Tuesday, February 28, 2012

Pecah Lemak!!

Indah Khabar Dari Rupa
(sepatutnya 'daripada')

Indah gambar (indah?) daripada rasa
rasa ngilu di kaki
hari kedua PECAH LEMAK!!
seksa!!!

pinjam hadiah adik yang menang tu!

posing lepas daftar dapat baju nombor tulis tangan je!

hidup memerlukan pengorbanan
nak hidup sihat, kena korban nafsu makan & malas
nak hidup senang, kena susah dulu
nak hidup senang 'di sana'??
selalu lupa nak cukupkan bekalannya.. 


*tengah google pasal pecah lemak tapi yang dijumpai:
1. pecah lemak - resipi masak bersantan
2. losyen pecah lemak
3. liposuction, selulit pada punggung dan paha
4. etc!

oleh sebab itu, aku kena buat tak tau je
esok lusa ok lah ni
sekarang kenalah jalan perlahan-lahan 
macam ibu sedang berpantang
makin terserlah keayuan
ngalahkan Lisa Surihani
(jangan muntah, nanti batal puasa!)
ke Dato' Siti Nurhaliza?
tapi bukan Erykah Badu....... kan!!?

sekian..


Sunday, February 26, 2012

Aku dan Dato' Dr Sheikh Muszaphar Walk For Childern 1Malaysia

Tanggal 26 Februari 2012:
#ingat tarikh keramat ni.
#aku, Wok J dan gordonhill.blogspot.com telah berjaya menyahut cabaran Rostam untuk berjalan sejauh 5km tanpa henti. TANPA HENTI tuuuuu!!
#harap-harap seguni kecil lemak-lemak berlebihan pada tubuh ini tidak kecil hati.

#aku syak kami telah berjaya capai kempen berjalan 10,000 langkah sehari tu.
#untuk lebih tepat, berjalan 10,000 langkah sebulan. haha!

#Dato' Dr Sheikh Muszaphar berbesar hati nak bergambar dengan aku. Sila percaya!
#Mula-mula dia inteprem dari jauh je.. William Quah pon ada atas stage ni. Dia jadi MC. Paul Chmelik; Pengetua ISKL pon ada. Tapi aku confused, yang mana satu Paul Chmelik ni? Aku syak Paul ialah yang bertopi, sebelah Dr Muszaphar.

Tektik bergambar tutup jerawat!

#Dato' Dr Sheikh Muzaphar masih pura-pura sibuk bagi hadiah kepada para pemenang.
#Aku ajak le Rostam posing dulu, supaya dia tak merajuk..

Rostam makin kurus lepas selalu join walkathon

#Akhirnya, Dato' Dr Sheikh Muszaphar tidak lagi berpura-pura.
#Beliau sudi merendahkan diri untuk bergambar dengan kami. Tapi kenapa beliau sendeng ke kanan? Takut Dr Harlina mencemburui aku kot! ke malu? hoho!   
#Sebenarnya, kalau beliau sendeng ke kiri, beliau kena rendahkan diri lagi. fine..

Adik siapa ni??
#Berjaya! yeay!!!
#Tips nak berjaya dalam walkathon - dalam entry akan datang. (>.<)
#Hey budak gebu! Kamu jeles ke??

yahu!!
 *Walk For Children: 1Malaysia was organized by International Club & My Club (Malaysian Culture Club) of the International School of Kuala Lumpur (ISKL).
*To help raise fund for Shelter Home for Children and Rumah Jalinan Kasih, Cheras.

Saturday, February 25, 2012

Cokelat Anti Oksida & Gambar Nikah Lisa Surihani Bertudung Cantik

Alhamdulillah..
Dengan sekali lafaz je (dah ada pengalaman. hihi!) selamat Yusri Abdul Halim akad nikah di Hotel JW Marroitt Putrajaya. Secara sah dan rasminya beliau menjadi suami Lisa Surihani. Minta maaf kepada anda yang telah di'google'kan ke sini atas sebab mencari gambar nikah Lisa Surihani. Saya tiada koleksi gambar itu tapi saya cadangkan anda jengok blog Cik Dani Raja Queen Excel yang telah menghasilkan vector Yusri Abdul Halim dan Lisa Surihani. Siap dah pakaikan tudung untuk Puan Lisa Surihani tu. Lebih cantik! 

Dialog bersama Wok J semalam:
A: Kenapa Lisa nikah tak pakai tudung aaaa..?
J: Kan nikah kat hotel tu! (jawabnya sambil main solitaire).
A: ooooooo... 


strawberry muffin chocolate by bayuseri.blogspot.com

Kepada jejaka jejaki jelitawan yang kecewa kerana mereka menikah, janganlah kecewa lagi. Doakanlah kebahagian mereka. Kalau frust menonggeng, elok makan coklat dengan kadar yang sederhana. Cokelat ada antioksida. Baik untuk jantung ni. Semalam tauke kek bagi saya belated birthday present cokelat muffin ni. Sedapnya! Alhamdulillah... merci beaucoup Kak Ham. Dah lama belated  pon sudi bagi lagi. wo ai ni! (^.^)

*Khabarnya, Ana Raffali pon dah selamat nikah hari ini. Indahnya pelamin Ana Raffali dan pasangannya yang dibuat di masjid Gombak tu. Tengok kat Nasi Lemak Kopi O TV9 pagi tadi.  Suami Ana Raffali kata, mereka pilih buat majlis di masjid sebab 'nak bina masjid yang bermula di masjid'. Lebih kurang macam tulaaa..  

Jom makan cokelat sambil tengok Sangam. Banyak lagu best ni!


Thursday, February 23, 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga

Pakcik beca Melaka yang sporting. Cool!!

'Lisa Surihani Mandi Bunga Sebelum Nikah Yusry'  
Itu adalah tajuk salah satu berita Kosmo hari ini. Bukan suka-suka Lisa nak mandi bunga, tapi itu hajat mak beliau. Gambar Lisa dimandikan bunga oleh mak beliau, mak tau! bukan orang lain, ada dalam Kosmo online ni. 

Sengaja tidak sertakan gambar Lisa Surihani sedang mandi bunga sebab seksi laa.. haha! taklah! Saya lebih suka tengok pakcik beca di Melaka ni, ceria & sporting apabila diambil gambarnya secara rambang. Beca cantik dihias bunga. Beca sekarang ceria dengan lampu lip lap warna-warni. Waktu malam jela depa on lampu tu. Beca di Penang lain sikit kan? Pemandunya di belakang. 

Mandi Bunga Untuk Dapat Jodoh?
Tujuan mandi bunga ialah untuk mencantikkan kulit, hilangkan bau badan, stabilkan emosi, segarkan badan dan naikkan aura dalaman untuk kelihatan lebih ceria dan wajah berseri-seri. Perubatan tradisional pon ada mandi bunga untuk halau makhluk halus atau jin. Mandi bunga bukan haram, selagi tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik seperti jampi serapah yang tidak difahami perkataannya atau asalkan seseorang itu tidak beriktikad bahawa dengan mandi bunga dapat cepatkan jodoh, tolak bala, buang sial, malang atau sebagainya.

Kajian saintifik terhadap bunga menunjukkan ia memberi pelbagai khasiat kepada manusia. Antaranya bunga ialah pencerap tenaga tenaga matahari yang paling baik. Justeru itu, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga-bunga itu. Selain itu, tenaga bunga juga mampu hapuskan tenaga tidak baik dalam badan kita.

*Sebab tu mak Lisa Surihani suruh beliau mandi bunga.. (>.<)

credited: Midi Februari 2011, Kosmo Februari 2012

Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Cium Ros Tips Tingkatkan Daya Ingatan

bunga raya atau hibiscus (kalau tak kenal!)

Suka bunga ros?
Ok, tak suka.. bunga mawar? pon tak suka?? rugi.. rugi..

Ketahuilah olehmu bahawasanya dengan mencium atau menghidu bau bunga ros, kita boleh tingkatkan daya ingatan dan kecekapan minda.

Bau yang wangi seperti bau bunga ros boleh aktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Atikel ini tidak menyatakan dengan teliti berkenaan kajian tersebut. Jadi persoalan tentang 'kalau pasang air-freshner ros, ok ke?', tidak mampu saya jawab. Ok je kot, sebab bila kita cium bau wangi, automatically we'll feel good. (>.<)

credited: dara.com~April2011

Sunday, February 19, 2012

Terapi Jiwa - Youtube Budak Comel Persis Afdlin Syauki Marah

hepp!!!

Ini ialah segmen terapi jiwa dan minda.
Video comel ini diambil daripada blog rahmanbashri. Beliau adalah seorang muazzin di Masjid Negara, yang sangat konsisten mengemaskini blognya.
(Bukan sengaja nak gelakkan dia..) Adik comel ni ada iras Afdlin Shauki. Montel!! Dari jauh saya mengkagumi kebolehan dia menghayati lagu yang didendangkannya itu.. Lagu Anuar Zain kot! Walaupon baru lepas marah, tapi cepat je dia ambil mood balik. Penuh penghayatan. Harap-harap dia tak cedera..



 

Tuesday, February 14, 2012

Why Being In Love Is Good For You

Ini ialah di bendang-sawah padi. Maaf gambar tak sesuai

*Tiada berita Whitney Houston meninggal dunia di sini. (bathtub dan bilik hotel Beverly Hills tu mesti akan jadi seram, kot!!! hehe!) Tapi kematiannya macam ada persamaan dengan Michael Jackson dan Amy Winehouse.

*Bravo Adele! 'Someone Like You!!'. Hampir sapu bersih Grammy Awards tapi still ada award untuk Taylor Swift and others.

ok, iklan habis. Now let's read why being in love is good for you and me.

1. Love lower risks of alcohol abuse. - we don't take alcohol!
2. Love keeps us young - tendency to have younger partner??
3. Love: Good for Women BAD for Men? - poor man..
4. Love Improves Our Mental Health - How about 'you're driving me crazy'??
5. Love Gives Us More Birthdays
6. Love Heals The Heart. - but too much love will kill you?

*credited: sg.yahoo.com

Saturday, February 11, 2012

Bela Kucing Sihatkan Jantung

late 'gemok' yang kurus; kucing kampung!
sekali pandang, kucing mak aku ni seiras John Al-Buayak; iaitu kucing si Olando Ahmad romeokampung.blogspot Jari Yang Terbarai tu. mane ntah Ustaz Jerman celops tu. lama tak nampak beliau..


Petua ini diambil daripada Harmoni:
belalah kucing untuk sihatkan jantung.

Kenapa kucing?
Sebab kajian oleh penyelidik di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati kasih sayang dan cinta yang ditunjukkan oleh kucing kepada anda mampu meredakan stres. Kajian tu mendapati berbanding anjing, bela kucing mampu kurangkan risiko sakit jantung hingga 40%.  Anjing kan mughalazah.. janganlah orang Muslim terlupa sampai terpeluk anjing ya.. Peluklah kucing.. Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi. Kucing tahu kalau kita tak suka dia..

*Kajian kucing ini telah dibentangkan dalam International Stroke Conference 2008 oleh American Stroke Association di New Orleans, Amerika Syarikat.

Pembela kucing dapat elakkan sakit jantung. Tapi perlulah jagaan yang sangat rapi supaya tetamu tidak 'sakit jantung'  apabila tercium bau yang kurang menyenangkan daripada output kucing itu.. 

credited: Harmoni, edisi tak tahu..

*kawan-kawan yang disayangi,
maaf tak sempat balas kunjungan. sibuk nak pilihanraya ni (konon!)




Wednesday, February 8, 2012

Sunday, February 5, 2012

Jus Limau Turunkan Kolestrol

Kek terakhir untuk Januari 2012, sahajaaaaaaaaaaa.... (>.<)


dicopet drpd WokJ
Atas kiri-kek keju Kak Pah.
Atas kanan-Secret Recipe
Bawah kiri dan kanan-Secret Recipe juga.
Selingan kek cawan-Kakak yang mana ntah menajanya..


'Wahai kakak-kakak bukan kandungku sekalian,
Syukran. Terima kasih daun keladi, keladi goreng dan sayur keladi.
Tahun depan, nak lagi. hehe!'


Kalau orang dah hidang, tak baik tak jamah, kan? hihi!
Makan aje. Then, minumlah jus limau. Jus ialah tanpa gula tau.
Bagus untuk turunkan kadar kolestrol saya dan anda.
Perah lemon pada air jarang sejuk pon bagus. Minum begitu sahaja tanpa gula. Sedap!!


credited: Harmoni edisi bila entah ni...

Saturday, February 4, 2012

Apple Shape Neelofa, Ubat Kuat, Pembesar Payu Dara, Produk 18 SX??

Dukacita dimaklumkan bahawasanya sebarang Ubat Kuat, Pembesar Payu Dara atau produk 18SX adalah sangat tidak dialu-alukan di Fibox ini. Sebarang iklan yang sekutu dengannya tidak akan dilayan. Sekian.


ini bukan tokey majun atau biskot

Apple shape

What is an apple shape?
Apple-shaped individuals carry excess weight around their abdomens (a “spare tyre") and lack a well-defined waistline. Weight gain tends to go straight to the tummy area and results in a rounded profile.
What does it mean for your health?
Unfortunately, apple-shaped women tend to be at greater risk of many health issues than those of other shapes. According to studies, those who carry extra weight around the middle are at higher risk of diabetes, heart problems, breast cancer, depression and fertility issues.
The apple shape diet and exercise plan
Anybody who is carrying excess weight will improve their health and fitness through diet and exercise. However, it is especially important for apple-shaped women to take steps to achieve or maintain a healthy weight. To reduce your waistline, you should opt for a minimum of 30 minutes of cardio exercise every day (such as running, swimming, cycling and aerobics) to target fat and improve heart health.
It is important to also make dietary changes by cutting back on calories (sticking to around 1500 calories a day), opting for low-GI foods and cutting out saturated fats as much as possible. As research also suggests that stress can lead to increased storage of fat around the middle, apple-shaped women may also find it helpful to supplement their cardio workouts with a relaxing form of exercise such as yoga or Tai Chi.

credited: sg.yahoo.com


Cik Noor Neelofa Mohd Nor ialah heroin Azura 2011. 
Beliau bukan apple-shaped lady. (34-25-36, ok!!)
Orang Pasir Mas ini ialah kacukan Melayu & Arab-Pakistan. 
Neelofa memang cantik dan bijak. Straight A's dari UPSR-PMR-SPM. (ni kawan aku cakap).
Lebih cantik kalau anda tidak seksi, ok! :-)



Friday, February 3, 2012

Lelaki Buncit Berisiko


Jangan buncit-buncit tau!!

Lelaki buncit menghadapi banyak risiko kesihatan.
(Ayat di atas adalah sangat klise)
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya tidak akan berasa apa-apa walaupun berat badan serta saiz pinggang makin bertambah besar.
(Ayat di atas juga klise)

Lemak terkumpul pada pinggang boleh jejaskan fungsi organ di perut. Ini ialah 'lemak pembunuh!!'. Lemak pinggang ini meningkatkan risiko sakit jantung, kencing manis, masalah pundi kencing, darah tinggi dan kanser usus.

Syor:
1. Senam aerobik tanpa henti selama 20-30 minit untuk tingkatkan kekuatan jantung.
2. Lain-lain aktiviti fizikal yang bagus untuk kesihatan. (klisenyaaaaaaaaa...!)

*Selamat Menyambut Maulidur Rasul. 

*credited: Wanita Jun 2010

Thursday, February 2, 2012

DIY Lemon Penyegar Wajah

Kulit lemon mengandungi asid yang berkesan untuk menyegarkan kulit dan mengetatkan pori-pori.

nampak tak lemonnya??
Cara-cara DIY penyegar:
1. Belah 2 sebiji lemon.
2. Perah lemon itu ke dalam mangkuk.
3. Tuang setengah sudu air sejuk dan kacau sebati.
4. Pupurkan campuran ajaib ini ke wajah anda. Sebelum itu, cuci muka dulu ye.
5. Setelah dipupur untuk beberapa minit, bersihkan wajah dengan kapas yang bersih.

TIPS:
1. tengok chef golek-golek lemon sebelum dibelah, supaya dapat hasilkan lebih banyak perahan lemon.
2.Air sejuk bertapis adalah yang terbaik. 

credited: Harmoni edisi bila ntah..


LinkWithin

related posts with thumbnails