Saturday, June 16, 2012

Resipi Aiskrim Durian EURO 2012


Aiskrim durian Euro


Sudah Sabtu.. yeay!!
Hujung minggu ialah hari makan-makan. Walaupon mesti ramai yang nak beriadah, jogging, berenang-renang di atas atas katil pada awal pagi hari, tapi aktiviti selepas itu mesti makan.. makan... lalala!

Sweden VS England 2-3 ni. Nyaris-nyaris England nak kalah. Ibrahimovic tu ikat rambut macam pompuan..

Baiklah, resipi aiskrim durian EURO 2012 ini sangatlah mudah. Kanak-kanak Institut Pengajian Rendah pon boleh buat.

Bahan-bahan:
1. Durian yang elok.
2. Tidak perlu gula atau pewarna. Sangat murah dan senang kan?

Cara-caranya:
1. Mula-mula kopek durian itu. Adik-adik sila minta bantuan orang dewasa yang pandai kopek durian ya. Tidak semua orang dewasa boleh buat ni.
2. Keluarkan isi durian dan masukkan ke dalam bekas jenama tupperware ya. Saya ialah ahli tepawe. Maka gunalah tepawe!
3. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk (bahagian beku).
4. Biarkan 2, 3 jam dan sedia untuk dimakan ketika menonton bola.
Selamat beraiskrim!! (>.<) 

**ada orang keluarkan biji durian tu dulu. Rasanya tetap sama..

Tips:
Bungkus sampah kulit durian & biji durian dalam surat khabar sebelum masuk plastik bagi mengurangkan bau aroma durian dan mengelakkan kecederaan. Kulit durian kan berduri tajam.. kalau berambut halus itu namanya rambutan. Kalau perlu dipulas itu namanya pulasan. Sekian, asal-usul nama buah-buahan Malaysia.



30 comments:

semutsengal said...

waalaikumusalam.

Unknown said...

habis ler satu peti ais bau durian.......
pelik.... keliling rumah remy ade pokok durian kat kampung...tapi remy tak mkn durian.....

blog-tips-kurus said...

Semut S,
semut muslim sejati ni... :-)

blog-tips-kurus said...

Remy H,
rugi.. rugi...
gunalah 'tepawe' kedap udara dan bau. ok maaaaaa... (>.<)

Asrul "iLham" Sany said...

eskrem sempoi :D

blog-tips-kurus said...

AiS,
dijamin HALAL.. :-)

akubiomed said...

Rasanya tak sempat buat ais krim sudah kena ngap.

Rain said...

tak leh jadik ni. sana sini story sal durian, ptg ni gak nk p cari

blog-tips-kurus said...

bro akubiomed,
oooo... tertakluk kepada terma la ni. :-)

blog-tips-kurus said...

Rain,
harap2 misi berjaya. dah laem tak ujan ni... :)

Nong Andy said...

salam tuan rumah,

saya nak makan durian.. tak nak ice durian.. haha

blog-tips-kurus said...

Nong A,
salam dear.

heeeee.... (>.<)

Nur-nba said...

Sedapnya... :) Kat sini kalau nak makan durian kena beli..

uncle gedek said...

biar betol... durian boleh buat eskrim!

LadyBird said...

salam akak... :D..
terliurla tgk durian tu...

blog-tips-kurus said...

Nur,
baliklah sini.. :-)

blog-tips-kurus said...

Uncle G,
iyoooooo!! (^.^)

blog-tips-kurus said...

LadyB,
maafkan... nak bagi jauh kan.. :)

Shawn Razaleigh said...

tak penah rasa weh. bak sikit

blog-tips-kurus said...

Shawn R,
jauh... jauh.... hehe!

Mak Lagenda said...

Owhh..ni namanya derian sejuk beku nih

khaifaiz said...

ni yg nak cuba ni

Unknown said...

uiiihhh ais krim durian tu...

blog-tips-kurus said...

Mak L,
yeaaaahhhhhhhhhhhh...
mak L mmg best!! (>.<)

blog-tips-kurus said...

KhaiF,
sila.. sila.. :-)

blog-tips-kurus said...

Nurul A,
hehe! hihi!

Amirul Nadzri said...

kui3x.."saya ialah ahli tepawe" patut la promote.. sungguh suci dan teramatamat mudah pembuatan eskrim ni..

faiz said...

Camtu je...senang btol...best ke?

blog-tips-kurus said...

Amirul VN,
hehe!
sudah cubakah???

blog-tips-kurus said...

Faiz,
peminat durian harus suka ini.. :-)

LinkWithin

related posts with thumbnails