Jumaat, 31 Mei 2013

Diari Cinta Mei 2013

bunga cinta hati di Janda Baik


sejak bila entah ada diari ni.
diari cinta pulak tu. kih! kih!!

1 Mei ialah Hari Pekerja.
5 Mei 2013 - PRU 13. Saya mengundi di saluran 4, beratur panjang..


11 Mei 2013 adalah bersamaan 1 Rejab 4134H.
13 Mei - rusuhan kaum pada tahun 1969. Mari ulang kaji sejarahnya di sini


16 Mei - Hari Guru 
12 Mei - Hari Ibu

13 hingga 17 Mei 2013 - bertugas luar di Labuan. Laporannya is in progress. huhu!

17 Mei  - hari lahir rakan tak sebaya.. 


24 Mei 2013 ialah hari Wesak. Cuti umum Malaysia. yahu!

24 Mei 2013 - bercuti di Maninjau Cahalet, Janda Baik, Pahang. yahu!

25 Mei - hari lahir bff yang sebaya..


27 Mei 2013 - seorang rakan sebaya sepejabat telah menghembuskan nafas terakhir di Ampang Puteri Medical Centre. Allah lebih menyayangi Allahyarham AAN. Semoga kita juga diberi kesudahan yang baik..

28 Mei 2013 - Perlawanan bola sepak Piala FA antara Pahang dan JDT ditunda sebab ada insiden kekecohan penonton (limpahan 7,000 penonton). Ada pulak aksi kucing selamba membuang hajat di tengah padang Stadium Darul Makmur tersebut. Mesti kucing jantan tu!! 

29 Mei 2013 - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing didenda RM100,000 dan RM20,000 kerana gagal menyediakan tahap keselamatan yang dikehendaki dan pemain Johor tidak menunggu tempoh 90 minit permainan yang ditetapkan.

29 Mei 2013 - Kena operate ibu jari kiri sebab cagu cum cekam. adoi!!
mujurlah doktor lawa rambut karat itu sangat gentle..

30 & 31 Mei  - Pesta Kaamatan

*Leptospirosis ialah virus kencing tikus.


Isnin, 27 Mei 2013

Petua Rambut Berbuah

Kanak-kanak tidak mengalami masalah rambut berbuah
Kegembiraan berganda di Maninjau Chalet Janda Baik

Anda mengalami masalah rambut berbuah?
Berbuah di sini maksudnya rambut itu kurang sihat ya..

Jangan risau kalau rambut berbuah. Kalau risau nanti makin kronik.
Mari cuba petua untuk mengatasi rambut berbuah ini.

1. Ambil 1/2 cup cuka , dicampurkan dengan segelas air suam.
2. Kacau sehingga sebati dalam bekas yang sesuai.
3. Rendamkan kepala untuk beberapa minit.
4. Sikat rambut yang tengah basah tu.
5. Bilas dengan air sejuk. 

*Hair tonic cap Selborne yang jual kat salon tu pon rasa macam cuka.

credited: Mingguan Wanita


Ahad, 26 Mei 2013

Pavilion Hotel Kuantan Pahang


Anda sedang mencari hotel murah di Kuantan, Pahang?

Disyorkan Hotel Pavilion Kuantan (RM128 nett) untuk bilik single 2 beds tanpa sarapan tapi ada kafe Pavilion dan kedai dobi Pavilion di tingkat bawah hotel ini. Di kaunter bawah juga ada mini koop, dun wori.. sebelah hotel ada pejabt MyIPO dan kedai jual bahan kek. Senang kak Ton!!
Yang bestnya, just walking distance to Berjaya Megamall dan East Coast Mall (EC Mall).
Lokasi Hotel Pavilon ini ialah di tengah-tengah bandar Kuantan, berdekatan juga dengan Hotel Rocana. Hotel Pavilion hanya 3 ke 4 tingkat (lupa!) di bangunan shoplot. 



Ada kemudahan peti sejuk kecil, free 2 botol kecil RO water, kopi & jajan, cermin sebesar pintu, cermin ajaib kecil bulat yang boleh zoom in and normal (dwi cermin), humidifier, iron and iron board, sejadah dan weighing machine dalam almari baju, (kelassss kau!!) banyak penyangkut baju, toletteries lengkap tanpa bath tub.


Nampak tak?
Siap ada kipas and remote lengkap. Kerusi merah juri The Voice pon ada tapi tiada dalam gambarlah.. Hotel ini baru 2 tahun. Modern design merah hitam. Lawa.. Boleh parking depan dan belakang hotel. Nanti pihak hotel bagi parking kupon.

Selamat datang ke Kuantan. Sekian..


Selasa, 21 Mei 2013

Bikers Kental 23 Mei 2013

Bikers Kental

Bikers Kental akan ditayangkan pada 23 Mei 2013.
Kental itu maksudnya antara cair dengan beku.. Orang kata, filem ini best!
Ada Awie, Zizan, Bront Palare, Zul Ariffin yg dulu kapel dengan Abby Abadi tu, Harun Salim Bachik dan ramai lagilah..

Balik kampung, mesti berselisih dengan gerombolon bikers. Depa suka lepak Bukit TInggi, Janda Baik dan terus menghala ke Pantai Timur kot..

Balik mengundi hari tu, kami berselisih lagi dengan segerombolan bikers. Macam biasa, mestilah depa potong kami kan! naik bike mestilah laju.. tayar beso mahal tu. hehe!
Lepas je tol Gombak, nampak depa berhenti rehat tepi jalan sambil makan ais-krim yang brader jual atas motor tu.. 

Kami memandang antara satu sama lain dan spontan menyebut 'ek eleeee!!'
Haha! macam tersusut sedikit kemachoan mereka tapi mereka pon manusia biasa kan... Memang Bikers Kental!! 


Isnin, 20 Mei 2013

Petua Putihkan Siku atau Lutut

Chicken Bishop Nose is tongkeng ayam

Kalau dah bagi, jangan mintak balik.
Nanti buruk siku!

Kenapa siku?
Kesian siku.. patutntya 'buruk perangai' empunya diri itu..
Siku anda buruk tak? hehe!
Kalau nak memutihkan siku, sila sediakan daun sirih, minyak zaitun dan kapur (bukan kapur kasut, ok!!)

Cara-cara memutihkan siku:
Calit sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut.
Jangan risau, bukan suruh makan sirih tu. 
Anda hanya perlu gosokkan bahan tersebut pada siku yang nak dicerahkan itu, dalam masa beberapa minit sahaja. Kena amalkan setiap hari, baru nampak kesannya. 
Jika diizinkanNya... (>.<)

credited: Nur Asyiqin Abd Rahim, Perak. Mingguan Wanita


Jumaat, 17 Mei 2013

Petua Ekspres Ubat Batuk

Seminggu bersama orang minyak

Beckham dah nak bersara. (Macamlah berkaitan...!)
Barisan Kabinet 2013 sudah diwara-warakan.
Istiadat Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Oleh Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri (panjangnya nama majlis ini) pon telah selamat berlangsung di Istana Negara. Kabinet Transformasi namanya.. 

Demam PRU 13 dah habis. 
Teka-teki Menteri pon dah terjawab. Tapi kesihatan kita yang bukan Menteri malah Timbalan Menteri pon bukan ini perlulah sentiasa dijaga. Kalau asyik batuk, cuba petua ekspres di bawah. Di Dhaka, Bangladesh telah dilanda taufan Mahasen. Syukur kita selamat di sini. 

Petua ekspres atau cara segera nak pulihkan batuk:

1. Rebus 8 helai daun pudina (saiz ikut suka) bersama bebrapa ketul gula batu (bilangan ikut suka).

2. Rebus dalam masa 5 minit je. Petua Ekspres kan!! (>.<)

3. Dah sejuk, minum air rebusan ni.

* Sebelum minum, seperti biasa baca Basmallah dan minta tolong agar Allah pulihkan segera...

Credited: Mingguan Wanita


LinkWithin

related posts with thumbnails