sila segera ke panggung yang berhampiran terutama TGV. (mari kipas TGV!! ngeh! ngeh!!)
Ceritanya bermula apabila 2 orang pekerja syarikat kurier Pasti Sampai dipaksa rela (selepas dijanjikan OT 3 kali ganda!) untuk membuat serahan segera (mesti sampai sebelum 8 pagi esok) iaitu membawa mayat atok boss ke kampung.. Dalam perjalanan pada waktu malam itu, mereka... hehehe!! ape kate korang tengok sendiri? tak pon boleh bace di ezany-kun.com, beliau ada ulasan lengkapnye. Sekian, tq :-)
TQ TGV & Nuff...:-) |
* Seram jugak laa.. untuk contol macho yg tak bawa shawls, aku turunkan spek sebab aku rabun tahap gaban. So, bila hidung yang pakai cermin mata, tak de la nampak jelas sangat rupa buruk Fasha Sandha jadi hantu tu. hihihi!!
* Pelakon wanitanya cuma Fasha Sandha, Eira Syazira dan hantu Cina.
* Jadual filem ini di TGV (Sabtu-Ahad):
~ 11:00am, 1:10pm, 3:20pm, 5:30pm, 7:40pm, 9:45pm & 11:55pm
* kat TGV Kepong tak de filem ni. Harap maklum!
TQ ms comrade!! |
14 comments:
boleh tgk ni..:)
tgk trailer pun macam best jer.. hari tu pun kwn ade ajak tgk.. nnt nak g tgk la..
Syafiq R,
sila-sila.. :-)
ezany,
terimalah ajakan kawan tu.
selamat menonton! ;)
mesti lawak hantu2 tuh. baru ni enjoy hantu lawak kat hantu kak limah... err yg balik rumah tu la... :P
papabear,
hehe.. boleh laa.. tidak jahat (not bad!) :-)
huh..kena tgk gak ni.cm best jer :)
huhu...nasib bek atok bukan kaki panggung
i tunggu tgk kat tv jer...
klik ur nuff!
fasha sandha berlakon??lama tak nampak batang hidung dia hehhee
nawaitoo,
sila tengok pada hari Rabu (kalau gusar jika filem ini tak seperti yang diharapkan) >__<
tok Suhami A,
wa pon bukan kaki/tangan panggung. cuma tak nak sponsors kecik ati je:-)
fa10,
hehe.. bagus! bagus! TQ bebeh;)
Fitrihadi,
yeee..FS berlakon tapi x b'cakap pong! part dia sekejap & senang je...
Post a Comment