* Filem ini sudah ditayangkan (di pawagam sahaja) bermula pada 6 Januari 2011 (bukan sempena DOB). Nak tunggu tayang kat tv/Astro, lambat lagi kot..
# TIPS: kalau rasa takut menyesal tak best, silalah pergi hari Rabu (RM8 je).
Ulasan Cerita:
Dimulai dengan perang, perang & perang pada abad ke 14 (ada short scene Perang Salib-antiklimaks mood nak tengok!). Tapi bagi menghargai pihak Nuffnang, mestilah stay sampai habis:)
Bila ada scene perang, maka adalah pendekarnya iaitu bukan pendekar berkuda-blogger tu. Beliau ialah Nicholas Cage (macam kat poster tu laa..) Beliau bersama bff nya ditugaskan membawa ahli sihir yang disyaki ke satu tempat untuk menghapuskan wabak, yang dipercayai angkara ahli sihir itu. Banyak rintangan nak menuju ke tempat itu. Kena masuk hutan Wormwood, bergusti dengan serigala, lalu jambatan gantung yang nazak & kuasa sihir sekali. Sampai ada yang terkorban. Kesian..
Susah nak shooting ni. Costumes, pedang & set lokasi memang best. Rasa masuk ke abad tu.
bff~ingatkan garang tapi kelakar....tapi kan, macam ku kenal jer karakter ni (Tetibe teringat MsJ). |
Inilah ahli sihir itu. Jangan tak percaya, yang cantik sempurna itu tak semestinya baik...
# memang tak suka witch & yang sekutu dengannya sebab depa suka manipulate kaum yang lemah. Awas!!
Scene yang sangat cantik! |
14 comments:
So, kesimpulannya best ker tak best?
:):):) terbaeekkk!!!!
logorithm,
Mestilah BEST! tiket FOC maaa..;)
# kalau x do scene Perang Salib, lagi best..
Mknace,
merci beaucoup(*_*)
#pokcik ni selalu mengulas dengan ayat standard tu ;)
pendekar berkuda msti suka movie ni, hikk...
caliph shuriken,
agaknye kot!..hihi!
Ada scene naked ? Sekarang juga pergi !
sekarang ni malas sungguh nak gi tenguk wayang memalam..
x best sgt filem ni. tp ok la
touya,
mmmm... kalau touya pergi, 'scene' tu ghaib. witch buat magic!(**)
kak ina kl (1)
(kenape ade '1' tu?)
tengok kat umah lagi best kan!:)
bolehkuaklentang..
Kyuubi,
kecik ati mereka. tapi takpe, sebab depa tak bace komen ni. hoho!!
Bile nak nengok Khurafat?
wok J,
'nengok' la dulu.... (*_*)
Post a Comment