Tuesday, March 27, 2012

Urut Boleh Turunkan Berat Badan

gambar kotaknya sahaja supaya tidak tergoda..


Faedah berurut:
*lancarkan peredaran darah, 
*bantu pertukaran oksigen dan nutrien antara darah dan sel-sel jaringan yang memulihkan dan kuatkan otot.
*boleh pecahkan lemak.

Urutan refleksologi:
*sentuhan pada titik tertentu pada kaki dapat rangsang metabolisme badan.
*makanya boleh turunkan berat badan.
*menjana ekonomi negara, kan....??!

fakta drpd Harmoni-Januari 2012


#Untuk keselamatan, hati-hati cari tukang urut ye.. 
#Salahkan celcom yang membantutkan proses blog-walking. Sabar.. sabar..

Friday, March 23, 2012

Tips Merapi Misai

Korang ada misai? Soalan ini tentunya bukan untuk wanita. hehe!

pinjam gambar blogberitabenar..tq!

Cara-cara merapikan misai:
1. Sikat misai menghala ke bawah. Guna sikat kecil je.

2. Syampu misai atleast 2 kali seminggu. Guna syampu biasa je & macam cuci rambut.

3. Untuk lembutkan misai, gunalah perapi rambut.
*tak perlu perapi khusus. Guna wax misai untuk kekalkan bentuk misai.

4. Rajin-rajinlah potong misai guna gunting kecil juga.
*Potong misai semasa ia kering je.

5. Sapu krim pelembap pada kulit yang ditutup misai.
*Rambut pada muka mengeringkan kulit.

Sekian menurut Doktor Gaya Kosmo. Sebarang surat-menyurat kemusykilan, sila tujukan terus kepada beliau.. Selamat trim misai korang!! (>.<)
*Kosmo 20 Mac 2012

*Bagaimana dengan result SPM 2011 anda?
Elfira Loy dah kena Panggilan Hangit Hotfm pagi tadi. Nasib baik korang bukan artis..

*Agak-agak Proton nak bagi nama ape kat P3-21a tu yek??!!

*Aku tak pernah p tengok F1 Formula One tu. Masuk litar Sepang tu pon tak pernah.
Situ panas kan?? (tu yang gadis litar F1 Formula One kena pakai cekci mekci...!)

Thursday, March 22, 2012

Petua '88888' Elak Berat Badan Naik.


Petua 88888, 8 tu ada 5 tauuuu!!

Berat badan naik ialah penyakit tidak berjangkit.
Kalau berjangkit,  'habislah dunia...'.

Menteri Kesihatan bagi petua elak berat badan naik '88888' ni.
Sebelum tu, siapakah nama Menteri Kesihatan? (jaman sekolah dulu kena hafal nama menteri. nak temu duga pon kena ingat nama-nama menteri. huh!!).

ok, pandaaaaiiiii!!! Datuk Seri Liow Tiong Lai. Siapakah nama isteri beliau? hehe! bu chidao maaa..!
(ada kawan perempuan aku siap ingat nama isteri, suami, mak bapak, family etc ARTIS! kawan lelaki pon ada juga yang berpengetahuan am (kategori artis) ni...

Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi petua elak badan naik iaitu amalkan kita mesti dan mesti amalkan Gaya Hidup '88888':
1. Makan sehingga 80% kenyang.
2. Makan malam sebelum 8 malam.
3. Minum 8 gelas air jarang.
4. Tidur cukup 8 jam.
5. Jalan kaki 8,000 langkah sehari.

*Ada berani??? 
sumber: Kosmo 20 Mac 2012

*Korang rasa kes culik Siti Nur Fatihah Mahadi tu ada konspirasi tak? 
Betul ke hari ini ada lagi kes budak perempuan berumur 15 tahun hilang diculik? Pahang lagi!!
Hari tu, anak Rozita Che Wan pon terhilang sekejap ye?





Tuesday, March 20, 2012

'Gen Tamak' Punca Gemuk

camne boleh terbalik ni??!!

Bdnf = gen tamak, penyebab obesiti.

Kalau makan banyak tak reti nak berhenti, 
maknanya gen Bdnf tu gagal isyarat kimia ke otak 
untuk bagitahu otak bahawa perutnya sudah kenyang.  

sila baca Utusan hari ini segmen Luar Negara.
utusan online pon bagi berita penuh lepas 6 petang.
suruh kita beli suratlkhabar le tu.. 


Monday, March 19, 2012

Idea Asal 'Rolling In The Deep' Adele Rebate Cukai

rolling.. rolling..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tarraaaaaa!!!

*Sudah 19 Mac. Ada 30 campur 12 hari lagi untuk isi e-filing anda.
Itu belum tolak waktu kerja, tidur, makan, blogging, ngumpat, membincangkan isu semasa, tv, balik kampung ziarah ibu bapa, keperluan peribadi dan sebagainya.

*Alat sukan=maksimum RM300. Kasut sukan tak boleh. Swimming suit pon tak boleh. Baca Akta Pembangunan Sukan 1997 para 46(1)(l).

*Komputer peribadi=RM3000 (bukan untuk perniagaan). Sekali dalam tempoh 3 tahun. 

*Beli buku/majalah=RM1000, bukan bahan bacaan terlarang ya.

*Simpanan SSPN pon boleh=maksimum RM3000.

*Broadband=RM500.

*Perubatan ibu bapa=RM5000 (cabut gigi dan tampal gigi boleh, scaling?)

*Medical equipment=RM5000.

*Banyak lagi kena study ni..


Friday, March 16, 2012

Hari Ini Blog Walking Je Sehingga 10,000 Langkah

tanpa caption..
10,000 langkah itu bersamaa berapa kilometer ya?
10,000 langkah = 4.5km kot!

Betulkah?? Maknanya walkathon dengan Dr Syeikh Muzaffar hari tu, hampir 20,000 km.
Kilometer tahu! hehe!

Selama ni, tak pernah larat nak jalan-jalan ke blog 643 orang followers blog ini (642 je kot sebab awal-awal dulu macam pernah terikut diri sendiri je). Terima kasih kerana sudi mengikuti blog ini. Maafkan saya kalau ada entry yang terguris hati dan perasaan atau terpengaruh dengan gejala tidak sihat yang ada secara tidak sengaja terselit di sini. (>.<)

Kepada bloggers yang sudi komen, start petang ni saya nak datang blog kamu yang hebat-hebat tu sambil mendobi baju (dengan bantuan mesin basuh separa automatik je!).

*Prepaid kad telefon nak kena caj 6% ni. Mahalnya!
*Beruntung jadi maid di Malaysia. RM700 untuk 1 kerja je tau!!
*Jom naik belon panas di Putrajaya Tapak Monumen Alaf Baru esok.  

Thursday, March 15, 2012

SEEFOOD Yang Mengecewakan!!

Maaf, tajuk penuh emosi tercalar hati dan perasaan..

aksi frust smack down pooh jadi mangsa!!

Anda sudah menonton SEEFOOD?
SEEFOOD ialah filem animasi Malaysia ok. Sokonglah produk tempatan. (>.<)
Tapi kenapa dalam bahasa Inggeris? Sebab untuk pasaran antarabangsa, kot! 

Berapa bintang nak bagi?
Kalau baru tengok 36 minit, saya dah sangap aka menguap cum terlelap beberapa saat dan belek jam pada telefon tangan/bimbit sebab rasa macam dah lamanyaaaaaaa duduk....!!!!

Secara jujurnya tanpa sedikitpun prejudis, watak Julius, Pup, Octo, ayam-ayam hot, ketam yang obses dengan buah kelapa dan kura-kura cop! penyu laaa.. kura-kura mana hidup dalam laut kan??? OK, watak-watak itu tadi memang comel. Cuma skrip awal sangat bosan. Lagu best pon takde! Dah hujung-hujung baru rasa menarik dan agak ceria. Sepatutnya tengok cerita kartun, mestilah rasa happy. Tapi saya dan Wok J (penaja tiket) sangat kecewa sebab rasa agak tertipu sebab macam indah khabar dan rupa daripada cerita sebenar. Mesej filem animasi ini bagus, suruh kita jaga alam sekitar, jangan mencemarkan laut. JANGAN!!

Anda jangan terpengaruh dengan luahan hati saya ni tau. Tengoklah sendiri..



Tuesday, March 13, 2012

Tips Membeli Kemeja

tiada model kemeja, ganti dengan dominos pizza je.

Bagaimana anda pilih kemeja yang sesuai dengan anda?
Mestilah anda pakar memilih kan? 
Atau kaum suami serahkan sahaja urusan tidak rasmi ini kepada para isteri yang arif lagi bijaksanasini..

Cara nak pilih saiz kemeja yang tepat ialah tengok kolarnya:

1. Titik fokus kemeja bermula pada bawah muka lelaki iaitu kolarnya. Biasanya saiz kolar ialah 14, 14 satu per dua, 15 dan 16. Ukuran saiz kolar yang betul ialah ikut dimensi leher iaitu di bawah halkum.

2. Kalau perimeter leher jatuh antara setengah inci, sila pilih kemeja yang kolarnya longgar sikit. Sebab takut kain mengecut lepas dicuci, kot....

3. Saiz kolar kemeja yang dipakai perlulah rasa selesa di bahagian leher.
*Selesa = tidak cengkam atau rasa tercekik terutama apabila kepala tunduk ke bawah.

4. Kalau nak test kolat ketat atau tidak, masukkan dua jari di celah antara butang dan leher. *Ia perlu muat dan selesa.

5. Titik kolar perlu sentiasa sentuh dada apabila pakai tali leher.
*Ia tidak sepatutunya terlekat atau ada ruang antara titik kolar dari dada, terutama apabila gerakkan kepala.

6. Kenalah ambil masa untuk fitting.. Selamat bereksperimen! :-)

credited: Mingguan Wanita Jun2010

**Penduduk Klang, PJ, KL, Hulu Selangor dan Kuala langat, sila simpan stok bekalan air secukupnya!! Start 8 pagi esok (Rabu), sampai 8 malam Khamis akan ada gangguan bekalan air di kawasan anda. Sebab kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 di Ijok. Sila baca Kosmo hari ini ya.

**Masa inilah yang sesuai lepak rumah abang, kakak, paman.. darurat! hihi!




Monday, March 12, 2012

Misteri Kidungmu

eleeeeee... tak takut pon!!


'Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
kau lakukan untukku.....'
-Mega Pasti-


'Tiada lagi kudengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu..
Yanya kesepian yang kian mencengkam
Jiwakuuuuuuu....'
-Lefthandend Tiada Lagi Kidungmu-

*KIDUNGMU itu ialah SUARAMU. Bukan hidungmu..


-dulu biasa jumpa perkataan 'lingua franca' (bahasa perantara) tapi di mana ya...

Saturday, March 10, 2012

Teh, Kopi atau Garam Untuk Wangikan Kaki.

Lif di Masjid Besi Putrajaya-Zon Tidak Berkasut.

Kaki mesti dijaga rapi sepertimana anda membelai anggota tubuh yang lain. Jangan anak-tirikan kaki kesayangan kita itu.

Tips cegah bau kaki yang biasa:
1. Bersihkan celah jari kaki setiap kali mandi.
2. Potong kuku kakimu. Sunat potong kuku pada Isnin, Khamis & Jumaat.
3. Kurangkan makanan pedas & berkalori tinggi. Kedua-dua anasir ini akan membuatkan badan kita mudah berpeluh & membiakkan bakteria.
4. Guna foot patch untuk buang toksin-penyebab kaki berbau.
5. Simpan kasut di tempat yang ada pengudaraan baik. Guna silica gel kalau simpan dalam kotak.
6. Guna kasut berasaskan kain. Kalau kasut getah/plastik, kaki cepat berpeluh sebab panas dan pengaliran udara yang < baik. 
7. Pergi spa dan suruh awek spa urut kaki kita. Best!
8. Jumpa pakar kalau semua cara di atas gagal. Nanti doktor bagi antibiotik untuk hapuskan bakteria degil tu.  

Cara luar biasa:
1. TEH- Rendam kaki dalam air suam, campur hampas teh. Rendam 10 minit je.
2. GARAM -  Guna garam macam cara di atas, sukatannya suka hati.
3. KOPI - bungkus kopi dalam kain bersih. Masukkan dalam kasut semalaman. Sukatannya agak-agak jelah!

Sayangi kaki anda. Kaki anda berurat timbul?? Boleh cuba petua ini. (>.<)

credited: Rapi Feb.2012 yang cover girlnya Neelofa.

Thursday, March 8, 2012

SBPA Dibatalkan, Pencen 60, Tips Kecikkan Paha


(tajuk yang tak menarik perasaan pon..!)
Ketika ramai bloggers, pakcik, makcik, abang, akak dan adik membincangkan isu SBPA dibatalkan dan SSM ditambah baik serta tidak ketinggalan juga umur persaraan wajib 60 atau 58 tahun, (panjangnya ayat!), tatkala itulah aku sibuk cari tips dan senaman nak kecikkan paha,  punggung, betis bunting padi (kenapa mesti padi??) dan lengan batman. 

Yeahhh!!!
Aku dah jumpa senaman nak kecikkan paha tu. Cara semulajadi lebih selamat, kan? Boleh tengok di You tube 'The Right Way To Do Squats'. Boleh juga melayari kelabdiet.com. 

Aku target Hari Wanita tahun depan akan ada perubahan positif pada ukur lilit lower body ni. Tahun depan lama sangat wok!! Ok, kita set by monthly basis. Kalau capai target (yang dirahsiakan), aku akan reward diri sendiri dengan percutian ke mana-mana pulau di Malaysia sahaja, macam gambar di atas tu. Maklumlah, sekarang dah pandai berenang-renang di tepian. eksyen!! 

* Selamat Hari Wanita kepada semua wanita sejati. 
* Pelarasan kenaikan gaji 13% tu bila ye? Untunglah para penjawat awam..
* 'Suruhanjaya khas akan ditubuhkan untuk kaji perkhidmatan awam'. Ada jawatan kosong ni.
* Nak pencen umur 60 atau 70 sekalipun, kerjalah dengan seikhlasnya sepanjang masa. (>.<)
* Bersyukurlah kita sihat..


Tuesday, March 6, 2012

Tips Pilih Warna Baju Untuk Lelaki. Wanita Pon Boleh Baca..


bunga raya dekat seberang Gunung Kinabalu

a. Kalau anda berkulit gelap:
1. Pilih rona (warna) yang berlawanan dengan kulit.
2. Disyorkan warna cerah & lembut seperti putih, khaki, biru lembut, kelabu & pink. PINK???
3. Elakkan warna coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau.

b. Kalau anda berkulit putih:
1. Pilihlah warna terang, lembut dan pastel.
2. Disyorkan warna putih, coklat, biru terang, merah dan hitam.
3. Elakkan ungu, jingga (oren) dan kuning.

c. Kulit coklat paduan (sawo matang ke ni??!)
1. Warna terang & gelap boleh serlahkan kulit secara keseluruhan.
2. Disyorkan hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

1. Sila rajin untuk mencuba baju yang hendak dibeli. Fitting room selamat untuk anda..
2. Rona pakaian haruslah memperlihatkan diri anda > cerah.
3. Minta pendapat orang lain seperti isteri, kawan waima jurujual yang berdekatan..
4. Padanan kontra warna boleh disesuaikan antara kemeja dan seluar ikut kesesuaian.

credited: Mingguan Wanita Jun 2010


Sunday, March 4, 2012

Kaitlyn Maher bukan Anak Maher Zain

'Are you from New York?'
..... 'I'm from Amerghica!!'


*Kaitlyn Maher.
DOB 10.1.2004
Top 10 America's Got Talent 2008.

*Connie Talbot - Britain's Got Talent - Rolling In the Deep

*Caroline Costa Hurt - Incroyable Talent French TV - Hurt

*semuanya best! terapi hujung minggu..

Friday, March 2, 2012

Hilang Nafsu..

tidur senja
(tertidur sebenarnya...)
bangun 9 malam terus mandi manda
bingung pemikiran kepala
deraian hujan turun dengan lebatnya
waktu yang baik untuk berdoa 
tapi aku hilang nafsu & mood segala
dahla celcom broadband lembap - seperti biasa
tapi nafsu makan sentiasa aktif seperti sedia kala

kenapa ya???!
ceh!! kanak-kanak ribena nak membesar persisnya..

Damia semasa dalam pantang

tidur itu ialah mati yang sekejapnya
jangan tidur tatkala senjakala
buruk padahnya
titik

Thursday, March 1, 2012

Misteri Hotel Seri Costa Melaka

hotel seram. hehe!

Tengah lewat malam baca cerita misteri.
Kalau baca ini semasa waktu siang, kurang sikit thrill itu.
(sebenarnya nak menaip pon rasa thrill ni....)

cantik lampu Hotel Seri Costa..

Dua minggu lepas, saya dan colleagues (betulkah ejaannya??) menghabiskan masa hampir seminggu Februari 2012 kami di Melaka. Kami kena bertugas luar. Biasanya orang Melayu Malaysia lebih suka sebut 'outstation'. Hotel pilihan kami ialah Hotel Seri Costa, terletak berhampiran dengan hot spot bandar Melaka seperti Menara Taming Sari, gerbang pintu A'Famosa, river cruise, monorel yang sedang rosak, kincir angin, kincir air, kedai makan HALAL 24jam, kedai tujuh sebelas (7 Eleven), loji, Hotel Seri Pelangi dan Hotel Sunsui Melaka. Selain daripada itu, boleh berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, Newton dan Pahlawan Walk Market. Pasar malam minggu ala uptown pon dekat. Semuanya boleh jalan kaki je. Cukup target 10,000 langkah sehari tu.

Apa yang misterinya?
(Agak-agak bos hotel Seri Costa ni marah tak nanti?)  
Begini, pada awalnya, semuanya ok je. Semuanya bermaksud kemudahan bilik hotel, tv yang tak banyak chanel, chiller dan wifi takde tapi takpelah, kena iron baju di iron section hujung koridor (tak suka!!) dan cadar hotel yang diganti segera setelah didapati saya kegatalan. Sarapan? Menu wajib nasi lemak tanpa timun tapi sambal sedap (nasib baik!), mi/bihun goreng, buah upon request, minuman, roti, bubur dan tiada telur. Syukurlah nak...

Walau bagaimanapun, lewat petang Khamis malam Jumaat (hari terakhir kami di sini), saya telah dikejutkan oleh berita yang mengerikan bagi kaum wanita terutamanya iaitu jisim tubuh  saya naik sehingga lebih tiga ribu lima ratus gram. (Sengaja dieja untuk mengaburi mata anda!). Tentulah saya takut!! Misterinya Hotel Seri Costa ini! kan??!! Itulah bahayanya makan nasi lemak setiap hari dan duduk dalam air-cond je. Sesiapa yang cari tips gemuk di sini, anda boleh ambil ikhtibar daripada pengalaman saya ni. Setiap kali balik outstation, confirm jiism badan akan bertambah. Ngeri lagi misteri!!!

LinkWithin

related posts with thumbnails