Monday, July 26, 2010

Would U believe?!

Shirley ditolak oleh Shaun & rakan.


a) Tongue Twister yang paling susah ialah:


'The Sixth Sick Sheikh's Sixth Sheep's Sick'



bukan mesin taip Shirley atau Shaun


b) TYPEWRITER ialah perkataan terpanjang yang boleh dibina menggunakan huruf-huruf pada hanya satu baris papan kekunci (baris yang atas sekali).








Sunday, July 25, 2010

Maher Zain ~ For the Rest of My Life - lyrics

....
I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I'm here with you

Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO

And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO

And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Saturday, July 24, 2010

Susahnya nak kurus

Susahnye nak kurus...
Tua? Tak takut langsung!

Dialog di atas ialah skrip realiti biasa yang  sentiasa bermain di bibir artis, bukan sahaja dalam indusri Malaysia, malah sehingga ke luar negara nuuuuu... Buktinya macam gambar kat atas (sila abaikan Rahsia Jolie & Angan2 Dogg itu..)

Adakah faktor genetik bersaiz 'COMEL' itu yang bersalah? Mungkin YA/TIDAK?
kalau dah keturunan nak buat mcm mane kan... nak salahkan tok moyang? mmmm...
tapi kalau ada kakak/abg yang kurus, mcm mane? Adakah si kurus itu anak angkat? hahaaaa..
Mungkin dia kurang mewarisi baka comel itu.
(KUIZ: kenapa si bongsu selalu > COMEL? sbb dia mkn semua zat2 abg/kakak dia. hoho..) 

Nak kurus kena niat n set minda betul2 supaya teguh iman & semangat tu. Waktu makan sangat penting ye kawan2.. Don't eat 3 hours before sleep-nite. Amalkan tidur awal, sejurus sahaja selepas solat Isya' (ontime) sebab zon waktu tu paling efisyen.. (x ingat faktanya, later i check!).
Bila tidur lambat, tendency to eat n munch is higher.

Moral: Kanak2 mesti tidur awal. Dewasa hanya perlu tidur yang berkualiti, walaupun 3-4 jam.

Rahsia Cepat Kurus

A-eee..Ms Xerra (bukan nama sebenar) dah kurus skrg! makin vogue laaa.. ape rahsianye? amik JUSMET   ke p Slim World?

Z-sigh..(sambil t'sipu2 malu).. takla.. i tak percaya semua tu. Lagipon sape nak sponsor i p Slim World tu..? Sebenarnya x de rahsia pon. Cuma i selalu amalkan tips yg blogger ni bagi. Yang penting, kene disiplin n taat ikut prosedur dia.

A-iye? i pon nak FOLLOW u laa.. blog ape tu?

Z-ok, kelik je kat sini = blog-tips-kurus.blogspot.com. Macam2 info ade, bukan setakat tips kurus je.. Sesuai utk semua golongan, terutama yg vogue macam kita ni.. wink!

*Sekian sahaja sorotan drama sebelum subuh ini. Bersambung pada waktu yang sama minggu depan. Tungguuuuuuuuuu..... :)

Gambar hiasan: Inventori yg wujud di rumahku
RED ni paling best-mesin urut tapak kaki hingga betis sahaja.
GINTELL atas RED untuk kasi gegar perut, paha drumstick, montot m'buak mrCurly n selimpangkan/silang belakang bahu.

* sapa nak try sila drop Kensington Park. Murah je.. 1 jam = RM2 nett!

Thursday, July 22, 2010

Terapi Pernafasan untuk Sakit Kepala & Keletihan - BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS

Sekadar hiasan
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya: sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit. Sakit kepala akan sembuh .

Jika anda merasa letih, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan 'ulang-alik' . Tak lama kemudian, anda akan berasa segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas - 'sehingga banyak sekali panas', lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah .

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.


* Artikel ini disalin daripada emel. Tatabahasanya agak janggal...

Sekadar hiasan jugak

Chun yang cun Moero Attack!

kenal tak dgn wanita ini?


ms araki yumiko, DOB 25-1-1960

hehe..
fanatik betol dgn drama bersiri jepun itu. ape lg, Moero Attack la.. beliau la yg jd Chun tu.
mujo ade youtube hasil teknologi ICT. maka dapatlah saye upload siri itu kat blog ni.
cume kualitinya ade yg kurang mantap!

*dah 50=1/2 abad umur beliau tapi menten CUN. mmmm....... kalau dah namenye artis. Maknanya masa drama tu tengah hot, beliau b'umur 20-an..

macam mana la diriku ketika seusia beliau? ade > < 27 tahun lagi. mmmmm... lagi 8 tahun daku akan berada pada tahap paling cantik. itu yg keluar kat Sinar fm = Wanita paling cantik ketika berumur 31 tahun!

Justin Bieber Baby Lyrics

Ohh wooaah (3x)


You know you love me,I know you care

Just shout whenever, And I'll be there

You want my love, You want my heart

And we will never ever ever be apart



Are we an item? Girl quit playing

Were just friends, What are you saying

Said theres another, Look right in my eyes



My first love broke my heart for the first time,

And I was like

Baby, baby, baby ohhh

Like baby, baby, baby noo

Like baby, baby, baby ohh

I thought youd always be mine mine


For you, I would have done whatever

And I just can't believe, we ain't together

And I wanna play it cool, But I'm losin' you

I'll buy you anything, I'll buy you any ring

And im in pieces, Baby fix me

And just shake me til' you wake me from this bad dream


Im going down, down, down, dooown

And I just cant believe my first love would be around.


And I'm like

Baby, baby, baby ohh

Like baby, baby, baby noo

Like baby, baby, baby ohh

I thought youd always be mine, mine

Wednesday, July 21, 2010

Mari belajar Bahasa Perancis-asas sahaja

Bonjour!
Sape yg rase nak bace entry, teruskan niat suci murni anda itu. Saya tak paksa. Saje suka2 buka label ni. Blog ni dah jadi e-book rojak.

Mula-mula, baca ABC dulu.
ape daaa... ? abc je..?
ye kawan2, sebutan makhrajnye sangat berbeza dengan bahasa ibunda kita iaitu,
... (huruf kecil itu ialah cara nak sebutnya):-

A-aah             H-arsh            N-n                 T-tey
B-bey             I-e                  O-o                 U-eu
C-say             J-g                  P-pay              V-vay
D-day             K-kay              Q-ku                W-duble vay
E-oo               L-el                R-ekh              X-ix
F-ef                M-m               S-es                 Y-i grec
G-jay                                                            Z-zed   


Tchao!

Sarawak Layered Cakes-Kek Lapis Sarawak - PINK SHOPPE

Kepada semua pengunjung blog ini dan rakyat Malaysia khasnya, dengan bangganya nak siarkan gambar-gambar KEK LAPIS SARAWAK-PINK SHOPPE ~ freshly home made at SPPK_Kensington Park, Dutamas St, KL. wow! kat mane tu? ala, kat Segambut laaaa...:) Semua kek ini dibuat khas sejurus sahaja menerima tempahan daripada pelanggan (bukan dipos drpd Sarawak).

Walau bagaimanapun, pelanggan yang dihormati semua perlu beri masa kepada Cik Pah-from Kuching (CEO merangkap Ketua Chief Pink Shoppe=owner) untuk menyempurnakan tempahan anda kerana beliau bekerja sepenuh masa di pejabat 8-5, kalau tak kena stay back.  {dia buat sorg maaa... future part-timer dia; i laa... } hihi.. Cik Pah angkut oven besar dari Sarawak, khas utk IKS dia.

*Kek lapis yang bercorak extra-vaganza memerlukan lebih masa untuk dibuat daripada kek lapis biasa. Kat bawah ni contoh kek yg beliau buat. Cantik kan? macam part-timer dia... heeee...



Blueberry Cheese

itu je dulu. lapo la... take 5!

Semak status rayuan ke IPTA

Program Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf sesi Akademik 2010/2011
Status boleh disemak mulai hari ini melalui:
 http://upu.mohe.gov.my/
http://jpt.uum.edu.my/
http://www.jpt.utm.my/

atau telefon 03-8883 5858 & 03-8883 5848 (helpline)

atau SMS iaitu taip UPU RESULT, masuk nombor Mykad & hantar ke 15888.

*SEMUA p'urusan pengambilan diselaraskan melalui Bhg. P'urusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.

*Rayuan dianggap GAGAL jika tiada sebarang TAWARAN RASMI sehingga 31/7/2010.

*Sekian, seperti yang keluar di UM m/s 2.

Selamat Menyemak! :)

Cara-cara kopek manggis

yummy!!!!!!

Sedapnya makan manggis..mmmm...

Entry ni nak ajar cara-cara kopek manggis. ek alaaaa...itupon nak masuk blog?
(suke ati laaa...blog aku!) tapi semua org tau ke cara kopek manggis yg tertib? hihi...

Sila tengok gambar2 berikut ya. Selamat maju jaya!

1. Mula2 tekan part tengah manggis tu. nak panggil ape ye? kepala? punat?


2. Tekan sampai objek itu boleh dicabut camni:




3. Nampak tak buah manggis kat atas tu dah terbelah sikit kan?



dah crack...
tarrrraaaa.... semakin mudah utk dibuka n ngappppssss!!!!!!!

4. Langkah seterusnya ialah masa yang ditunggu2 iaitu mari MAKAN manggis! :)

* TQ k.pah atas jasa baik tlg amik gmbr sbb org tu EL..
nanti i upload gmbr KEK LAPIS SARAWAK n your MOUSSE CAKES!!

AMARAN: blog ni telah m'dapat AP utk tlg promosi produk tersebut. Selain itu, boleh order keperluan raya pada link bayuseri tu.. Sukacita dimaklumkan bahawa both tycoons are alrready registered with SSM. TQ!

Berhubungan dengan Seri Bayu..

uuuuuuuuuuuuu....
saya nak menjalinkan hubungan dengan Seri Bayu.
Beliau sangat produktif, pemurah pula tu..
murah rejeki mak.. :)

Sila la kelik dan sama2 keep in touch dengan beliau.
raya nak dkt ni.. mari2!!!!

http://bayuseri.blogspot.com

Tuesday, July 20, 2010

bukan gambar Moero Attack



comel tak gambar di atas?
yea.. itu bukan team Moero Attack (MA) sebab depa ialah pasukan lelaki bolibol ofc saya.
MA asal kan semuanya wanita, coach je laki..
erk, yg comel baju merah at the back tengah lepas geram kat bola macam mak-Nini-sedang-tomoikan-rabbit itu ialah Manager kami..fiwittttt!!!!!!!!!!! go lady BB!



kelihatan en Pet n en Noh sedang gigih berlatih dig'..bukan main sambut2 la..
(sementara depa tunggu turn nak main pas ni).



yg ni depa tengah tunggu serve.
nmpk tak mgr kami=Lady BB join, yg slim pakai baju merah ngadap server. (bukan yg comel sedang bongkok tu...) yg itu name manjenye en.dugong, really 4get his real name. sori bro! :) Semoga team ini succe$$!!
cop! mane kapten hook? tu..yg pakai baju itam dpn en.dugong.

*tiada dalam gambar: saye & makcik gebuzz (dia lagi ke?)-sbb saye kan tukang amik gmbr n beliau cibuk je.

Zikir Harian

Selasa, 5.15am..
still awake.. keep alive beb!
must take a nap at 1pm-ikut sunnah Nabi.

sambil2 tu. sila la amalkan zikir harian berikut..
(untuk GEMUKKAN amalan kita, Insya Allah....)



* still cannot memorized today's zikr-a bit long! keep try'

early person early birds..



syukur..
berkat tdo awal (sejurus shj solat isya' ontime) smlm, saya berjaya bangun seawal 1.45am dengan sesegarnya.. bagus pulak jam biologi ku ini...
siap cuci kain dgn bantuan mesin basuh SEMI auto!

sebenarnya penat sgt smlm...
from 7.30am - 4pm, jd maid di rumah sdiri: punggah brg to clear up bedroom, sental tingkap naco 4 panel yg da 2 thn x pernah dicuci secara serius, sapu habuk & mop, rendam kapet yg 5 thn x pernah mandi, painting, pasang fresh queen set, kemas brg2 blk, pasang fresh curtain tajaan bik Lela=bini Dato' Sarmin bin Md Hussin.. back-to-back! sangat penat. memang patut pon karier SURI RUMAH SEPENUH MASA itu perlu diberi BAYARAN yang setimpal - oleh suami mereka...!!

yeay!
syukurlah nak.. akhirnya bjaya jugak cat bilik sdiri setelah lama projek t'bengkalai (t'bengkalai sbb dok dgn h/met yg kije kat JPN-Unit T'bengkalai!!) mmmmm....
w/bagaimanapong, jutaan TQ diucapkan kpd beliau sbb sudi dalamterpaksa untuk menyental kapet2 bilikku itu.. i luv u as this little bird loves his new girlfriend!


Sunday, July 18, 2010

new boss

Esok hari Isnin.no Monday blues, ok!
Mesti set kat minda bahawa kerja itu ibadah.
So kene buat dgn tulus ikhlas,komited & full of integrity. (wink!)
Kalau hari 1 tu smooth, Insya Allah the following days pon will be ok..

Esok kami akan jumpa bos baru. Kehadiran beliau pada Khamis lepas hanya disambut oleh bini mr-curly (asyik dia je..), kerana kami b'tugas di luar daerah (sebenarnya kami saja bagi can kpd beliau.. hehe..)

camne la rupa paras & gaya boss ni?


agak saspen! entah2 cam kat bwh ni:


mmmm....tungguuuuuu!!!!!!!!!

Cara-cara memotong kuku



*gmbr jemariku ini ditangkap oleh bini mr-curly not aka puyol.

1. Seeloknya potong kuku lepas mandi/cuci pinggan. takpon rendam dalam air suam dulu. Ini ialah supaya kuku kita tu lembut & memudahkan operasi memotong.

2. Mulakan dengan Bismillah..

3. start kuku jari TELUNJUK TANGAN KANAN.

4. next kuku jari hantu (jari tengah daa....)-belah kanan lagi tau, sampai jari kelingking kanan.

5. then, kuku jari kelingking kiri sampai kuku jari ibu jari kiri.

6. last sekali, kuku ibu jari kanan.. so start belah tangan kanan, ending pon kanan.

7. KUKU JARI KAKI-start dengan kuku kelingking kanan sampai kuku ibu jari kanan.

8. then kuku ibu jari kiri sampai kelingking kiri..

9. Rebutlah pahala sunat potong kuku pada hari ISNIN, KHAMIS & JUMAAT. (macam org nak potong kain tu..)

10. kuku tu jangan buang merata-rata. elok letak kat tanah, biar kene ujan.. (teori ape ni?)

11. jangan potong kuku pendek sangat/ikot bentuk kuku. Try la p manicure/pedicure; tengok camne cara depa potong kuku.. silap potong kuku boleh merana tau. Contohnya kena cagu macam gambar bawah ni...huhu! (nmpk tembam sungguh jemari kaki model A ini - bukan nama sebenar)

bukan bola Moero Attack!

yeay!
Pada petang Ahad yang hujan ini, dengan egonya nak tunjuk gambar bola2 yg BUKAN digunakan oleh Chun or Yugia dlm siri asal Moero Attack (versi Jepun!)



Bola-bola itu sebenarnya ialah hak milik h/met. Yang cap LOTTO tu dibeli drpd cik Gebuzz, kire 2nd hand laaa..yg MIKASA tu beli kat 1 complex.
Lotto=1/2 $ drpd Mikasa.

Memandangkan en Lotto itu telah digunakan secara intensif oleh para pemain AMATUR JPN/KPKT (team h/met aku la tu), maka keadaannya agak < sihat skrg. (bola asyik kene bumbung sekolah je, abis cedera bola itu..)

W/bagaimanapun, seguni TAHNIAH diucapkan kepada both teams laki pompuan Sektor C-JPN (depa la tu!) kerana berjaya jadi JUARA bolibol inter sector depa.. (x sia2 kami trained depa kat Sek.Batu tepi ofc kami ni...) hahaaaa...

Friendly match kami akan diteruskan pada setiap petang Jumaat. Insya Allah..
MAJULAH SUKAN UTK NEGARA & diri sendiri!

*h/met=Head Sektor. sbb tu beliau semangat beli bola.
depa juga berjaya menggodol kejuaraan dlm badminton. (berkat raket sponsored-FOC kasut badminton oleh h/metnya...)

Tips kuruskan badan & kempiskan perut & sihat.


hehe...
akhirnya blog ini ada menyediakan tips seperti nama yang diberi. ape daaaa...

Puan2, Cik2, & all readers,
Berikut dinyatakan beberapa tips yang bersesuaian dengan tajuk di atas. Sesuai utk semua golongan/jantina. :)

1. Niat - mesti betul, utk kesihatan diri sendiri dan tanggungan kita. Ingatlah orang yang t'sayang.. Bukan sebab nak menunjuk/pakai cekci2 di tempat awam.

2. Mind set - kita yang kawal minda kita. So semua kelakuan kita mesti di jalan yg lurus, supaya misi/visi dapat dicapai. Jangan sesekali makan ikut perasaan! Bayangkan kesan obes & ancaman penyakit t'lebih makan & kos rawatannya kelak!

3. Gantung baju/seluar kegemaran pada tempat yang senang dilihat. (eg: tepi cermin meja mekap). Bile dah tengok hari2, mesti semangat nak b'senam tu terus m'bara. cewah!

4. Kunyah byk kali sampai hancur/makan pelan2.. ikut sunnah Nabi.

5. Jangan mkn b'sulam air, supaya tidak m'ganggu peristalsis anda & kurangkan minuman /makanan manis.

6. Kurangkan ayam komersil yg diinjek hormon gebuz tu & daging lembu. Makan ikan setiap hari bagus-brain food!

7. Sentiasa tarik perut ke dalam sama ada masa duduk/berdiri/b'jalan. So nampaklah kempis perut itu. hoho!!!!! tapi ini mmg elok utk postur bdn. nmpk segak je..

8. jangan diet YOYO - mula2 target turunkan 1/2kg je weekly & try maintain to ideal level.

9. Amalkan puasa sunat utk cuci perut yg penat bekerja tu.

10. Jangan pergi buffet. Kalau t'paksa pergi pon, ambil food sikit2 je supaya x t'kilan.. Biasakan makan sikit, makan utk hidup! Bayangkan kalau kite ni hidup di bumi Palestin..

11. Kalau berat anda dah > 5kg, bayangkan seguni beras kecil yg t'paksa dipikul ke hulu ke hilir. kalau >10kg=2 guni beras=1 guni beras besar. perrggghhhhhhhhh!!!!!!!!!

12. Biasakan jalan laju2, pakir kereta jauh2 & naik tangga.. hehe..

13. Sentiasa bersama dengan org2 yg positif n optimis utk kurus. Pengaruh kawan ni bahaya. Tapi klu kite istiqamah for 7 days consequently, Insya Allah akan berjaya & maintain amalan2 baik ni..

14. Buat la all 13 tips ni dulu..
kalau kaye, p la slimm' world. cepat b'kesan tu..

Saturday, July 17, 2010

kipas gergasi di IPTA


Kipas oh! kipas..

penat la nak menaip semula cerpen abangku itu. Ayat-ayatnya sangat aaa...mmmmm... ayat bahasa Melayu yang penuh sopan & tertib.

So lets take a break!
saje nak tunjuk kipas siling gergasi ni. (agak jakun sebab 1st time jumpa..hehe!)



*Kipas siling gergasi dijumpai di sebuah IPTA di utara tanah air. (dah jelas & nyata di cawangan negeri itu..)

Kipas ini dipasang di tengah-tengah bangunan 4 tingkat bertutup (kalau x silap). Deretan kerusi-kerusi merah & biru disusun di bawahnya itu adalah sempena minggu orientasi kot. Meja-meja biru belakang kerusi tu mungkin untuk sesi khidmat nasihat.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, walaupun kipas tu tinggi tapi ia mampu menyejukkan umat manusia di bawahnya. Kemampuannya mengkagumkan! Mesti susah nak pasang kipas itu..




*gambar ni diambil dari lantai. silau sikit. lagipong guna hp 2.0mp shj..

Sekian sahaja cerita saya berkenaan kipas gergasi. UiTM di hatiku!!!!!!!!!!

Dengan banggannya juga saya nak rekodkan KEW PA utk kipas siling cap Panasonic saya. (Laoban x jual cap KDK sbb mhl kot. Kualiti same maaaa...) Saya x dpt pastikan berapa lame la our old KDK tu telah b'khidmat kepada penghuni 15-2-4 ni. Beli kat kedai dpn Jln Miow = RM 165 (termasuk upah). Jaminan 1 thn. ok la kot caj tu.. Kalau ditakdirkan rosak, motor lah yang rosak tu-beli baru je.. yg mhl kos motor. bilah2 tu murah je.. Insya Allah kebarangkalian nak rosak=0 sbb kipas tu kat siling. Alhamdulillah umah ni tiada ancaman cik T. Biasanya makhluk tu je yg suke gigit wayar.. mmmm... sdp ke wyr tu?????

*gmbr kipas siling saiz normal, takyah upload laa...:)

Srikandi-iv

Lalu saban minggu meletuslah pertempuran berat sebelah antara pejuang Palestin dengan tentera Zionis. Peluru batu bertingkah dengan peluru timah panas. Pertembungan antara yang hak dengan yang batil, antara keadilan dengan kesombongan, antara darah dan air mata dengan ketawa bongkak bangsa laknatullah.

Ayah Naim; Sidik adalah orang harapan Syeikh Ahmad Yassin. Pengalamananya yang luas dalam teknologi maklumat telah digunakan sebaik-baiknya untuk menyatukan gerakan yang merobek-robekkan kemegahan Zionis. Sidik juga menggunakan kemahirannya untuk mencuri maklumat-maklumat rahsia tentera dan kerajaan untuk melakukan counter-attack yang melumpuhkan sebahagian kekuatan Israel.

Tetapi benarlah Allah mahu menguji hambaNya. Biar terbukti siapa yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Lantas suatu ketika seorang pembelot telah mendedahkan kegiatan dan peranan Sidik. Pembelot yang kenyang dengan habuan dunia itu tersenyum senang atas kesengsaraan saudaranya sendiri.

Telah tiga tahun ayah Naim ditahan di penjara rahsia. Setakat ini usaha untuk mengesannya belum berhasil. Namun begitu, usaha menjejakinya tetap diteruskan.

srikandi-iii

Dan melalui Hajarlah Shahrel berkenalan dengan Naim, seorang pelajar jurusan perubatan. Rakan sebilik Hajar, Naim berketurunan Palestin. Dia istimewa orangya. Perjuangan rakyat Palestin di tanah air mereka amat dekat dengan jiwa Naim. Api perjuangan itulah yang mewarnai perwatakannya. Ramai kaum keluarga Naim telah terkorban dan sedang berkorban nyawa bagi membebaskan tanah air tercinta dari belenggu besi Yahudi. Ayahnya sendiri sedang meringkuk dalam penjara Israel yang tidak ketahuan letaknya. Ibu Naim telah kembali ke rahmatullah hampir sedekad yang lalu meninggalkan Naim dua beradik dengan ayah tercinta.

Bukan mudah untuk mendekati Naim. Dia pendiam tetapi berjiwa keras. Ramai jejaka Arab yang membatalkan niat masing-masing terhadap beliau. Tetapi Shahrel yakin tujuannya murni. Niatnya cuma satu-mendalami sebaik mungkin pahit getir perjuangan rakyat Palestin melalui Naim. Darah yang mengalir di tubuh Naim adalah percikan darah syuhada. Denyut nadi Naim adalah dari getaran jiwa ribuan kaum ibu Palestin yang kehilangan suami dan anak tercinta yang dilepaskan dengan rela hati demi maruah dan agama.

Dari perbincangan mereka bertiga, tahulah Shahrel bahawa ayah Naim adalah orang kuat Syeikh Ahmad Yassin, seorang ulama lumpuh yang menggugat kekuatan Yahudi. Ulama inilah yang meniupkan semangat jihad ke dada rakyat Palestin agar bangun menentang keangkuhan regim Zionis yang kian bongkak menongkat langit. Dari balik gerigi besi penjara yang melingkarinya, di atas kerusi roda beliau terus menyemarakkan gerakan intifadhah. Rakan-rakan seperjuangannya yang sama-sama mempelopori intifadhah semenjak 1987 lagi tidak pernah menghampakan beliau.

srikandi-ii

Pun begitu, segala keindahan itu hanya mampu bertapak sebentar sahaja di kalbu Shahrel. Fikirannya menerawang jauh melewati tembok waktu. Detik-detik yang ditinggalkan begitu membekas dalam jiwanya. Meninggalkan suatu kenangan yang sukar dihakis dari sudut ingatan. Pelbagai perasaan - sedih, gembira, rindu dan sayu menyebabkan tali-tali kenangan itu sebenarnya suatu nikmat yang hanya terasa di tabir sanubari.

Tiga tahun Shahrel mendambakan diri di Jordan atau lebih tepatnya di Universiti Amman Jordan. Menghalusi dan mendalami bahasa Arab. Mengikut perjanjian dengan JPA, dia harus mencurahkan ilmunya nanti kepada anak bangsa sekembalinya ke tanah air.

Tidak pernah terlintas langsung di benaknya untuk menghadapi suatu realiti yang penuh pancaroba ini. Di Jordan, di samping mengkhusus dalam pengajian bahasa Arab, Shahrel mengambil subjek elektif Sejarah Moden Asia Tengah. Topik ini sememangnya menjadi minat Shahrel sebelum ke tanah Arab lagi. Segala pergolakan yang berlaku di sini, khususnya perseteruan Arab-Israel sentiasa diikutinya.

Tidak ramai rakan sekelas Shahrel yang mengambil subjek ini. Banyak pilihan lain yang ditawarkan memandangkan pelbagai latar belakang pelajar yang datang dari pelbagai negara. Hampir tiga perempat dari rakan sekelasnya itu adalah pelajar luar dari Jordan. Kebanyakannya rakyat Asia dan Eropah. Cuma lima orang sahaja yang sama kecenderungan dengan Shahrel.

Dan salah seorang daripada mereka ialah Hajar, rakyat tulin Jordan. Shahrel agak rapat dengannya dalam batas dan norma berperadaban murni. Sesuai dengan prinsip yang menancapi jiwa seorang muslim. Hajar agak terkehadapan dalam akademik. Jadi banyaklah perkara yang perlu dirujuk kepadanya.

Srikandi Abadi..

Perjalanan pada waktu malam sebegini kadang-kadang mengundang kebosanan. Kebanyakan penumpang lena dibuai mimpi. Dengkur-dengkur kecil kedengaran di sana sini. Ada juga yang asyik khusyuk membaca dan tak kurang pula yang mengelamun melayan perasaan masing-masing. Di luar sana langit hitam memekat dihiasi bintang-bintang yang bertaburan. Kerdipan bintang-bintang itu menari-nari mengikut rentaknya sendiri, menambahkan lagi pesona keheningan malam.

Sesekali pramugari lalu ke sana ke mari. Membetulkan selimut yang terjatuh atau menghiburkan anak-anak kecil yang tidak tenteram. Walaupun tubuh lesu menahan letih, namun senyum tetap meniti di bibir. Tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Di sudut sana, Shahrel termenung seorang diri. Kerusi di sebelahnya kosong tanpa penumpang. Menerusi jendela pesawat, matanya menikmati panaroma indah ciptaan tuhan. Jiwanya asyik menghayati suatu kesenian alam yang tak termampu dihuraikan oleh bahasa manusia. Lambang keagungan penciptaNya, seagung-agung Pencipta. Langit yang siangnya kosong membiru atau kadang kala dicelahi awan dengan segala bangsanya. Rupa-rupanya menyerlahkan segala keanggunannya pada malam hari yang sunyi. Hanya manusia yang halus perasaan dan mahu mengerti sahaja yang akan tenggelam diulit rasa kekerdilan diri.

LinkWithin

related posts with thumbnails