(sambil pegang kayuchop, jemari yang tak berapa nak runcing itu pon terkial-kial (kecuali yang pakar) nak sepit food & Lo Hei ~ lambung ala-ala manja je..).
Kak Ooi cakap, dia beli aje yang da ready made kat pasar raya berhampiran. Siap dengan sos plum rasa masam manis. Pastu campur dengan potongan isi ikan salmon mentah. Jadi macam rojak. yummy yami!!
Aku tak pernah makan pon. Masa zaman belajar dulu, jiran Cina jemput datang ke rumah & hidangkan air soya kotak bersama jajan kacang Ngan Yin cap tangan je. Tak hidang Yee Sang pon. Beria-ia depa ajak sebab nak bagi kami ang pow. Xie xie ni. Wo ai ni;) Women dou ai ni:-)
Kalau balik kampung, aku suka masak makan betik muda ditumis. Sedap!
Bahan-bahan:
-Betik muda yang baru nak kuning oren isinya (sila agak2, takkan nak tebuk!)
-Bawang merah & putih, cili api/lada hitam/bilis - dikisar kalau malas tumbuk
-Garam Halagel (sokong produk Muslim)
-Secubit je gula, buat syarat. Kalau tak bubuh lagi bagus.
-Minyak untuk menumis.
-Ajinomoto - DILARANG keras!!
Cara-cara:
-Sagat betik itu. Nanti dia jadi racik-racik. kan macam Yee Sang!
-Tumis bumbu tadi. * Minyaknya jangan banyak sangat.
-Masukkan betik Yee Sang.. walik-walikkan dia, biar masak rata & adil..
-Masukkan betik Yee Sang.. walik-walikkan dia, biar masak rata & adil..
-Tambah air sikit je sebab betik akan berair apabila dimasak.
*Lembek sangat tak kaw!!
-Tambah sedikit garam & gula (tak wajib) sesedap rase.
-Test rasenye. Dah mesra? Bolehla tutup apinya.
-Dah siap!! Senang je kan! Macam tumis sayur lain :-)
Pengetahuan Am (Yee Sang & Chap Goh Mei) drpd Wikipedia:
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini.
Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Sekian, kelas belajar tamadun Cina kita pada hari ini ye murid-murid :-)
14 comments:
tergamam bila tengok nama Menu... huhuhuhu.. xpernah try g ni.. :P orang bujang la katakan...
tergamam bila tengok nama Menu... huhuhuhu.. xpernah try g ni.. :P orang bujang la katakan...
sangat asli!!!! hehehe..... sy pun suka makan yee sang versi jawa ni... jawa bebb...jawaaa~ (wpun x asli)
Err.. X pernah pun makan.. Tengok pun x pernah..hu3
Aku ingat orang Cina yang tiru org Jawa....he3...
aried,
kesian.. tapi orang bujang sekarang kan 'tere' memasak:-)
aried ke ar-rifke ni?
(bangga kembang kempis bodiku.. blogger glamer komen 2x sini-w/pon sebenarnya beliau ter'enter' 2x. hehe!!
Cath,
lo.. kok wingi orak ngomong?! *__*
deCrew,
sekarang dah pernah kan? ace buat sendiri kat umah yek! ;)
wok J,
(sebenarnya memang macam tu tapi wikilik tu takot nak reveal!!)
owh cmbest je buat yee sang sendiri..pernah mkn sekali je :P
Kentut adalah saat paling melegakan
Wan G,
dah pernah mkn? best tak?!
atok penah makan yee sang sekalik je...macam2 ado
tok Suhami A,
pernah tok? sodap keeeee?!
Post a Comment