Saturday, June 9, 2012

EURO 2012 - Tidak Romantik Langsung!!

spotcheck!!

Orang sibuk EURO 2012, kita sibuk cerita bab rumah tangga.
Cuti sekolah kan... !!
Malaysia lawan Singapura semalam adalah seri 2-2 dan agak dramatik. Pengadil Hong Kong itu namanya Ng Kai Lam. Sepakan percuma dalam kotak penalti?? hhhmmm...

ISTERI: Abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
SUAMI: Kenapa?
ISTERI: Setiap pagi suaminya akan cium isterinya sebelum pergi kerja. Balik kerja, dia bagi sekuntum mawar merah kepada isterinya tu. Romantiknya! Kenapa abang tak buat macam tu??
SUAMI: Gila ke??!! Mana abang kenal isteri dia???? 

~Rapi Jun2012~



Wednesday, June 6, 2012

Duduk Terlalu Lama, Cepat Mati

gambar contoh kawad cam bulu khinzir


'Duduk terlalu lama lebih cepat mati'.
Kalau dalam sehari anda duduk selama 11 jam atau lebih, risiko mati akan meningkat hingga 3 tahun. Kalau langsung tak aktif bersenam, lagilaaaa..... 
Allah sahaja Maha Mengetahui.


sumber: Berita Sihat Mingguan Malaysia, 1 April 2012.
depa pon ambil drpd dailymail.co.uk

Pernah dengar Rules of 10/90?
Dalam hidup ni, 10% dah ditakdirkan kepada kita.
90% lagi terpulang kepada kita bagaimana nak uruskannya..

Oleh yang demikian rupa, jagalah kesihatan kita dengan lebih bijaksana.
Cuba bangun buat regangan sedikit pada setiap setengah jam atau sejam waktu duduk anda..
Curi masa untuk rehatkan badan & mata kita..
back to the Rules of 10/90..

Monday, June 4, 2012

Tips Kecikkan Paha

pix: webmd.com

dipetik dari blog brother hensem ini.
harap beliau tidak marah kerana diambil tanpa izinnya..


Brother tu bagitau, tips ke-4 (yang nombor 1-5, sila rujuk blog beliau sendiri yek!)  untuk kecikkan paha sihat anda ialah dengan memakai kasut tinggi. Maknanya pakai kasut tumit tinggi le tu. Setinggi mana? Pakailah kasut tumit tinggi yang tidak melebihi 2 inci, macam gambar di atas itu. Memakai kasut tinggi ini boleh membentuk otot betis dan peha anda. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa berhati-hati ketika memakai kasut tinggi untuk elakkan kesan buruk kepada kaki dan postur. Jaga-jaga! Jangan terpeleot!!

***sejak memasuki alam pekerjaan, kasutku semuanya > 2 inci. Walau bagaimanapun, kenapa tak hhhmmm.... 



LinkWithin

related posts with thumbnails