Sabtu, 13 Oktober 2012

Dato' Siti Nurhaliza dan Upin Ipin di Halfest 13 Oktober 2012

Semalam beli Kurma Palestin. Mari beli produk Palestin.

Anda peminat Dato' Siti Nurhaliza dan Upin Ipin?
Tak minat takpe.. Kalau nak jumpa mereka, datanglah ke Halfest hari ini.

Bertempat di PWTC, 9pagi hingga 9malam.
Masuk percuma. Parking je kena bayar. So baik naik LRT atau komuter yang semakin efisyen tu.

Program Dato' Siti ialah pada jam 12.00 hingga 1.30 petang sahaja. Cari di booth Chef Zam iaitu di Dewan Tun Razak 1, Pentas Utama PWTC.

Chef Wan pon ado ni. Peminat beliau kan? Program dengan Chef Zam juga tapi pada jam 4.30 petang.

Nak jumpa Upin Ipin tunggu jam 6petang ye. Cop! cop! Korang mesti peminat Jamu Mak Dara kan? haaaaaa.... Segmen beliau ialah pada jam 2.30petang. So lepas Dato' Siti ya... :)

Segmen bersama Izara Aisyah, Neelofa, Jamal Abdillah, Alyah dan Kak Ogy Ahmad Daud dah lepas ya. Harap maklum... 

Tips pergi Halfest:
1. Ada banyak sangat gerai dan ramai orang. Elok pakai kasut sukan.
2. Disyorkan ibu bapa pakai baju sama warna dengan anak-anak kecil. Senang nak cari kalau hilang.   
3. Troli kecil disediakan khas oleh Giant untuk memudahkan anda membeli, memborong dan bayar dulu sebelum 'blah'.
4. Kena daftar dulu (percuma) di Kaunter Pendaftaran tingkat 2 PWTC atau pintu masuk Dewan Tun Razak (dekat Perkim Jalan Ipoh). Nanti baru dapat sticker bulat tampal di dada, ok!
5. Buku Panduan Pengunjung Halfest diberi selepas mendaftar.
6. Ada banyak produk makanan, pakaian, kosmetik, peralatan kesihatan. Booth Pusat Zakat pon ada.
7. Surau di Aras 3, PWTC. Dekat pintu masuk PWTC sebelah Hotel Seri Pacific pon ada surau.

Halfest ialah Halal Fiesta Malaysia iaitu Ekspo Halal terbesar Malaysia ditaja oleh CIMB Islamic dan bermula pada tahun 2011 (ada  lucky draw, inilah jawapannya!). Anjuran bersama HDC, MARA dan JAKIM.


4 ulasan:

Remy hazza berkata...

tak sempat nak pi.....
padahal....byk yg related ngan keje remy kat situ......hu3

khaifaiz berkata...

X smpt nak gi.. Next series insyallah..

Puteri Kasih berkata...

tak sempat nak pi...huhu

boni kacak berkata...

wah...bestnya...ada siti nurhaliza...

LinkWithin

related posts with thumbnails