Selasa, 26 Mac 2013

Percutian Misteri di Moroccan Pavillion

Selamat datang ke Maghribi dengan hanya membayar tiket semurah RM3 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM1 rasanya.. Morocco dan Maghribi ialah sama ya.

Mungkin saya dan kawan saya ni sahaja yang mengalami insiden agak misteri di Morocco ini. Sebab  merayau waktu tengah hari buta kot! hehe!  

Taman Botani Putrajaya Moroccan Pavillion ini dibuka seawal jam 7 pagi dan ditutup 7 malam. Sila beli tiket di kaunter dulu. Agak jauh juga nak menapak ke pintu masuk Morocco ni. Senaman... hehe!

Taman Botani Putrajaya Moroccan Pavillion 

Misterinya berlaku di ruang gambar di bawah ini.
Banyak kali snap asyik tak jadi je. Mujur ada telefon bimbit Sony Ericsson 2MP ni.. Samsung tab gagal berfungsi dengan cemerlang ketika itu. Bila snap tempat lain, ok je..

Tempat misteri snap asyik tak jadi..

Taman indah ini dibina sejak Oktober 2003, idea Tun Dr Mahathir. Maka dapatlah saya merasa seperti melancong ke Maghribi. Tak mampu nak pergi Maghribi yang betul... Ada banyak bilik di Moroccan Pavillion. Anda juga akan dihidangkan dengan lagu Maghribi yang best!

Taman Botani Putrajaya  Morocco Pavillion
Jadual Waktu Operasi

Nak tengok gambar yang lagi best nan indah menawan, jenguklah blog bro Akubiomed & sayadankemerasaya.wordpress.com

*Tengah-tengah hari buta jangan merayau tau! Itu waktu 'mereka' aktif..




4 ulasan:

AkuBiomed berkata...

Tempoh hari pergi pun tak dapat masuk ke dalam kerana kaunter tiket tutup waktu tengahari berehat.

the malay male berkata...

dapat gak merasa macam kat morocco skit2

ghost writer berkata...

ada masa kitaorang terjah gak pavillion.

Tukang Karut berkata...

kenapa aku masuk dulu free je ek?

LinkWithin

related posts with thumbnails