Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

* Doa Akhir Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) pada hujung Asar, sebelum Maghrib ~


Doa Akhir Tahun

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami,
perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan
yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya
padahal Engkau Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya
(Tuhan tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami
malah memberi peluang supaya kami bertaubat
selepas kami melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian mohon keampuanMu.

Ya Allah,
ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini yang Engkau redhai
dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka kami pohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti)
yang telah kami lakukan itu
dan Engkau tidak menghampakan harapan kami
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah 



* Doa Awal Tahun dalam Bahasa Melayu *
~ dibaca (3 kali) selepas solat Maghrib ~

Doa Awal Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang   

Segala puji itu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya,
sedia ada, tiada permulaan
KelebihanMu Maha Besar 
dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan
Tibalah sudah tahun baru
kami mohon daripadaMu agar terpelihara kami sekalian
dalam tahun baru ini daripada tipu daya
syaitan-syaitan yang terlaknat
juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya

Dan kami mohon daripadaMu 
pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah
(nafsu yang mendorong kepada kejahatan)
kami mohon juga kepadaMu Ya Allah
rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan
yang boleh mendampingkan diri kami kepadamMu
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung Lagi Mulia
Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat 






6 comments:

ashraf said...

dah bace doa tadi :)

blog-tips-kurus said...

ashraf,
baguslah nak..:)

anak jati johor said...

Alhamdulillah, aku pun dah baca..

anak jati johor said...

Alhamdulillah.. Semua dah selesai.. Aku & is3 dah baca utk akhir tahun, dolat maghrib & baca utk akhir tahun.. Amin. Semoga semua urusan dipermudahkan samada didunia mahupun akhirat..

Unknown said...

Kalau dah abiz baca doa akhir tahun kena baca doa awal tahun

Unknown said...

Kalau dah abiz baca doa akhir tahun kena baca doa awal tahun

LinkWithin

related posts with thumbnails