Sunday, February 6, 2011

'smart' sangat ke guna SmartTAG?




credited: touchngo.com
  

Life in the Fast Lane! 
Today is already Sunday-so just write in Bahasa Melayu.
*Kalau zaman sekolah dulu, Rabu ialah hari berbahasa Inggeris. Kenapa Rabu? Sape yang mula2 isytihar ye?

'Kehidupan di Lorong Laju' (alih bahasa tulisan merah di atas-betul ke?) tu ialah tagline-SmartTAG. Mesti ramai yang guna SmartTAG kan? (ejaan memang ikut web dia-TAG huruf besar!). Terutama musim cuti panjang ni. Raya Cina - yang bukan Cina pon sibuk nak balik kampung mengalahkan kaum Cina. Rugi tak balik; cuti dari Khamis-Ahad. Para pekerja di Wilayah mesti ambil cuti rehat atau cuti kecemasan, alang2 je nak kerja hari Isnin & Rabu kan? oppssss!! hihi...

Hebat sangat ke guna SmartTAG?
Mestilah!! Lebih pantas & jitu lagi bergaya walaupun pakai kereta saiz comel. Tetapi pastikan kad Touch 'n Go anda ada baki yang cukup & bateri alat SmartTAG itu berfungsi dengan baik. Ada LCD kat SmartTAG tu, boleh check.  Kang malu je.. orang belakang mesti menyumpah. Habisla kredibiliti & gaya elegan korang tadi!

credited: aja49.wordpress

Ape2 kemusykilan pasal SmartTAG boleh klik sini. Aku tak kerja situ tapi saje share:-)

*Tips:
1. Kalau nak lalu tol Gombak  semasa cuti raya, sila JANGAN guna SmartTAG sebab banyak lorong TUNAI dibuka dan lagi LAJU. Lorong SmartTAG ade 1 je. Ini kisah benar sebab baru je lalu tadi..

2. Tol Chenor tiada lorong SmartTAG tapi jangan gundah- gulana sebab boleh keluar di lorong Touch 'n Go. Cuma kurang bergaya laa... Konsepnya wajib ada kad Touch 'n Go tu. Jangan lupa!!  

3. Sila bersedia ke lorong paling kanan kalau nak guna SmartTAG. Yang guna tunai, jangan la buat silang pangkah. Mengganggu ketenteraman awam! Tunai memang kiri je.

4. Macam mana nak galakkan rakyat guna SmartTAG kalau ada 1 lorong je? x paham...

gambar sengaja dikaburkan. ahakss!!

5. itu je.. x bole tido sebab tadi minum mocha. arrgghhh!!  (Tips kalau nak stay up)

9 comments:

ftrhd said...

erm orang yang guna smart tag ni macam untuk yang kaya2 je.. yang biasa2 guna TnG dan tunai je.. macam ada kelas2 lak pengguna tol ni...

akubiomed said...

Tak semestinya yang mengunakan smart tag orang kaya kerana smart tag hanya dibeli sekali selepas itu perlu topup bukan kerap kali lalu tol beli smart tag parah.

Cuma kegunaan Smart Tag hanya pandu lalu tidak perlu Q untuk ambil kad tol. Heran juga kena lorong Smart Tag tidak banyak disesetengah tol.

blog-tips-kurus said...

Fitrihadi.com,
Rasenye istilah 'macam org kaya' tu org tak pakai SmartTAG je yg cakap. Cuma pengguna SmartTAG dah spent lebih utk beli alat khas nak tag tu je...:-)

blog-tips-kurus said...

akubiomed,
TQ sudi tlg mengulas.

Situasi tu dah tak HERAN. Ada yang langsung tak de SmartTAG, lagi sedih..

Bulan Purnama said...

ada smart tag tapi klu satu lorong je.. lembab jgk.. haaihh..
thanks for dis info.. :)

che armster said...

aku antara pengguna smartTAG.. apa yang aku perasan, sejak guna menatang ni jadi tak kisah lalu jalan ada tol. kalo dulu sanggup masuk masuk jalan dalam sebab takmau bayar tol haha

blog-tips-kurus said...

Admin,
your welcome:-)

* kos MAHAL nak buat lorong SmartTAG > drpd 1..

blog-tips-kurus said...

che armster,
ooo.. mmg ade sesetengah golongan mcm tu. $$ masing-masing.. *_*

Yadzid7007 said...

as salam for all smart Tag user..
mintak sorry sebab nak kongsi sikit info ttg smart tag..selain pastikan kredit kad touch n go, kuasa bateri yg mencukupi, alat smart tag berfungsi dgn baik, last but not least...PASTIKAN juga kedudukan alat tersebut. bahagian hitam diletak menghala ke atas dan bahagian kad touch n go menghala ke bawah. semoga perjalanan pergi dan balik kampung anda lancar. GOD SPEED!

LinkWithin

related posts with thumbnails