Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet 2014 Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Bajet 2014 dah selamat dibentangkan semalam 25 Oktober 2013.
Ini adalah salah satu topik hot untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kerja kerajaan atau menghadiri temuduga kerajaan.

MAGIS Ramlee Awang Mursyid

Apakah tema bajet 2014?
Tema bajet 2014 ialah Memperteguhkan Ketahanan Ekonomi, Memperkasakan Transformasi dan Melaksanakan Janji'. Ingat! Janji Ditepati..

Bajet 2014 menggariskan 5 teras:
1. Merancakkan Aktiviti Ekonomi
2. Mengukug Pengurusan Fiskal
3. Mengungguli Modal Insan
4. Mempergiatkan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
5. Mensejahterakan Kehidupan Rakyat 

Bajet 2014 memperuntukkan RM264.2 bilion iaitu 217.7 bilion untuk belanja mengurus dan 46.5 bilion untuk belanja pembangunan. Bajet 2013 ialah RM251.6 bilion.



Isi penting bajet 2014:
1. BONUS setengah bulan gaji penjawat awam, RM250 pesara kerajaan.
2. BR1M 3.0 kepada isi rumah RM4,000 ke bawah dan i-BR1M iaitu Insurans Takaful Berkelompok.

3. Subsidi gula iaitu 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa 26 Oktober 2013. 

4. BB1M Baucar buku RM250 kepada pelajar IPT & prauniversiti.
5. Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah & menengah.

6. Pelepasan cukai khas RM2,000 kepada yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan.
7. banyak lagi. sila baca surat khabar dan blog bertauliah seperti blog bro femes ini. Sekian

credited bharian.com.my, utusan.com.my






LinkWithin

related posts with thumbnails