Wednesday, October 31, 2012

Petua Kurangkan Jerawat Badan

ini bukan daun jambu batu tau!!

Anda ada masalah jerawat pada badan tough atau gebu masing-masing? (Takpe, boleh jawab dalam hati je.. hehe!)
Biasanya jerawat nakal ni wujud di bahagian belakang badan tu.. ntah apa-apa jerawat ni..

Petua untuk kurangkan masalah jerawat nakal pada badan tu senang je.
Mula-mula cari daun jambu batu. Petua Berita Harian ni tak nyatakan speksifikasi daun jambu batu itu. Silalah anda cari daun yang molek ya. Kalau dah lupa rupa fizikal daun jambu batu ini, boleh cari di google image.. Setelah daun jambu itu dicuci, sila giling daun jambu batu tersebut. Mampukah??? kuang! kuang!
(Bolehkah kalau kita blend je daun jambu itu? ok kot!)
Kemudian, kita sental daun jambu batu yang sudah digiling itu pada badan kita yang berisiko jerawat tadi.

Daun jambu batu juga boleh digunakan untuk merawat jerawat muka, kudis, ruam, kencing manis dan seriawan mulut. Seriawan mulut ialah ulser ya. Boleh klik utusan ini. Sekian.



WW 20: Yaris Master of Parking



aparment di Ukraine

Monday, October 29, 2012

Senaman Tulis Nama Guna Kaki

Jangan bersenam jangan membotol, ok!

Ini adalah senaman untuk orang malas (macam kita).
Senaman yang menyeronokkan ini boleh membentuk paha yang cantik dan dan kempiskan perut.

1. Mula-mula kita baring atas tikar yoga (atas tilam pon ok kot!)
2. Kedua-dua tangan di sisi, tapak tangan facing down.
    Bukan macam tangan model kenit di atas tu ya..
3. Angkat kaki kanan lurus ke atas dan mulalah mengeja di udara.
4. Then tukar kaki kiri dan ejalah nama orang tersayang pula. cewah!
5. Teknik pernafasan kena jaga ni. Kita mesti kena rasa sedikit tekanan di bahagian perut. Motifnya kan sambil mengempiskan perut..

 Selamat bersenam! Lepas raya haji kena rajin bersenam..  (>.<)




Friday, October 19, 2012

Mirror Diet


Mirror, mirror off the wall..
mirror, mirror on the wall..

jalan-jalan jumpa blog awek ni.. www.ayearwithoutmirrors.com/
boleh ke diet cermin tu ya? 


Tuesday, October 16, 2012

Oat Hilangkan Jeragat.


Suka makan oat tak?
Kalau ada masalah jeragat, boleh cuba petua ini:

1. Tumbuk segenggam oat sehingga halus.
2. Campurkan dengan putih telur.
3. Sapukan 'adunan' tadi pada wajah mulus kita.
4. Selepas suku jam, bolehlah cuci wajah mulus kita itu.

*Disyorkan agar wajah mulus kita dalam keadaan bersih sebelum ditepek dengan 'adunan' oat ini. Boleh guna oat expired tak?

Petua ini juga boleh haluskan wajah, kata Puan Salmah Harun yang berasal dari Perak ini.   

Saturday, October 13, 2012

Dato' Siti Nurhaliza dan Upin Ipin di Halfest 13 Oktober 2012

Semalam beli Kurma Palestin. Mari beli produk Palestin.

Anda peminat Dato' Siti Nurhaliza dan Upin Ipin?
Tak minat takpe.. Kalau nak jumpa mereka, datanglah ke Halfest hari ini.

Bertempat di PWTC, 9pagi hingga 9malam.
Masuk percuma. Parking je kena bayar. So baik naik LRT atau komuter yang semakin efisyen tu.

Program Dato' Siti ialah pada jam 12.00 hingga 1.30 petang sahaja. Cari di booth Chef Zam iaitu di Dewan Tun Razak 1, Pentas Utama PWTC.

Chef Wan pon ado ni. Peminat beliau kan? Program dengan Chef Zam juga tapi pada jam 4.30 petang.

Nak jumpa Upin Ipin tunggu jam 6petang ye. Cop! cop! Korang mesti peminat Jamu Mak Dara kan? haaaaaa.... Segmen beliau ialah pada jam 2.30petang. So lepas Dato' Siti ya... :)

Segmen bersama Izara Aisyah, Neelofa, Jamal Abdillah, Alyah dan Kak Ogy Ahmad Daud dah lepas ya. Harap maklum... 

Tips pergi Halfest:
1. Ada banyak sangat gerai dan ramai orang. Elok pakai kasut sukan.
2. Disyorkan ibu bapa pakai baju sama warna dengan anak-anak kecil. Senang nak cari kalau hilang.   
3. Troli kecil disediakan khas oleh Giant untuk memudahkan anda membeli, memborong dan bayar dulu sebelum 'blah'.
4. Kena daftar dulu (percuma) di Kaunter Pendaftaran tingkat 2 PWTC atau pintu masuk Dewan Tun Razak (dekat Perkim Jalan Ipoh). Nanti baru dapat sticker bulat tampal di dada, ok!
5. Buku Panduan Pengunjung Halfest diberi selepas mendaftar.
6. Ada banyak produk makanan, pakaian, kosmetik, peralatan kesihatan. Booth Pusat Zakat pon ada.
7. Surau di Aras 3, PWTC. Dekat pintu masuk PWTC sebelah Hotel Seri Pacific pon ada surau.

Halfest ialah Halal Fiesta Malaysia iaitu Ekspo Halal terbesar Malaysia ditaja oleh CIMB Islamic dan bermula pada tahun 2011 (ada  lucky draw, inilah jawapannya!). Anjuran bersama HDC, MARA dan JAKIM.


Wednesday, October 10, 2012

Tuesday, October 9, 2012

Petua Hilangkan Kesan Hitam Pada Ketiak


ini pokok apa? ada buah..

Ketiak ialah bahagian bawah lengan anda dan saya. Guna istilah ketiak lagi best kan...!

Anda tentu tidak gembira kalau bahagian bawah lengan anda berwarna lebih gelap daripada warna normal kulit anda yang lain kan? kan? kan? Usah risau.. Mari kita cuba petua ini:

* Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Digalakkan guna air bertapis. Kuantitinya sekadar cukup-cukup je.. Sapukan pada bahagian bawah lengan atau bahagian lain yang bermasalah seperti di celah paha. Amalkan dua tiga kali seminggu ya. Petua ni tak cakap le pulak nak sapu untuk tempoh berapa lama. Kita anggap je sehingga dah agak kering. Lepas kering elok mandi la kan? Itu pon tidak diberitahu..  

**Ini hanyalah ikhtiar kita. Semoga Allah perkenankan usaha ini..  :-)



Friday, October 5, 2012

Resipi Brownies Paling Senang Kompem Jadi


Resipi Brownies Paling Senang Kompem Jadi:

A
1.1/2 cup butter/vege oil
2. 1/2 cup sugar
3. 1 tsp vanilla
4. 2 large eggs

B
5. 1/4 tsp baking powder
6. 1/3 cup cocoa powder
7. 1/4 tsp salt
8. 1/2 cup flour
9. 1/2 cup nuts

1. Heat oven to 180C.
2. Mix butter & sugar until well blended.
3. Add eggs & vanilla till blended.
4. Mix B in separate bowl.
5. Stir B into wet mixture (use spoon only)
6. Mix just until everything blend together. Don't go high on this..
7. Pour into grease pan.
8. Bake 20 mins.

*tiada gambar brownies bukan sebab tak sempat snap dah ngap. Tapi sebab belum sempat buat!! hohoho! Sila google image sendiri ye. (>.<)







Tuesday, October 2, 2012

Tips Kutip Benang dan Rerambut

contoh situasi, guna jari pon boleh!

Borang BR1M mula diedar bulan ini. Ada orang nak belanja saya tak? hihi!

Anda selalu menjahit di rumah?
Atau anda ada masalah keguguran rambut?
Tak pon memang habit suka cabut rambut gatal atau uban.. kan??!

Cara pantas untuk membersihkan lantai atau karpet daripada bahan buangan tersebut ialah guna selotep di atas. Namanya masking tape ke tu? Tape itu ada banyak saiz, better beli yang bersaiz lebih lebar.

Selamat mencuba! (>.<)

**Tiz Zaqyah dah berpisah dengan Remy Ishak?
**Yuna dan Qi juga dah berpisah?
..tidak memberi kesan kepada akaun bank saya pon..


Monday, October 1, 2012

Istilah Popular Dalam Twitter


Siapa tiada akaun Twitter?
Sayalah itu dan saya ok je. huhu!

Kenal Encik Johardy Ibrahim?  
Beliaulah yang tulis artikel pasal Twitter ni. Sebut 'twi-derr' maka bunyilah gaya Amerika. hehe! Katanya lagi, seseorang itu mengutus tweet untuk mendapatkan perhatian. Jika anda menafikannya, elok anda tulis dalam diari sahaja.. Jika anda benci jadi perhatian, elok anda berhenti menggunakan internet sama sekali. (ini ayat-ayat beliau) fuuhhh...!!!

Istilah Popular twitter Yang Saya Perlu Tahu:
1. wtv: whatever
2. ykyat: you know you're addicted to..
3. yoyo: you're on your own
4. kk: kewl kewl (cool cool). ???? (kenapa ejaannya begitu?)
5. ICYMI: in case you missed it
6. idk: i don't know
7. BFN: bye for now

Troll/Bash: situasi atau kaedah menyakitkan hati orang menerusi internet, menggunakan dialog secara sengaja, licik dan rahsia. Anda boleh kesan menerusi ayat yang berbaur negatif, mengutuk atau menyindir.

Mingguan Malaysia 30 September 2012

*Seronok ke ada twitter??


LinkWithin

related posts with thumbnails