Showing posts with label am. Jawa. Show all posts
Showing posts with label am. Jawa. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Ngaji Ngaji Ojo Judi Judi-Jawa Pop

Salam.
Alhamdulillah... hujan di pagi hari Jumaat ini. Bukan Jumaat keliwon yek! 

Wes suwi orak enek kelas Jowo yo? Kepiye lah tutor ne ki??
Baiklah, mari kita belajar lagu Jawa online bersama SNSG (SaNtri SuwunG). Siap ade video ala K-Pop lagi. Maka jadilah Jawa Pop. hoho!

Terimalah Pinter Ngaji, dendangan Ustaz Zamri Mantop!! (beliau ni encem juga). Titik.
Ok, bukan Ustaz Zamri Mantop yang K Pop or J Pop (Jawa Pop) tapi kumpulan SNSG(SaNtri SuwunG). Kalau ada yang terlupa, Ustaz Zamri Mantop di dulu femes dalam program Mari Mengaji TV9 tu. Sekarang beliau ada Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd. Untung jadi konsultan ni.... :-)





credited: FB Ustaz Zamri

Wednesday, June 15, 2011

Lagu JAWA HALUS & Petua Bayi Cepat Berjalan


Uyek-uyek gandu/dangu
Baby ndango mlaku
seng lajhu
koyo ...

*..... erk! lupa lirik!!

Urut-urut lutut
baby cepat berjalan
yang laju
macam ...

#semasa mendendangkan lagu ini,
kita hendaklah mengurut lutut si bayi,
 dengan harapan dia akan cepat berjalan.
Lepas tu, puaslah korang nak jaga!!


pinjam pix baby ini semasa beliau kecil!

* Petua K.Pah aka tokey kek:
atok & abah beliau menggunakan ekor ikan keli untuk melibas-libas manja  kaki si bayi, supaya cepat berjalan. (^.^)






Thursday, June 2, 2011

Bahasa Jawa-3

Ingat lagi kelas bahasa asing kita yang lalu?
Sila buat ulang kaji di sini dan sini ya.

Hari ini, mari kita belajar bahasa Jawa yang bermula dengan huruf K. (Maaf, A-J kita kiv dulu ok sebab K > istimewa!)

fokuskan pada KEMBANG!

1. kembang = bunga
2. kentos = tumbung (yg dalam kelapa tu..)
3. kecemplong = terjatuh ke dalam air.
4. kejeblos = termasuk ke dalam lubang
5. kejegor = termasuk ke dalam perigi/kolam/sungai
6. keplak = tampar
7. kettek = kera
8. kakang = abang
9. keranjang = bakul (mata keranjang bukan mata bakul!)
10. kencur = cekur.

inilah KENCUR

*No. 3, 4 & 5 tu, jangan keliru tau.
Sila buat latihan latih tubi banyak-banyak supaya dapat menguasai bahasa ini dengan cemerlang! (^.^)

Monday, May 9, 2011

Kamus Jawa - Perkataan Jawa yang Sound Weird.. 1


Disebabkan siang tadi aku pergi layat saudara di Banting, maka berjumpalah aku dengan saudara mara yang berketurunan Jawa. Sebelum tiba, sesat sikit. Tanya seorang wak di tepi jalan, slangnya jawa tapi bonze aku agak keliru; Jawa or Indonesian?  Agak sukar buat kawad cam! Ramai sangat yang mengaku warga Malaysia sebab negara ini berbilang bangsa & rupa. Tu yang 'ex-patriate' suka IC kita. Mudah bagi depa nak menyamar!!

Walaupun aku orang Jawa, tapi tak fasih cakap Jawa sebab faktor persekitaran. Alasan! Secara jujurnya, aku suka belajar bahasa asing. Pernah belajar Arab, Mandarin (susah nak tulis!!) & Bahasa Perancis. haha! Belajar yang asas je.. Pada saat dan ketika ini, aku rasa nak tulis pasal perkataan Jawa yang bunyinya agak tak mesra halwa.. Silalah baca untuk tambah pengetahuan. Bolehla eksyen kat wak/wok Indonesian keliling korang! :-)
 
1. kechret = bersepah.

2. bontrot = nasi berkat kenduri

3. brutu = tongkeng (buntut) ayam

4. ambrok = runtuh

5.  kepiye = macam mana?

6. ... to be continued..

weird tak? hehe!






LinkWithin

related posts with thumbnails