Thursday, March 15, 2012

SEEFOOD Yang Mengecewakan!!

Maaf, tajuk penuh emosi tercalar hati dan perasaan..

aksi frust smack down pooh jadi mangsa!!

Anda sudah menonton SEEFOOD?
SEEFOOD ialah filem animasi Malaysia ok. Sokonglah produk tempatan. (>.<)
Tapi kenapa dalam bahasa Inggeris? Sebab untuk pasaran antarabangsa, kot! 

Berapa bintang nak bagi?
Kalau baru tengok 36 minit, saya dah sangap aka menguap cum terlelap beberapa saat dan belek jam pada telefon tangan/bimbit sebab rasa macam dah lamanyaaaaaaa duduk....!!!!

Secara jujurnya tanpa sedikitpun prejudis, watak Julius, Pup, Octo, ayam-ayam hot, ketam yang obses dengan buah kelapa dan kura-kura cop! penyu laaa.. kura-kura mana hidup dalam laut kan??? OK, watak-watak itu tadi memang comel. Cuma skrip awal sangat bosan. Lagu best pon takde! Dah hujung-hujung baru rasa menarik dan agak ceria. Sepatutnya tengok cerita kartun, mestilah rasa happy. Tapi saya dan Wok J (penaja tiket) sangat kecewa sebab rasa agak tertipu sebab macam indah khabar dan rupa daripada cerita sebenar. Mesej filem animasi ini bagus, suruh kita jaga alam sekitar, jangan mencemarkan laut. JANGAN!!

Anda jangan terpengaruh dengan luahan hati saya ni tau. Tengoklah sendiri..



34 comments:

Abang Karu said...

aaaa....x bes ke...? saya blom tgk lg....huhuuhuu

Unknown said...

nasib baik atok bukan kaki wayang....ngeee

LadyBird said...

salam akak..

lady x tengok lagi.. tp adik lady kata kagum..

kagum mungkin sebab bukan jalan cerite or lagu.. tetapi nilai hasilan daripada tangan rakyat Malaysia yang sudah mampu menghasilkan kartun sebegitu.. insya-Allah suatu hari nanti bukan setakat kartun je yg comel dan lincah, malahan jalan ceritenye juga turut menarik..

Unknown said...

~ lorr..tak bes eh..? tak jadik la nk bawak anak sedara..hemmm..

Mama Zharfan said...

tgh plan nak tgk ni...tak kisahlah boring ker tak heheh

JD Jen said...

x best ek cite seefood? boikot makan seafood laa pasni..eh?

dill said...

oh! saye belum tgk lagi. rasenye kalau tambah soundtrack mungkin lebih enak utk ditonton ye tak?

ape2 pun tahniah team Malaysia!

dill.

faiz said...

igtkan ape td...rupenye cerita..

logorithm said...

Dah agak dah...

Dari iklan TV, I dah agak ini mesti kes indah khabar dari rupa.

I rasa suara Julius tak sesuai. Macam suara orang kulit hitam.

Sepatutnya ada versi BM untuk tayangan tempatan...

Telor Power said...

tunggu softcopy dari kawan2 yg dah downloads la kalau mcm ni

AmirFX said...

Itu la tengok lagi cerita kartun kat wayang.. Lenkali tengok la cerita yang lebih dewasa sikit.. haha..

NasQ said...

ok... kena bagi sisuri baca ni... dia beria nak tengok...

ankeljonni said...

ye ke?... nasib baik aku ni kaki donlod2 je.... free... kehkehkehkeh..

tehr said...

Ingatkan singgah makan kat restoran mana la tadi

Abu Bagi said...

Eh.. Ni filem dlm panggung wayang ek... Apesal aku tak tahu..huhuhu.. Biasalah prodak Malaysia, banyak lagi yg nak kena improve

blog-tips-kurus said...

KJ,
tengoklah dulu ye. :)

blog-tips-kurus said...

atok SA,
kaki saya pon bukan wayang. hihi!

blog-tips-kurus said...

Lady B,
biasanya mesti ada perubanahan & kemajuan, kan..?! :-)

blog-tips-kurus said...

Orochi O,
budak-budak mungkin suka tu. (^.^)

blog-tips-kurus said...

sis MZ,
selamat menonton! (^.^)

blog-tips-kurus said...

JD Jen,
makan ikan je, seafood lain kena kurangkan yo.hihi!

blog-tips-kurus said...

dill,
tahniah! tahniah! (>.<)

blog-tips-kurus said...

Faiz,
ye.. filem animasi. :)

blog-tips-kurus said...

bro Logo,
mungkin kekangan bajet kot! tak perasan pulak suara si Julius tu. ;)

blog-tips-kurus said...

Telor P,
amboi!! ;)

blog-tips-kurus said...

Amir,
haha! kata nak sokong produk M'sia. :-)

blog-tips-kurus said...

TK,
bawalah beliau pergi tengok.. citarasa kan berbeza. ;)

blog-tips-kurus said...

Uncle J,
oooooo... biasa ni!
tapi tengok kat umah memang > best. (>.<)

blog-tips-kurus said...

bro tehr,
laaa... hihi! tak perasan yek? ;)

blog-tips-kurus said...

Abu,
produk luar pon bukan semuanya hebat, kan!!? ;)

akubiomed said...

Baik pergi makan Seafood lagi kenyang. :-)

Unknown said...

tp tgk promosi kt tv..mcm best je...

blog-tips-kurus said...

bro akubiomed,
makan.. makan... :-)

blog-tips-kurus said...

chii,
tengoklah dulu. citarasa kita kan berbeza-beza. :)

LinkWithin

related posts with thumbnails