Khamis, 30 Disember 2010

G.O.B.L.O.K!!!

*Berita penting: Esok=Jumaat=31.12.2010 ialah hari cuti peristiwa.
Malaysia Menang Piala Suzuki AFF 2010!*


Maaf, tajuk ni sangat kasar lagi tidak berhemah.

Sedikit emosional apabila terpandang gambar di bawah ini. 
Nampak tak bulatan biru tu? Malingsia??

Kepada sesiapa yang non-Jowo,  
'Maling' maknanya pencuri.
Sungguh kurang asam jawe mereka itu!!
(btw, siape name adik yg ditag dgn bintang 12 tu?)


pix: Utusan Malaysia, 30.12.2010

PA cakap, tok sah heran la dgn dakyah mereka tu. silau laser laa,
keeper kena gatal2 laaa.. ko memang gatal la tu!
Kan ramai warga negara tu bermastautin kat Malaysia bumi bertuah ni. Boleh tengok perangai pelik mereka bile berebut naik komuter. eeeeiiiii!!!! 

tapi kazen (pix below) ex-AirAsia cabin crew cakap,
PILOTs yang berasal dari Indonesia ni sangat berkarisma & gentleman.
could melt your heart laa..!! mmm..tu yg pilot, yg xxxx tu, xxxx jugak laa..

korang ingat best ke jadi cabin crew AA?
nmpk glamer mcm AwanDania tu, tapi pnt woooo.. x mcm MAS.
dia ckp la kan.. aku mane tau, x pernah jadi cc..


Elmie~kazen iaitu ex cikgu golf aku.

# Ramai bloggers buat entry bola. aku pon nak gak nyibok!
   Semoga prestasi sukan bola sepak negara terus meningkat:)
   Berusaha!!

* Malaysia jadi JUARA buat kali pertama. 14 tahun lepas,
   tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir. Betul?

Rabu, 29 Disember 2010

Tips Nak Kurus-Jadilah Anak Kedua, Nak Gemuk-Jadilah Anak Bongsu

Tajuk: Pemerhatian Terhadap Kekurusan Anak Kedua dan
          'Kecomelan' Anak Kebongsu Bongsu. 

1. Tujuan:            Mengkaji saiz anak kedua & bongsu.

2. Latar Belakang: Analisis ini sengaja dibuat sebab semacam
                           satu kebetulan di depan mata & memberi
                            rumusan  berkenaan hubungan saiz
                             dan kedudukan  anak dalam keluarga.

3. Skop:             Skop tertumpu kepada keluarga sendiri dan
                              orang sekeliling yang dikenali.

4. Penemuan: Sila rujuk gambar-gambar di bawah ^_^


5. Rumusan & Syor: a. Nak kurus   = jadi anak kedua
                                  b. Nak gemuk = jadi anak bongsu
                                  c. Lama 'membongsu' juga boleh jadi gemuk:)
                                *d. Syor a-c di atas tu, tak logik!!


Analisa adik beradik sendiri:

Ini buktinya:
* Yang sedang membotol itu ialah anak kedua, si kurus.
* Bapa mereka iaitu abang aku ialah anak kedua; kurus juga.

kuat minum susu je tapi paling kurus..FB & siblings


yang ni x masuk dalam pemerhatian sebab semuanya kurus.
team takraw ini sangat aktif; x macam anak ustaz/ustazah!


* Firdhaus 8 (kiri) ialah bongsu, Dinie 11 (kanan) ialah anak kedua.
* Mereka bukan adik beradik tetapi sepupu sepapat.

bergambar di parkir pasar malam.
^they love pink?^


* Alya 8 (kanan) adalah bongsu sehingga 20122010.
   (lebih kurang 8 tahun beliau jadi anak bongsu).

Alya & adiknya; Damia Hana'.


* Bukti sah bahawa bongsu selalunya comel! 
* Cucu terakhir tahun 2011.

Damia Hana'-at 6th & 5th day
#keputusan undi nama=muktamad!


* Bukti ini lagi sangat sah & jitu.
* Masa sekolah menengah, beliau sangat kurus kering, tapi kini kian 'membesar'
  seiring dengan perkembangan sains dan teknologi.

dulu XS, sekarang...hehe! :)
 
# ada seorang lagi bukti terdekat tapi tidak dinyatakan di sini bagi
menjaga kemaslahatan semua pihak:)

ibu NenE=bongsu, pon 'comel' juga tapi semenjak pantang
hingga sekarang, beliau sudah kurus sebab makan sambal kurus



Ahad, 26 Disember 2010

Tips Memasak & Memakan Mi Segera/Megi

Sape tak suke makan mi/bihun segera?
Jenama yang paling glam ialah Maggi.
Kalau p kedai pon cakap nak beli megi, padahal mi segera tu cap
PaMa, IndoMee, Cintan, Cintun, etc....

Sila kurangkan makan benda2 segera ni kalau rase x nak segera mati.
Ajal maut memang kuasa Allah tapi sila elakkan risiko penyakit kronik.

Iklan jam sentiasa pada 10:10 sebab jam pertama
dicipta & berfungsi pada saat dan waktu itu. STK
Apa bahan marabahaya yang ado pada mi segera itu?
Nak bagi tahan lama, mestilah banyak pengawet!
Mi segera akan dilapis dengan wax (lilin?) supaya tahan lama.
Wax ini hanya akan habis diproses oleh badan kita dalam
tempoh 4-5 hari sahaja.
So, makanlah sekali je seminggu-buat lepas gian!

* Bagaimana dengan jajan Mamee monster tu? no idea..

Berikut ditunjukkan cara-cara masak megi darurat.
(ofc ni ade pantry harem je!):

Rendam megi saiz XS-2 peket je!

sila toskan air lepas rendam sekejap tadi

Masukkan air panas yang baru & perencahnya.
jangan guna semua perencah, byk MSG tu..


makan mesti habis... Alhamdulillah.
TQ abg kantin ~ menaja polistrin & sudu tu:)

Tips makan megi:
Mulakan dengan doa sebelum makan, ikut bahasa masing-masing.
 Ambil sudu garfu atau kayu chop (kalau pandai guna!)
Sila makan perlahan-lahan dengan penuh bersopan santun
w/pon org x nmpk!
Dah habis, baca doa selepas mkn. Selalu bersyukur:)

 
Sekian. Amalkan cara hidup sihat ya!
#dulu pernah dpt emel pasal megi 50% halal di Indonesia iaitu perasa ayam & ba alif ba ya.. 

Khamis, 23 Disember 2010

Tips - Minta MC

bukan witch, bukan doktor..


Nak tau cara minta MC?
MC - not Master of Ceremony but it is a Medical Certificate.
Dalam Bahasa Melayu ialah
Sijil Cuti Sakit tapi orang Malaysia dah biasa sebut MC. Kalau sebut SCS, macam pelik!

Sepanjang 1.1.2010 sehingga awal Disember,
Alhamdulillah saya sangat sihat.
Buktinya graf palang berat bodi  semakin meningkat naik! (lower part lagi la berkembang dengan pesatnya. cehh!!)

Saya memang agak baik (orang cakap laa..!)
tapi memandangkan saya tak
nak pegang rekod BAIK sangat tu,
maka pada pagi hari Isnin-20.12.2010, saya menuju ke Klinik City untuk minta MC. 



MC ku ~ tahun 2010
Saya tak tipu doktor, (tak baik menipu orang baik terutama kawan sendiri!)
Berikut adalah skrip mantap saya:

        * Doc, i got heavy migraine last nite.  I could not have enough sleep. Normally, i sleep for > 5 hours. Children must go to bed early & have enough sleep:)

        * Today, when i got up, i got dizzy spinning head like gasing. Maybe it was because i cried too much last nite. I didn't take any pain killer as it could kill me earlier..  

            * Furthermore, my left leg is terseliuh (sprained?). I couln't squat properly as usual. It affected my 'daily routine nature task'!

Setelah doktor meneliti hujah2 itu, beliau pon meluluskan cuti sakit
selama 1 hari sahaja. Syukurlah nak.. Doktor ni sangat susah bagi MC.
Saya pergi klinik ni sebab nak buat rawatan susulan berkenaan sesuatu.
Sebab tu, cajnya agak mahal. 

inteprem new cucu girl tembam
name? sedang diundi!!

 
TIPS untuk memudahkan permohonan MC:

1. Sila bercakap benar dengan doktor anda.
2. Jangan terlalu ceria, sah2 doktor x caye kite sakit!
3. Jangan pakai lipstik atau mekap -
biar nampak pucat je.
4. Pakai t-shirt, seluar track & selipar gombak je - nampak sempoi.
5. Eloknye lari 100meter atau turun naik tangga dulu. Makanya, heart beat laju nanti..
6. Bawa tuala 'selamat pagi' - cover batuk/flu, kononnye.
7. Pakai sweater pon bagus - kadang2 air-con klinik sangat sejuk!
8. Sebarang risiko akibat no. 2 hingga 6 tu,
sila tanggung sendiri ye!! at your own risk kate arwah embah uyot aku !!

# Baru perasan, tahun lepas pon 1 hari je MC iaitu pada 20.11.2009! (No. 20 sangat rapat dengan diriku..) Alhamdulillah, diberi kesihatan yang sangat baik.. ^_^ 

# Dr Sudzi (schoolmate) pesan, jangan dah petang atau malam baru pi klinik. Then bagi alasan keciritan, migraine, period pain.. Nampak sangat tipu. Nanti Allah bagi sakit teruk, baru tau! Ingat tu..




Selasa, 21 Disember 2010

Seasons of the Witch is Here

Season of the witch

What scares U the most about WITCH?


I scared..!!!!!!!!!
~ not because of your ugly appearance (cewah!) 
  but to your black magic.

1. I wonder if & if you disguise yourself as one of my friend then U propose me. To make things worse,
U charmed me & I fell in love with U without conscious!
Hoooo.. (inhale) My husband is a witch?
ngeh! ngeh! ngeh! gggrrrrr!!!


credit to ruthie822.blogspot.com


2. I scared if while U're chanting your magical words in
casting spell, U misspell-call my name. Abracadabra! !
Then I turn into a gold & U sold me to
Uncle Wah Chan for $$. Cissss..How dare U!!

credit to www.delraycc.com

To all witches,
don't come to me or disturb my family/friends,
as i'm more witch than u. hohoho!!!!!!


 SEASON OF THE WITCH ~ 6.1.2011:


In the supernatural thriller Season of the Witch, Nicolas Cage stars as a 14th century Crusader who returns with his comrade (Ron Perlman) to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch (Claire Foy) to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest (Stephen Campbell Moore), a grieving knight (Ulrich Thomsen), an itinerant swindler (Stephen Graham) and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight (Robert Sheehan) join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardizes the knight’s pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destrustive force.


counting the days.. - put a reminder!





Jumaat, 17 Disember 2010

Tips - Apabila ATM 'Out of Service'..

Jangan marah atau tertekan apabila ATM itu gagal berfungsi.
(mane tak marah! penat2 menapak ke bank atau cari parkir atau beratur pendek,
alih-alih sampai giliran kita, Out of Service!)

Teknologi moden sepatutnya membantu tetapi kerosakan teknikal itu adalah
di luar jangkaan. Harap sabar ya:)
(kenape kene caj RM1 setiap kali nak cetak penyata akaun sendiri?!)

Apabila kertas putih ditampal, maka
maknanya 'luar perkhidmatan'!

Tips 1: Ambillah kesempatan ini untuk merakam gambar kenang-kenangan
          di sisi mesin itu.

model biase menten ayu w/pon bengang!
mujur ini bukan mesin keluar $$:)

Tips 2: Sila shopping benda murah untuk hiburkan hati.
           ^Shopping is always the best therapy^

Sangat gumbira!!
same2 beli brooch tanpa dirancang.
~ tudung oren je yg available. Pn Linda (kanan) tu 113 ~

Tips 3: Jalan-jalan/beli tingkap di kedai-kedai sekitar bank tadi.
            * 'Beli tingkap' boleh membantu kita buang kalori *

Model tu lagi dan si dia. Sape lagi gebuzz?


kami masuk CCTV kerana terlampau kiyut

** Sekian. Yang baik jadikan teladan :)



Rabu, 15 Disember 2010

Tips ~ Detoks Paling Murah

Nak detoks paling murah?
Senang je, percuma pulak tu. Cuma rajin dengan tak je..


Dior suruh kot!
Caranya ialah dengan dengan membuat
renggangan selepas bersenam.

Sangat senang kan?!
Maknanya kenalah rajin-rajin bersenam.

luruskan kakimu..

Jangan lupa, warm up dulu sebelum bersenam tu. Dalam 2-3 minit je:)
Warm up boleh kurangkan kecederaan sebab otot tak lagi sejuk.

Pok cik (seperti gambar ni=Zinedine Zidane aka ZiZou)
yang 'tere' main bola ni pon warm up & down tau!
Regime angkat kaki seperti di atas tu senang je bagi yang biasa buat,

yang biase laa..


fokus pada kaki sebab
beliau main bola sepak

Begitu gigih beliau warm up ke down ni...?
Ready air jarang sebotol!

ini bukan warm up..
Gambar di atas bukan warm up/down kepala. Harap maklum..

* cam biase, TQ uncle gugel for the nice pics w/pon kecik!!



Selasa, 14 Disember 2010

Points on How to Improve Your Life - i




**LIFE:**

1. Put ALLAH first in anything and everything
that you think, say and do.

2. ALLAH heals everything

3. Do the right things

4. However good or bad a situation is, it will change

5. No matter how you feel, get up, dress up and show up. The best is yet to come

6. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful

7. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it

8. If you know ALLAH, you will always be happy.
So, be happy :)




**While you practice all of the above, share this knowledge with the people

you love, people you school with, people you play with, people you work with

and people you live with. Not only will it enrich YOUR life,

but also that of those around you.*

~Email from PnZiraexKUAD~

























Jumaat, 10 Disember 2010

Beli Matahari..

To Ms Angeles Duran,
Are you the owner?!

* INDIVIDU boleh daftar pemilikan terhadap planet/bintang.
 Sape nak boleh daftar di sebuah notari awam.

Peliknya manusia barat ni..
kenapa sampai macam tu sekali? kesiannye..


aku dan matahari..@ GH



Bukan angsa aku..

Bukan naga aku..


surat khabar the Sun-online je!
NO SANDIWARA!!!

# lagu Matahari yang Agnes Monica nyanyi tu best jugak..
   kenape PA sangat suke lagu tu? mesti ade sesuatu..

Rabu, 8 Disember 2010

Ukur Dulu!! Tips Nak Kecikkan Paha-Siri 2

Kata pakar, 'Jangan timbang berat setiap hari'.

Ukur bahagian badan yang bermasalah dengan pita ukur 
adalah lebih berkesan untuk memotivasikan kita.
* Ukuran akan menunjukkan perubahan pada bentuk badan *

Sila ukur dari awal sesi & bandingkan progress pada setiap minggu.  
Setkan 1 hari yang same setiap minggu; contohnye:
- ukur/timbang pada setiap pagi Isnin sebelum sarap. 

- cara nak ukur: (rujuk buku di bawah m/s 15)
i.      PAHA    - 1/4 of a way down upper leg
ii. BOTTOM   - ukur bahagian punggung yang paling lebar
iii. PINGGANG - ukur the narrowest around belly button
iv. BUST         - measure over nipple line

Total Body Plan-Lucy Wydnam-RM19.90
kebaya ditaja ik-sebab model seksi nampak ketiak & pusat!

* UKUR! Jangan tak ukur!!
* ik - under progress.

Isnin, 6 Disember 2010

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

* Doa Akhir Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) pada hujung Asar, sebelum Maghrib ~


Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami,
perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan
yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya
padahal Engkau Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya
(Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami
malah memberi peluang supaya kami bertaubat
selepas kami melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian mohon keampuanMu.

Ya Allah,
ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini yang Engkau redhai
dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka kami pohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti)
yang telah kami lakukan itu
dan Engkau tidak menghampakan harapan kami
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah 



* Doa Awal Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) selepas solat Maghrib ~

Doa Awal Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,
sedia ada, tiada permulaan
KelebihanMu Maha Besar 
dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan
Tibalah sudah tahun baru
kami mohon daripadaMu agar terpelihara kami sekalian
dalam tahun baru ini daripada tipu daya
syaitan-syaitan yang terlaknat
juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya

Dan kami mohon daripadaMu 
pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah
(nafsu yang mendorong kepada kejahatan)
kami mohon juga kepadaMu Ya Allah
rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan
yang boleh mendampingkan diri kami kepadamMu
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung Lagi Mulia
Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat 






Jumaat, 3 Disember 2010

Tips - Nak Kecikkan Paha

Dah lame berazam nak buat, tapi asyik projek terbengkalai je..
Dengan wujudnye n3 ni, maka secara rasminye aku mencabar
diri sendiri untuk mengecilkan ukur lilit (mane2 yang patut),
sebelum 2011 menjelma! (28 hari je lagi)

Itupon sebenarnye sebab tercabar dek sindiran halus tapi tajam
daripada 1 of nieces ~ pre-school girl, last 3 years! 

Tips ini digeledah dari internet, tapi dah lupe sumber yang tepat.
(Rasenye boleh dipercayai). 

1. Jangan jogging/cycling - aktiviti ini
    boleh m'besarkan saiz kaki.
2. Mesti rajin stretch' kaki, lunges,
    crunch & squat.
3. Berenang pon bagus, buat frog style
    (kalau pandai!!)
4. Untuk kesan yang lebih cepat, sapu
    slimming gel pada part yang bermasalah
     tu sebelum b'senam.
5. Teknik mesti betul. Contoh crunch
     macam gambar di bawah:
    (Atikel lengkap dalam Her World-
      Jan 2010)



Basic crunch untuk kecikkan paha.


* Kita mesti enjoy semasa b'senam.
   Sila beli cd yang sesuai dengan target
   & objektif senaman.

   Contoh: Great Buns & Thigh
                 Step Workout ~ Kathy Smith.

    # TQ Cik Nor for that lovely cd:)

LinkWithin

related posts with thumbnails