Saturday, June 30, 2012

Masterchef Bukan Selebriti Resipi Sagu Seksyen Bayaran

resipi drpd mamameow

Sempena penyingkiran Karl Shafik & Jihan Miskin dan perkahwinan pasangan sama cantik sama padan iaitu Irma Hasmie dan Redza (sebenarnya tiada kena-mengena dengan mereka pon!!) makanya ada orang nak kongsi resipi campak-campak drpd seorang sleeping blogger cum 'Akauntan tak jadi' cum bakal penternak kucing iaitu mamameow (linknya dah lupa sebab dah setahun tidak dikemas kini).

Berikut ialah bahan-bahannya (sila rujuk gambar):
**Telor Power tidak diperlukan dalam misi ini. Atikel itu tertinggal di rumah le bro. Sila google sendiri dulu ok. Mungkin juga Ophan hantu boleh membantu. (tq Ophan, selalulah doakan saya ya..)   (>.<)  

sagu pink, gula, secoet garam, susu cair, gula perang, pandan
  
Cara-caranya:
Silalah adik-adik klik gambar pertama di atas ya, telah ditulis dengan lengkap. 

Hasilnya silalah bayangkan sendiri. Di bawah ini saja letak gambar hiasan lain. Sempena  cuti hujung minggu ni, bolehlah cuba resipi campak-campak ini. Bulan puasa ni, boleh meniaga. hik! hik!!

desserts dah habis, tepek gambar ni je

Thursday, June 28, 2012

Hatta, Kalakian, Syahadan, Seyogia..

Anda fasih berbahasa Melayu?
Mesti anda dapat A1 untuk kertas Bahasa Melayu dalam SPM kan? Tahniah!!
Maka cubalah buat ayat menggunakan perkataan pembatas karangan dalam penulisan Melayu klasik ini. Contoh seperti di bawah gambar atok ni ya. 

 
atok angkat bajet kepop!!


*Sebelum itu, Spain menang 4-2. yeay!! Jangan nangis! Jangan nangis!


1. Hatta beberapa lamanya di jalan, angkatan itu pun sampailah ke China. - Sanskrit

2. Ia tersangat benci akan kita, hatta memandang muka kita pun tiada mahu lagi konon. - Arab.

3. Kalakian, setelah sudah didengar oleh baginda akan sembah perdana menteri itu, maka baginda pun melengung seketika..

4. Tujuh hari lamanya ia berjalan, maka ia bertemu dengan sebuah mahligai, syahadan lengkap dengan perhiasannya.

5. Seyogia patutlah jangan lekas-lekas sangat seseorang itu mengatakan apa-apa yag dilihatnya dalam gelap itu hantu..


*Munsyi Bahasa, UM 27.6.2012

Tuesday, June 26, 2012

Ubat Sakit Kepala (married only!)



Bos masuk pejabat sambil memicit-micit kepalanya yang keras. Seorang stafnya; Joni (bukan nama sebenar) yang agak prihatin menegur bos itu:

Joni: Kenapa bos? Sakit kepalakah?
Bos: Yalah Joni (bukan nama sebenar). Kepala aku ni sakit sangat!
Joni: 3 hari lepas saya pon sakit kepala bos. Bila balik rumah, isteri saya peluk cium saya.  Lepas tu, sakit kepala saya terus hilang. Saya syorkan bos cuba petua saya itu.
Bos: Betulkah wahai Jonni? Kalau begitu, mari kita jumpa isteri kau sekarang!!!!
Joni: !!!!!!!?????!!!!!

(AMARAN! Sila jangan tiru aksi 'Bos' di atas!!)


Rapi Feb.2009


uncle Jonni sebenar

Sunday, June 24, 2012

Kustom Kulture & HotRod Show Solaris


maaf, seksi.. 

Ejaannya memang begitu ya: Kustom Kulture & HotRod Show
Tempat: Publika's The Square & White Box, Solaris
Tempat: 23-24 Jun 2012.
Art of Speed; Celebrating Art in Automotive Culture
By Switchblade Kuala Lumpur. MDnya ialah Asep Ahmad Sastrawidjaja.

wok J di sisi lowered bike..

Petang-petang lepak sini, nyaman je... Cuaca redup, angin sepoi-sepoi bahasa, ramai pulak mat minah saleh bertatoo bagai, bajet kat oversea je. wekkss!! Agak-agak nak cuci mata tengok motor besar, motor & basikal unik, kereta antik, vespa comel, awek cun dan lain-lain lagi, marilah datang sini. Parking RM1 sahaja. Masuk pameran tu percuma.


best kot naik basikal harley tuuuu...

vespa idaman kalbu

CK NAGA


kot ada kat kampung, bawak le sini...


berminat? sila hubungi 012-3456789..


best akak comel tu nyanyi live..


hhhhhhmmmmm.......


sleeping bloggers...


Ada gig dan pertandingan di sini iaitu:
1. Best of Show (Car, Motorcycle & Bicyle category).
2. Pertandingan Foto pon ada iaitu Monochorome, Heavy Metal, Fun in the Sun, Smiles & Culture category.


Solaris ni sebelah Masjid Wilayah Jalan Duta tu je.. Esok ada lagi. Sekian..

Thursday, June 21, 2012

Petua Jinakkan Singa

budak-budak yang tiada perasaan...!!

Adik-adik suka singa?
Mak atau ayah adik garang macam singa tak? hehe!

Kalau anda berminat nak bela singa (boleh ke?), silalah cuba petua menjinakkan singa ini iaitu mandi bersama!! Dikatakan bahawa air mandian boleh eratkan hubungan sesama makhluk. Oh romantisnya... (selagi belum kena ngap!!!)

Petua mandi dengan singa ini diberi oleh En.Mohd Sham Mahdon - seorang penjaga Zoo Johor. Beliau ada banyak pengalaman membela singa. Beliau bela singa dari umur singa itu 2 minggu. Menurutnya, 3 bulan pertama umur singa ialah tempoh kritikal iaitu anak singa mudah terdedah kepada banyak penyakit. Antibodi masih lemah..

sumber: Harian Metro semalam..

** Kalau ada masalah dengan badak sumbu, boleh semak semula petua halau badak di entry ini ya. Kalau jumpa ular, telefon bomba.


Monday, June 18, 2012

Tips Nak Dapat 'Sweet Dreams' Boboiboi

muka suci semasa berumur 3 hari..

Menjelang jam 10 malam...

Dedi (3 series): Boboiboi, sekarang sudah masa untuk tidur.  
Boboiboi (6 tahun): Baiklah dedi. Boboiboi faham (sambil bangun dari sofa dan menuju ke dapur).
Dedi: Boboiboi cari apa di dapur tu?
Boboiboi: Boboiboi nak ambil gula-gula.
Dedi: aikkkk?? Nak buat apa dengan gula-gula tu. Bukankah kita nak tidur sekarang? 
Boboiboi: Boboiboi nak mimpi sweets dreams.. (menjawab dengan penuh yakin)
Dedi: ?????????????

'Semoga semua bapa di Malaysia khususnya sentiasa sihat ceria. Keep fit!!'

**drpd majalah kartun Malaysia 2012, Ujang kot..**


Saturday, June 16, 2012

Resipi Aiskrim Durian EURO 2012


Aiskrim durian Euro


Sudah Sabtu.. yeay!!
Hujung minggu ialah hari makan-makan. Walaupon mesti ramai yang nak beriadah, jogging, berenang-renang di atas atas katil pada awal pagi hari, tapi aktiviti selepas itu mesti makan.. makan... lalala!

Sweden VS England 2-3 ni. Nyaris-nyaris England nak kalah. Ibrahimovic tu ikat rambut macam pompuan..

Baiklah, resipi aiskrim durian EURO 2012 ini sangatlah mudah. Kanak-kanak Institut Pengajian Rendah pon boleh buat.

Bahan-bahan:
1. Durian yang elok.
2. Tidak perlu gula atau pewarna. Sangat murah dan senang kan?

Cara-caranya:
1. Mula-mula kopek durian itu. Adik-adik sila minta bantuan orang dewasa yang pandai kopek durian ya. Tidak semua orang dewasa boleh buat ni.
2. Keluarkan isi durian dan masukkan ke dalam bekas jenama tupperware ya. Saya ialah ahli tepawe. Maka gunalah tepawe!
3. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk (bahagian beku).
4. Biarkan 2, 3 jam dan sedia untuk dimakan ketika menonton bola.
Selamat beraiskrim!! (>.<) 

**ada orang keluarkan biji durian tu dulu. Rasanya tetap sama..

Tips:
Bungkus sampah kulit durian & biji durian dalam surat khabar sebelum masuk plastik bagi mengurangkan bau aroma durian dan mengelakkan kecederaan. Kulit durian kan berduri tajam.. kalau berambut halus itu namanya rambutan. Kalau perlu dipulas itu namanya pulasan. Sekian, asal-usul nama buah-buahan Malaysia.



Thursday, June 14, 2012

Olympic Day Fun Run VS Chicken Run 8 Juy 2012

Sebelum itu, German menang 2-1. yeay!!!
Belanda dah out yek??

Berlari atau jogging 20 minit setiap hari boleh kuatkan otot kita. Badan kita pon akan jadi lebih fit.
Kalau kita bersenam selama 20 minit, setiap 3 kali seminggu, memang kita akan fit dengan izin Allah... Senang kan? Cakap memang le senang... 

David Kim tu anak Jin Nosik??? aiyakkk!!!
OK, dengan gumbiranya nak ajak korang berlari-lari ayam seperti di bawah atau

Larian Ayam!!

berlari Olimpik ala atlet amatur!!
Tarikh sama, tempat berbeza, yuran berbeza, T-shirt & goodie bag pon berbeza.
Rasanya Larian NTV7 pon akan diadakan pada 8 Julai juga..

Larian Olimpik 2012

Aku doakan Rostam berjaya menggondol kejuaraan kategori berkumpulan Larian Olimpik. Nanti boleh pauu RM200 ituuuuuuuuuuu... yahu!!

*Maklumat lanjut di:
1. krr.com.my
2. olympic.org.my

Tuesday, June 12, 2012

Hati-hati Memakai Tali Leher

jangan aniaya kucing anda..

Apakah kerjaya anda?
Adakah ianya memerlukan anda bertali leher from 8-5? 
Wah! Nampaknya anda terdedah kepada risiko glaukoma.
Glaukoma itu apa? Ianya adalah sejenis sakit mata. Apa kaitan tali leher dengan mata?

Begini nak,
jika anda ikat tali leher dengan ketat, ia boleh menyebabkan glaukoma. Mungkin boleh menyebabkan buta. Buta mata... jangan buta hati.. Pada leher jinjang kita ni, ada pembuluh darah. Kalau diikat ketat, pembuluh darah akan tersepit. Then, ia boleh tingkatkan tekanan pada bola mata. Tekanan ini sangatlah tidak baik untuk mata cantik kita. 

Oleh sebab itu, ikatlah tali leher anda pada tahap yang ideal je. Takkan nak pakai baju Melayu setiap hari kan..... tapi encem je!!


Rapi Dis 2010

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 - Tidak Romantik Langsung!!

spotcheck!!

Orang sibuk EURO 2012, kita sibuk cerita bab rumah tangga.
Cuti sekolah kan... !!
Malaysia lawan Singapura semalam adalah seri 2-2 dan agak dramatik. Pengadil Hong Kong itu namanya Ng Kai Lam. Sepakan percuma dalam kotak penalti?? hhhmmm...

ISTERI: Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
SUAMI: Kenapa?
ISTERI: Setiap pagi suaminya akan cium isterinya sebelum pergi kerja. Balik kerja, dia bagi sekuntum mawar merah kepada isterinya tu. Romantiknya! Kenapa abang tak buat macam tu??
SUAMI: Gila ke??!! Mana abang kenal isteri dia???? 

~Rapi Jun2012~



Wednesday, June 6, 2012

Duduk Terlalu Lama, Cepat Mati

gambar contoh kawad cam bulu khinzir


'Duduk terlalu lama lebih cepat mati'.
Kalau dalam sehari anda duduk selama 11 jam atau lebih, risiko mati akan meningkat hingga 3 tahun. Kalau langsung tak aktif bersenam, lagilaaaa..... 
Allah sahaja Maha Mengetahui.


sumber: Berita Sihat Mingguan Malaysia, 1 April 2012.
depa pon ambil drpd dailymail.co.uk

Pernah dengar Rules of 10/90?
Dalam hidup ni, 10% dah ditakdirkan kepada kita.
90% lagi terpulang kepada kita bagaimana nak uruskannya..

Oleh yang demikian rupa, jagalah kesihatan kita dengan lebih bijaksana.
Cuba bangun buat regangan sedikit pada setiap setengah jam atau sejam waktu duduk anda..
Curi masa untuk rehatkan badan & mata kita..
back to the Rules of 10/90..

Monday, June 4, 2012

Tips Kecikkan Paha

pix: webmd.com

dipetik dari blog brother hensem ini.
harap beliau tidak marah kerana diambil tanpa izinnya..


Brother tu bagitau, tips ke-4 (yang nombor 1-5, sila rujuk blog beliau sendiri yek!)  untuk kecikkan paha sihat anda ialah dengan memakai kasut tinggi. Maknanya pakai kasut tumit tinggi le tu. Setinggi mana? Pakailah kasut tumit tinggi yang tidak melebihi 2 inci, macam gambar di atas itu. Memakai kasut tinggi ini boleh membentuk otot betis dan peha anda. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa berhati-hati ketika memakai kasut tinggi untuk elakkan kesan buruk kepada kaki dan postur. Jaga-jaga! Jangan terpeleot!!

***sejak memasuki alam pekerjaan, kasutku semuanya > 2 inci. Walau bagaimanapun, kenapa tak hhhmmm.... 



LinkWithin

related posts with thumbnails